Selasa, 19 Ogos 2008

DARI KEHIDUPAN MISKIN BERTUKAR MENJADI JUTAWAN

Mendiang Joe Karbo merupakan seorang lelaki biasa yang mempunyai masalah hutang dan bebanan kehidupan. Beliau mempunyai seorang isteri dan 8 orang anak. Ini memerlukan satu perbelanjaan yang banyak bagi menghadapi hari-hari beliau.

Kerja keras… itulah yang beliau lakukan bagi keluar dari belenggu kemiskinan yang beliau hadapi.
Sejenis penyakit yang beliau hadapi dipanggil “Multiple Sclerosis“. Penyakit ini menghalang beliau dari bekerja secara berterusan. Jadi beliau terpaksa menggunakan pendekatan bekerja dengan otak bukan tulang empat kerat. Apa yang beliau lakukan adalah menulis satu buku yang bertajuk “ The Lazy Man’s Way to Riches “. Mungkin atas penyakit beliau sehingga tidak mampu bekerja telah mengeluarkan tajuk buku tersebut.

Dengan menggunakan sistem pemasaran terus atau ‘direct response’ beliau telah berjaya memasarkan hasil tulisan beliau. Beliau menempah satu iklan penuh di akhbar dan menunggu tindak balas pembaca iklan yang membuat pesanan melalui pos.

Beliau juga akan membuat tindakan susulan terhadap pelanggan-pelanggan dan menjual pula kepada mereka produk yang lain pula. Hasil tulisan pertama beliau mengenai pengurusan kewangan yang telah membawa beliau ke kancah perniagaan ini adalah sebuah buku yang bertajuk “ Bagaimana Membayar Hutang Dalam Tempoh Seminggu Tanpa Meminjam “. Beliau membuat kajian di perpustakaan sambil mendapat ilmu-ilmu serta maklumat dari pakar-pakar kewangan. Dari sinilah beliau bukan setakat dapat menyelesaikan masalah kewangannya tetapi mampu mengumpul harta dan wang yang banyak serta terus menjadi jutawan.

“The Lazy Man’s Way To Riches” yang juga produk kedua beliau diterbitkan sendiri pada tahun 1973. Hasil tulisan beliau telah terjual sebanyak lebih 10 juta naskah dan dijual pada harga $10. Bayangkan berapakah jumlah yang berjaya beliau perolehi?

Beliau tahu bagaimana untuk mencari satu punca pendapatan tunai yang bekerja untuk beliau tanpa henti. Samada beliau bekerja atau tidak, wang tetap akan masuk ke dalam akaun banknya. Perkara paling mengejutkan ialah Joe mengakui modal bagi setiap buku hanyalah 50 sen!!!

Tiada ulasan: