Sabtu, 23 Ogos 2008

Cara Termudah Bagaimana Anda Mampu Membina Networking Perniagaan Anda


Apa kaitan gambar Azizi Ali di atas dengan tajuk post kali ini. Secara dasarnya seperti tiada kaitan. Namun saya bakal kongsikan dengan anda apa yang saya perolehi dari selepas menghadiri majlis Azizi Ali tersebut.

Pada 22hb Ogos 2008 saya telah menghadiri majlis pelancaran novel pertama Azizi Ali yang juga telah dirasmikan oleh YB Dato Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi. Menurut Azizi Ali novelnya tersebut sebuah novel thriller yang berkisarkan kisah 13 Mei.

Namun disini saya bukan ingin membincangkan tentang novel tersebut. Apa yang penting selepas upacara tersebut saya berpeluang berjumpa dan mengenali insan-insan hebat seperti Azizi Ali sendiri, Dr Irfan Khairi, En. Shah (PA kepada IK)Saudara Osman Affan dan beberapa orang lagi. Malah saya juga telah bertukar-tukar namecard dan saya berjaya mendapatkan contact number serta alamat-alamat mereka. Selepas ini apa yang perlu lakukan adalah memberikan buku terbaru saya yang bakal berada di pasaran iaitu "Rahsia Membina Senjata Jualan" kepada insan-insan yang saya temui tersebut dan berharap mereka dapat memberikan satu review kepada senaraian pelanggan-pelanggan mereka.

Bergambar bersama Dr Irfan Khairi


Bergambar bersama saudara Osman Affan

Sebenarnya Dr IK dan Osman Affan merupakan penulis-penulis dibawah naungan syarikat Azizi Ali (True Wealth Sdn Bhd) begitu juga saya. Kerana itulah mereka menghadirkan diri bagi meraikan Azizi Ali selain mereka juga dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.

Selain dari itu saya juga dapat mengenali dengan lebih dekat team dan tenaga kerja True Wealth Sdn Bhd sebagai syarikat penerbitan buku saya tersebut.

Antara tulang belakang team True Wealth

Bergambar bersama Pn Nirmitha, Editor True Wealth


Jadi Apa Yang Boleh Anda Lakukan???

Anda juga boleh membina networking anda dengan insan-insan hebat ini. Katakan anda seorang usahawan internet yang menjual maklumat tentang bagaimana menjalankan perniagan internet. Apa yang perlu anda lakukan... anda pergilah ke kedai-kedai buku yang terkemuka contohnya di MPH Mid Valley dan lihat jadual acara buku kedai tersebut kerana dari masa ke semasa akan ada samada pelancaran buku atau book talk diadakan oleh ramai penulis-penulis serta penerbit-penerbit buku. Hadirkan diri anda mengikut seperti yang telah dijadualkan dan jangan lupa membawa name card anda.

Jangan lupa diakhir majlis jumpa dan berkenalan dengan penulis tersebut dan jangan lupa meminta name card beliau supaya selepas ini anda boleh melakukan kerja follow up dengan samada memberikan contoh produk anda untuk direview oleh penulis tersebut atau anda boleh menjalinkan hubungan berterusan dengannya.

Jangan terlalu highlightkan produk anda cukuplah sekadar memberitahu penulis tersebut apa yang anda lakukan bagi menampung kehidupan anda. Yang penting bina hubungan baik dahulu jangan sampai anda cuba berbaik dengannya hanya semata-mata untuk memasarkan produk anda. Ingat bina hubungan dan network dahulu. Jika dapat beli buku penulis tersebut dan dapatkan autograf darinya.

Selain dari itu hadirkan diri anda ke seminar2, ekspo2, pameran2 dan yang seumpamanya bagi meningkatkan jumlah networking anda atau dengan kata lain tambahkan kenalan dan hubungan anda. Anda tidak semestinya hanya menghadirkan diri perjumpaan2 atau gathering yang berkaitan dengan internet sahaja malah anda cuba untuk pergi ke acara2 yang besar walaupun bagi anda ianya tiada kaitan dengan perniagaan anda. namun bagi saya apa sahaja perniagaan boleh dipasarkan melalui internet.

Sebagai contoh Pada 23hb Ogos 2008 saya juga telah pergi ke MAHA 2008 dan berkenalan dengan beberapa insan hebat juga yang hebat dalam bidang masing-masing dan secara sambilan saya juga memperkenalkan mereka buku terbaru saya dan langkah seterusnya saya akan meminta mereka untuk review dan jika mereka bersetuju sekurang-kurangnya memberi testimoni keatas buku saya tersebut. Saya akan postkan lawatan saya ke MAHA 2008 kemudian nanti.

Semoga post kali ini memberi manfaat kepada anda dan saya. Sekian

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bestnya awak dapat jumpa IK... ingat nak jadik penulis macam awaklah... ntah boleh ke idak...

Mohamad Hafeez berkata...

Assalamulaikum En Zahrul.

tahniah dengan blog yg mempunyai laporan yang padat dan menarik! saya harap dapat lebih mengenali En Zahrul yang memang cenderung dalam perniagaan offline dan online.

saya amat tertarik dengan buku yang ditulis saudara dan saya ingin mengetahui bagaimana saya dapat menjadi seorang penulis buku seperti saudara. Harap kita dapat membina kejayaan bersama pada masa akan datang.

zahrulazua berkata...

Tak payah berencik ngan saya lah hafeez... mcm ada gap lak... sebenarnya proses saya jadi penulis True Wealth ni secara bidan terjun. Mula2 nak buat ebook tapi bila dah siap tulis kawan saya Syed Akil dah jhantar 2 bab manuskrip pada publisher... lepas tu editor call saya nak sign agreement. Hafeez pun bole... sbb saya ni pada awalnya seorang yang tak minat membaca apatah lagi menulis... tak pe nanti kita boleh kongsi step by step... mungkin kita boleh jv utk tulis satu buku.