Selasa, 19 Ogos 2008

Bagaimana Perniagaan Menjual Maklumat Mampu Menjana Wang Lumayan Walaupun Di Dalam Kegawatan Ekonomi

Dikala harga minyak dan semua barangan keperluan serta perkhidmatan naik, pengguna mula berjimat bagi mengawal perbelanjaan.Banyak juga perniagaan-perniagaan gulung tikar akibat kos perniagaan yang melambung naik serta jumlah jualan yang berkurang akibat pengguna mula berkira-kira untuk berbelanja lebih.

Sebagai pengguna dalam kegawatan ini perkara utama yang sering dirisaukan adalah bagaimana mereka harus mengharungi keadaan yang menghimpit ini. Dua perkara sahaja yang difikirkan pertama bagaimana untuk mengurangkan perbelanjaan seharian dan kedua bagaimana mereka mampu menjana pendapatan sampingan.

Jadi mereka mula mencari maklumat bagi kedua-dua pemasalahan ini. Jadi disinilah anda patut memainkan peranan bagi memenuhi keperluan pengguna sekarang ini. Anda harus berikan mereka maklumat bagaimana melakukan penjimatan dan bagaimana mereka mampu menjana wang tambahan.

Sebagai contoh semua orang termasuk anda dan saya resah dan risau apabila diumumkan kenaikan harga minyak. Anda lakukan beberapa kajian dari pelbagai sumber dan keluarkan satu produk panduan yang bertajuk ,

Bagaimana Menjimatkan Sehingga 40% Penggunaan Minyak Kereta Anda

Maklumat-maklumat tentang penjimatan penggunaan minyak kenderaan anda boleh dapat secara percuma mahupun berbayar dari buku-buku, majalah-majalah atau internet.
Anda juga boleh berbincang dan membuat usaha sama dengan mekanik-mekanik yang anda kenal bagi mendapatkan maklumat-maklumat dan keluarkan tajuk seperti ini :

“Harga Minyak Naik Lagi... Tiada Masalah – Seorang Mekanik Profesional Akan Bongkar Rahsia Bagaimana Menjimatkan Penggunaan Minyak Kereta Anda Sehingga 40% Tanpa Perlu Membeli Alat Penjimat Petrol Yang Mahal”.

Ini baru satu produk maklumat yang bercerita tentang penjimatan penggunaan minyak. Di dalam hambatan kenaikan berbagai harga barangan ini berbagai bahagian atau isu boleh anda sentuh. Saya pernah terlihat sebuah buku bahasa Inggeris yang menarik perhatian saya bertajuk:

How To Present Your Kid With Toys Without Buying One

Jika dialih bahasa ianya berbunyi ,
Bagaimana Menghadiahkan Anak Anda Dengan Permainan-Permainan Tanpa Perlu Membeli Satu Pun

Apabila saya baca buku tersebut barulah saya tahu kandungannya memberi panduan bagaimana pembaca mampu menghasilkan sendiri permainan-permainan yang menarik dengan mudah hanya menggunakan bahan-bahan terbuang. Salah satunya bagaimana membuat permainan bowling dengan menggunakan bola tenis dan botol air mineral kecil. Ini adalah satu penjimatan bagi ibu bapa. Anda juga boleh menghasilkan produk sebegini dengan mudah.

Namun anda perlu ingat jangan memperdaya pengguna mengambil kesempatan dengan keadaan terdesak mereka. Anda harus sediakan produk yang berkualiti dan bersesuaian dengan nilai yang anda tawarkan. Jangan memberi harapan palsu kepada pengguna kerana saya telah mengalaminya dan saya memahami apa itu perasaan kecewa apabila mendapat sesuatu indah khabar dari rupa.

Terdapat tiga perkara utama yang perlu anda faham dan mahir bagi menjalankan perniagaan menjual produk maklumat:

1) Mempunyai produk maklumat yang menjadi rebutan
2) Mempunyai senjata jualan yang ampuh, mudah dan murah
3) Mempunyai plan pemasaran yang ampuh, termudah dan termurah

Oleh itu mulalah membuat kajian akan produk maklumat apa yang boleh anda keluarkan. Jika anda belum pernah menulis apa2 produk maklumat apa yang perlu anda lakukan anda beli satu buku nota kecil yang boleh anda bawa kemana-mana sahaja dan catitkan setiap apa yang anda nampak, fikirkan dan ilhamkan.... kumpulkan maklumat dahulu... semoga berjaya.

Tiada ulasan: