Rabu, 27 Ogos 2008

Resepi Asas Mencari Idea Bagi Menghasilkan Produk Maklumat Yang Laku Macam Goreng Pisang Panas

Seperti juga di dalam masakan, untuk menghasilkan produk maklumat yang laris dan menjana wang lumayan anda harus mempunyai resepi-resepi tertentu supaya apa yang akan anda jalankan dan lakukan akan menghasilkan keputusan yang menggembirakan anda kelak. Untuk menghasilkan satu produk maklumat yang mampu menjana keuntungan adalah mengeluarkan produk yang berkualiti. Berkualiti di sini bermaksud informasi yang terkandung di dalamnya adalah yang berkualiti. Tanpa produk yang berkualiti maka ia akan mencacatkan perniagaan anda. Untuk itu mari kita lihat apakah resepi-resepi asas tersebut:



Resepi #1 – Keluarkan Produk Maklumat Atas Apa Yang Anda Tahu Mengenainya.



Jika anda ingin mengeluarkan produk maklumat anda sendiri, ia bukanlah satu idea yang bernas jika memilih tema produk hanya kerana anda berfikir bahawa tema tersebut akan menyebabkan produk maklumat anda laris. Selalunya ia akan menjadi idea yang menarik untuk memilih tema atau subjek dimana anda mempunyai minat yang mendalam, pengetahuan, pemahaman, kemahiran atau kepakaran tentang tema atau subjek yang akan anda keluarkan. Barulah anda akan mengeluarkan satu produk yang mempunyai nilai nyata yang tinggi.
Dalam setiap produk maklumat yang anda ada harus mampu memberi faedah-faedah nyata kepada pembaca. Berikan sesuatu apa yang pembaca perlukan dan inginkan. Jadikan diri anda sebagai sebahagian dari pengguna, berfikiran seperti pengguna, bertindak seperti pengguna dan barulah anda akan faham apa yang pengguna mahukan.



Resepi #2 – Produk Maklumat Anda Sebagai Penyelesaian Kepada Masalah



Ramai orang ingin lari dari masalah. Mungkin anda pernah mendengar kata-kata ini “Masalah tak kan selesai jika kita lari darinya…” Ini memang kenyataan yang betul. Bermula dari hari ini anda harus bukan sahaja tidak lari dari maslah tetapi anda mengejar masalah (menjadi pemburu masalah he he he). Pelik bunyi nya kan.



Seperti sistem yang saya perkenalkan ini… ianya bermula dengan masalah yang saya hadapi dengan kewangan saya dan bagaimana dengan cara mudah saya mampu menjana wang saya, maka terhasillah Sistem Rahsia Wang Mudah. Malah sistem ini terhasil atau terilham bukan setakat atas masalah saya sendiri tetapi masalah yang saya fikirkan dimana ianya turut dihadapi oleh ramai orang lain termasuk diri anda.



Contohnya katakan anda mempunyai hobi memasak. Jika ada waktu lapang anda akan memasak dan jika anda dapat memasak untuk keluarga atau orang tersayang ia menjadi satu kebanggan pada anda. Namun anda seorang yang sentiasa sibuk dengan kerja atau pun aktiviti harian anda. Masa memasak menjadi satu halangan pada anda. Jadi masalah anda untuk melakukan apa yang anda minat adalah masa yang terhad akibat kesibukan.



Di sini anda perlu mencari penyelesaian dengan mencari satu kaedah mudah bagaimana anda boleh memasak dalam satu jangka waktu yang singkat. Oleh itu anda harus melakukan kajian. Mungkin atas dari kajian anda tersebut maka akan terhasillah satu produk maklumat “Cara Mudah Memasak Makanan Malam Bagi Orang Sibuk – 10 Minit Siap”. Sediakan satu proses penyelesaian atas setiap maslah langkah demi langkah.



Resepi #3 – Mempunyai Skop Sasaran Pembaca Yang Spesifik



“Cara Paling Mudah Memasak”
“Cara Paling Mudah Memasak Makanan Malam”
“Cara Paling Mudah Memasak Makanan Malam Bagi Orang Sibuk”
“Cara Mudah Memasak Makanan Malam Bagi Eksekutif Wanita Yang Sibuk”




Jika anda lihat keempat-empat tajuk di atas pada dasarnya menyampaikan mesej dasar yang sama iaitu cara mudah memasak. Apa yang anda lihat pada turutan 1 hingga 4? Nombor dua skopnya lebih spesifik dari nombor 1, nombor 3 lebih spesifik dari nombor 2 dan nombor 4 lebih spesifik dari nombor 3.


Anda harus menghasilkan satu produk yang betul-betul spesifik dari segi tema serta segmen kelompok sasaran pembaca anda. Dengan cara ini penulisan anda juga akan lebih spesifik dan jika anda mengeluarkan tema yang umum ianya seperti cuba mengejar sekumpulan ayam tanpa mensasarkan ayam yang mana satu untuk ditangkap.


Resepi #4 - Mempunyai Skop Sasaran Pembaca Yang Ideal

Sebelum anda mula untuk mengeluarkan produk maklumat anda, anda harus tahu siapakah pembaca ideal anda. Ini kerana ianya juga mempunyai kaitan dengan perbincangan yang telah kita bincangkan dalam Resepi #3. Jadi siapakah pembaca ideal anda ini? Di bawah adalah tiga ciri pembaca ideal anda.


-Mereka mahu membaca dan memiliki produk anda
-Mereka berkemampuan untuk memiliki produk anda
-Mereka mempunyai kuasa membeli produk anda.

Lebih baik menumpukan jualan pada mana memberikan keuntungan yang lebih pada anda dengan ini anda tidak membazirkan masa, tenaga serta kos bagi memasarkan pada segmen pelanggan yang tidak memberi keuntungan pada anda.

Sebagai contoh anda mungkin akan dapati 80% pembeli komputer peribadi yang ingin menggunakannya di rumah adalah ibubapa yang mahu anak mereka belajar menggunakan komputer tersebut. Dan jika anda dapati segmen atau kelompok tersebut menjana dua kali lebih dari segmen atau kelompok pembeli yang lain maka anda harus fokuskan pada segmen atau kelompok ibubapa ini. Seperti produk ini juga saya mensasarkan pada mereka yang ingin menjana wang tambahan secara sambilan.

Resepi #5 - Gunakan ilmu, kemahiran atau kepandaian anda sendiri.

Katakan anda mempunyai rahsia bagaimana untuk memasak nasi beriani yang anda pernah belajar dari nenek atau ibubapa anda sewaktu dahulu. Apa yang perlu anda lakukan adalah senaraikan langkah demi langkah secara terperinci bagaimana untuk memasak nasi beriani tersebut. Kembangkan setiap langkah dengan menjadikannya samada satu perenggan untuk setiap langkah atau mungkin satu muka surat. Dari penyediaan bahan hinggalah ke proses memasak.

Apabila anda telah siap melakukannya kini - anda telah memperolehi satu produk panduan bagaimana memasak nasi beriani mengikut cara anda. Anda juga boleh meletakkan gambar-gambar untuk setiap proses atau langkah demi langkah penyediaan. Jika anda mampu anda boleh keluarkan produk maklumat anda tersebut dalam bentuk VCD @ DVD langkah demi langkah penyediaan resepi rahsia anda tersebut. Apabila telah siap produk maklumat anda tersebut anda boleh memberikan tajuk pada produk anda contohnya “Resepi Rahsia Keluarga Turun-Temurun Nasi Beriani Nenek Siti DiBongkar”.

Jika anda seorang guru anda boleh mengeluarkan produk-produk maklumat tentang teknik pembelajaran, latihan tubi dan sebagainya. Jika anda seorang ahli sukan anda boleh menghasilkan teknik-teknik betul untuk bersukan, jika anda ahli perniagaan anda boleh hasilkan panduan-panduan perniagaan.

Tidak kisahlah apa sahaja sistem yang anda ada dan mempraktikkannya dan hasil dari kejayaan sistem tersebut anda olahkan dalam bentuk maklumat. Jenamakan sistem anda tersebut dan anda boleh menjual sistem tersebut kepada masyarakat. Jadi gunakanlah kelebihan yang ada pada anda untuk ditukarkan menjadi produk maklumat yang mampu menjana wang anda.

Resepi #6 - Gunakan idea, pengalaman, ilmu, kepandaian dan kemahiran orang lain.

Anda harus gunakan kelebihan yang terdapat pada orang lain untuk dijadikan kelebihan diri anda. Jika anda lihat sistem yang digunakan oleh Kentucky Fried Chicken telah digunakan oleh Mc Donald, A&W, Burger King dan lain-lain. Cuma sedikit perubahan dilakukan ke atas sistem perniagaan tersebut untuk membezakannya dari Kentucky Fried Chicken dan pesaing2 lain.
Begitu juga dengan Pepsi yang sering mengekori Coca-Cola dalam sistem perniagaan produknya dan pepsi telah mengolah sedikit pendekatan pemasaran bagi membezakannya dengan Coca-Cola walaupun pada asasnya produk yang dikeluarkan adalah hampir serupa.

Inilah antara perkara yang saya gunakan bagi mengeluarkan produk maklumat saya. Apa yang saya lakukan saya akan membuat sedikit kajian dahulu : Siapa sasaran pelanggan saya? Apa masalah-masalah mereka? Apa yang mereka perlukan? Apa yang mampu membuat mereka gembira dan bersemangat? Apa yang boleh dilakukan bagi memudahkan mereka.
Jadi saya senaraikan jawapan bagi persoalan-persolan tersebut dan diantara senarai-senarai tersebut penjanaan wang merupakan antara yang diperlukan oleh masyarakat terutamanya bagi mereka yang ingin menjana wang sampingan.

Langkah seterusnya saya akan mencari bahan tulisan. Saya akan membaca buku2 yang berkaitan dengan sistem penjanaan wang yang boleh saya baca samada dari buku yang saya beli atau saya mendapatkannya dari perpustakaan. Saya juga menyimpan artikel2 yang saya perolehi dari majalah2, surat khabar serta internet dan saya jadikan sebagai rujukan.
Dari situ saya akan melihat sistem-sistem yang ada dan cuba memberi kombinasi diantara system-sistem yang terdapat dari bahan bacaan tersebut – saya olahkan dengan menyuntik idea-idea baru samada saya perolehi dari orang lain atau dari idea saya sendiri. Olahan sistem penjanaan wang tersebut saya praktikkan dan keberhasilannya saya jenamakan menjadi jenama saya sendiri. Jadi Sistem Rahsia Wang Mudah ciptaan saya ini bukanlah satu idea yang betul-betul asli. Ia adalah kombinasi idea2 perniagaan yang saya perolehi dari jutawan2 yang telah berjaya dengan diberi pendekatan yang berlainan supaya tidak kelihatan menciplak 100% apa yang mereka keluarkan.

Dengan cara ini anda tidak perlu memerah otak bagi mendapatkan bahan untuk produk maklumat anda kerana maklumatnya telah tersedia ada cuma memrlukan sedikit olahan atau penambahbaikkan bagi sistem tersebut. Ana juga boleh menggunakan Sistem Rahsia Wang Mudah ini dan olahkan sedikit untuk menjadikannnya sebagai system anda sendiri.

Resepi #7 - Gunakan ilmu, kemahiran atau kepandaian anda sendiri dan diberi penambah baikan dari kelebihan orang lain.

Anda mungkin mempunyai sedikit ilmu atau kepandaian serta minat dalam satu-satu perkara namun mungkin maklumat yang ada pada anda tidak memadai untuk menghasilkan satu produk maklumat yang bernilai tinggi.

Katakan anda meminati seni mempertahankan diri dan anda baru sahaja belajar atau baru sahaja mendapat talipinggang putih. Sebenarnya anda mampu mengeluarkan satu produk maklumat seni mempertahankan diri walaupun anda belum menjadi seorang yang pakar dalam seni tersebut.

Dalam hal begini anda perlu menjana fikiran yang terbuka. Dapatkan segala maklumat tentang seni mempertahankan diri dari pelbagai aliran. Anda boleh memperolehinya dari majalah-majalah, CD (cakera padat) atau anda boleh menemuramah pelajar-pelajar senior atau mungkin tok guru anda sendiri tentang seni mempertahankan diri mereka.

Disini anda jangan menjadi keliru dengan teknik-teknik yang berbagai jenis, fahaman dan falsafah yang terdapat padanya. Anda perlu memilih teknik-teknik yang anda fikir mudah untuk anda gunakan dan fahami. Cuba praktikkan dan olahkan mengikut pendekatan anda sendiri.
Anda boleh keluarkan produk seperti “20 Cara Mudah Memperthankan Diri Untuk Wanita” , “Cara Mudah Wanita Boleh Mempertahankan Diri Dari Peragut Durjana” , “Belajar Cara Mudah Mempertahankan Diri Dalam Masa 2 Minggu” dan banyak lagi. Cuba beri satu pendekatan yang mudah supaya siapa saja termasuk mereka yang tidak pernah belajar seni mempertahankan diri boleh melakukannya.

Sediakan satu produk maklumat langkah demi langkah bagaimana melakukannya dan gunakan gambar-gambar bagi menunjukkan lagkah-langkah tersebut. Teknik ini adalah kesinambungan teknik pertama yang saya telah bincangkan tadi bahawa melakukan penambaikkan terhadap kelebihan yang sedikit yang terdapat pada diri sendiri.

Teknik yang sama boleh digunakan bagi berbagai bidang2 yang lain … dengan cara ini bukan sahaja anda mampu mengeluarkan produk yang bermutu tinggi tetapi anda juga boleh menambah ilmu yang anda ada. Teknik ini jugalah yang saya gunakan bagi saya mengeluarkan produk-produk maklumat tentang ilmu-ilmu pemasaran dan jualan. Sebagai seorang pegawai pemasaran saya menggunakan sedikit ilmu dan pengalaman yang ada dan tambahkannya dengan maklumat-maklumat dari jutawan-jutawan maklumat yang lain.

Jadi kesimpulannya pilihlah topik mengikut apa yang anda ada, apa yang anda ketahui dan rajinlah membuat kajian dari sumber-sumber yang betul dan ingatlah membaca adalah jalan permulaan menjana wang anda.

Jadi inilah antara teknik-teknik yang saya gunakan bagi menghasilkan produk2 maklumat saya. Saya akan menyimpan segala maklumat2 yang saya perolehi dan simpankan di dalam fail supaya senang untuk saya membuat rujukan apabila diperlukan.



Apa Komen Anda?

Isnin, 25 Ogos 2008

Lawatan Ke MAHA 2008

Pada 23hb Ogos, saya sekeluarga telah melawat MAHA 2008. Satu pameran yang saya kira sangat berjaya dan ianya berjaya mengumpulkan rangkaian pengusaha2 serta agensi2 yang berkatan dengan pertanian, perikanan dan agro pelancungan.

Bergambar di sebelah tanaman secara fergitasi.

Pada mulanya saya fikir mungkin MAHA 2008 ini tiada kaitan dengan saya... yelah saya ni penulis produk maklumat... kalau pameran IT atau seminar internet tu mungkin ada kaitanlah kan. Namun setelah saya berjumpa dengan beberapa pengusaha dan kami bertukar-tukar kad, mereka berminat untuk mengetahui lebih lanjut pasal jualan melalui pemasaran terus, melalui internet selepas saya menunjukkan buku terbaru saya yang bakal keluar "Rahsia Membina Senjata Jualan" kepada mereka.

Bersama Pengurus Besar Koperasi Mardi (Komardi), En Khairul Iskandar

Saya juga rasa agak ralat pada diri saya kerana banyak pertanyaan adalah bagaimana mereka boleh memasarkan dengan cara terbaik melalui internet. ( Saya ni masih belajar pasal pemasaran internet) Namun jawapan saya banyak berkisar kepada direct marketing sahaja ... ya... walaupun pemasaran internet dan pemasaran terus adalah sama cuma dari segi teknikal yang berkenaan dengan internet tidak dapat saya jawab dengan tepat. Nampaknya saya kena gandakan usaha dan kurangkan buang masa untuk menjadi pakar dalam pemasaran internet ni.



Ten2Ten satu franchise dari Komardi. Menjual pelbagai makanan seperti pizza, burger, keropok lekor dan bermacam lagi serta minuman dari buah-buahan segar. Siapa yang berminat boleh hubungi Pengurus Besar Komardi En Khairul Iskandar.

Jadi sebagai seorang ahli pemasaran satu perkara yang dapat saya pelajari dari lawatan ke MAHA ini. Jika ada diluar sana mereka yang pakar dalam pemasaran internet... percayalah banyak individu2 atau syarikat2 yang memerlukan anda yang pakar bagi membantu mereka memamasarkan perniagaan mereka melalui internet.

Oleh itu janganlah terlalu hanya berada dalam dunia maya sahaja... keluarlah dan cuba cari mereka-mereka yang memerlukan bantuan anda.... bawah adalah beberapa gambar yang telah saya ambil semasa di MAHA 2008.

Bersama isteri dan anak-anak berehat di warung Ten2Ten

Kelihatan isteri dan anak-anak terutamanya gembira menaiki tram yang ditarik oleh traktor.


Anak lelaki saya Mohd Amir Rozan di dalam taman arnab



Anak perempuan saya berposing atas tram


Sabtu, 23 Ogos 2008

Cara Termudah Bagaimana Anda Mampu Membina Networking Perniagaan Anda


Apa kaitan gambar Azizi Ali di atas dengan tajuk post kali ini. Secara dasarnya seperti tiada kaitan. Namun saya bakal kongsikan dengan anda apa yang saya perolehi dari selepas menghadiri majlis Azizi Ali tersebut.

Pada 22hb Ogos 2008 saya telah menghadiri majlis pelancaran novel pertama Azizi Ali yang juga telah dirasmikan oleh YB Dato Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi. Menurut Azizi Ali novelnya tersebut sebuah novel thriller yang berkisarkan kisah 13 Mei.

Namun disini saya bukan ingin membincangkan tentang novel tersebut. Apa yang penting selepas upacara tersebut saya berpeluang berjumpa dan mengenali insan-insan hebat seperti Azizi Ali sendiri, Dr Irfan Khairi, En. Shah (PA kepada IK)Saudara Osman Affan dan beberapa orang lagi. Malah saya juga telah bertukar-tukar namecard dan saya berjaya mendapatkan contact number serta alamat-alamat mereka. Selepas ini apa yang perlu lakukan adalah memberikan buku terbaru saya yang bakal berada di pasaran iaitu "Rahsia Membina Senjata Jualan" kepada insan-insan yang saya temui tersebut dan berharap mereka dapat memberikan satu review kepada senaraian pelanggan-pelanggan mereka.

Bergambar bersama Dr Irfan Khairi


Bergambar bersama saudara Osman Affan

Sebenarnya Dr IK dan Osman Affan merupakan penulis-penulis dibawah naungan syarikat Azizi Ali (True Wealth Sdn Bhd) begitu juga saya. Kerana itulah mereka menghadirkan diri bagi meraikan Azizi Ali selain mereka juga dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.

Selain dari itu saya juga dapat mengenali dengan lebih dekat team dan tenaga kerja True Wealth Sdn Bhd sebagai syarikat penerbitan buku saya tersebut.

Antara tulang belakang team True Wealth

Bergambar bersama Pn Nirmitha, Editor True Wealth


Jadi Apa Yang Boleh Anda Lakukan???

Anda juga boleh membina networking anda dengan insan-insan hebat ini. Katakan anda seorang usahawan internet yang menjual maklumat tentang bagaimana menjalankan perniagan internet. Apa yang perlu anda lakukan... anda pergilah ke kedai-kedai buku yang terkemuka contohnya di MPH Mid Valley dan lihat jadual acara buku kedai tersebut kerana dari masa ke semasa akan ada samada pelancaran buku atau book talk diadakan oleh ramai penulis-penulis serta penerbit-penerbit buku. Hadirkan diri anda mengikut seperti yang telah dijadualkan dan jangan lupa membawa name card anda.

Jangan lupa diakhir majlis jumpa dan berkenalan dengan penulis tersebut dan jangan lupa meminta name card beliau supaya selepas ini anda boleh melakukan kerja follow up dengan samada memberikan contoh produk anda untuk direview oleh penulis tersebut atau anda boleh menjalinkan hubungan berterusan dengannya.

Jangan terlalu highlightkan produk anda cukuplah sekadar memberitahu penulis tersebut apa yang anda lakukan bagi menampung kehidupan anda. Yang penting bina hubungan baik dahulu jangan sampai anda cuba berbaik dengannya hanya semata-mata untuk memasarkan produk anda. Ingat bina hubungan dan network dahulu. Jika dapat beli buku penulis tersebut dan dapatkan autograf darinya.

Selain dari itu hadirkan diri anda ke seminar2, ekspo2, pameran2 dan yang seumpamanya bagi meningkatkan jumlah networking anda atau dengan kata lain tambahkan kenalan dan hubungan anda. Anda tidak semestinya hanya menghadirkan diri perjumpaan2 atau gathering yang berkaitan dengan internet sahaja malah anda cuba untuk pergi ke acara2 yang besar walaupun bagi anda ianya tiada kaitan dengan perniagaan anda. namun bagi saya apa sahaja perniagaan boleh dipasarkan melalui internet.

Sebagai contoh Pada 23hb Ogos 2008 saya juga telah pergi ke MAHA 2008 dan berkenalan dengan beberapa insan hebat juga yang hebat dalam bidang masing-masing dan secara sambilan saya juga memperkenalkan mereka buku terbaru saya dan langkah seterusnya saya akan meminta mereka untuk review dan jika mereka bersetuju sekurang-kurangnya memberi testimoni keatas buku saya tersebut. Saya akan postkan lawatan saya ke MAHA 2008 kemudian nanti.

Semoga post kali ini memberi manfaat kepada anda dan saya. Sekian

Khamis, 21 Ogos 2008

Apa Itu Produk Maklumat?


Menurut seorang lagenda pemasaran terus Dan Kennedy mengatakan bahawa komposit yang paling berharga dan paling banyak diperdagangkan bukanlah minyak, emas dan batu permata tetapi ianya adalah MAKLUMAT KHUSUS.

Zaman sekarang adalah zaman maklumat. Siapa yang mempunyai maklumat yang lebih dialah yang berkuasa. Ramai orang di seluruh dunia berlumba-lumba mencari maklumat. Oleh itu boleh saya katakan bahawa permintaan untuk produk maklumat adalah tinggi dan tiada hadnya. Apakah produk maklumat yang saya maksudkan? Produk maklumat yang dimaksudkan adalah produk-produk yang mengandungi maklumat-maklumat khusus ke atas satu-satu bidang atau topik yang ditentukan sasarannya.

Apa sahaja maklumat yang difikirkan boleh dikongsikan dengan orang lain dan maklumat-maklumat ini ada nilainya yang tersendiri dan boleh ditukarkan kepada wang. Sebelum membincangkannya lebih lanjut biarlah saya senaraikan beberapa contoh produk-produk yang berbentuk maklumat atau boleh saya katakan buku-buku panduan. Sebahagian darinya adalah seperti di bawah :


Contoh-Contoh Produk Maklumat:



Panduan Menguruskan Badan
Panduan Bekerja
Panduan Memasak
Panduan Belajar
Panduan Menjaga Bayi
Panduan Keselamatan
Panduan Kewangan
Panduan Pelaburan
Panduan Perkahwinan
Panduan Pemakanan
Panduan Tentang Hobi
Panduan Kesihatan

Panduan Fesyen
Panduan Perniagaan
Panduan Peluang Pendapatan
Panduan Perniagaan
Panduan Menggunakan Peralatan
Panduan Menulis
Panduan Melancung
Panduan Untuk Berjaya
Panduan Untuk Bahagia
Panduan Sebagai Pengguna
Panduan Perundangan



Bukan setakat buku panduan malah boleh jadi laporan-laporan mahupun kompilasi borang-borang. Namakan apa sahaja jenis panduan yang terfikir di fikiran anda semuanya boleh ditukarkan menjadi produk maklumat. Penulis-penulis buku panduan ini juga dipanggil penulis buku “ Bagaimana Untuk….” atau dalam bahasa Inggeris “ How To Book – Writer”. Seperti buku yang sedang anda baca ini juga adalah satu buku panduan di mana ia memberi panduan kepada pembaca akan bagaimana mendapatkan wang tambahan. Oleh itu sila lihat beberapa contoh tajuk buku “Bagaimana Untuk…” di bawah:


“Bagaimana Menjana Wang Yang Banyak Hari Dari Rumah”


“Bagaimana Memasak Cara Mudah Dalam 10 Minit”


“Bagaimana Belajar Bermain Piano Dalam Satu Malam”


“Rahsia Bagaimana Bermain Golf Sepert Tiger Woods”


“Bagaimana Menukarkan Hobi Anda Menjadi Wang”


“Bagaimana Untuk Berjaya Dalam SPM – 20A”


“Bagaimana Menulis Surat Jualan Berkesan”


“Bagaimana Menyelesaikan Hutang Anda Dengan Mudah”


“Panduan Bagaimana Menghindari Kencing Manis”


“Bagaimana Menghadapi Masalah Obessiti”


Tidak kira siapa pun anda, jantina anda, berapa umur anda, apa latar belakang mahupun status anda, anda mampu menghasilkan satu produk maklumat dengan mudah. Jika anda mempunyai :


Minat
Hobi
Idea
Kepandaian
Kemahiran
Kepakaran
Ilmu
Sumber Maklumat


Anda mampu untuk mengeluarkan atau menghasilkan produk maklumat anda sendiri. Anda tidak percaya?... Percayalah bahawa setiap manusia mempunyai nilai yang tersendiri dalam memiliki sesuatu maklumat. Mungkin apa yang saya tidak tahu rupa-rupanya anda sangat-sangat mengetahui tentangnya. Saya tahu tentang peluang mencari duit tambahan tetapi saya tidak tahu bagaimana menguruskan kewangan saya. Jika anda tahu anda patut berkongsi bukan setakat dengan saya tetapi dengan beribu lagi rakan-rakan di luar sana yang tidak mengetahuinya. Namun setiap ilmu dan maklumat itu ada nilainya. Terpulanglah pada anda untuk menentukan nilai nyata maklumat yang ada pada anda.


Sekian

Selasa, 19 Ogos 2008

Bagaimana Perniagaan Menjual Maklumat Mampu Menjana Wang Lumayan Walaupun Di Dalam Kegawatan Ekonomi

Dikala harga minyak dan semua barangan keperluan serta perkhidmatan naik, pengguna mula berjimat bagi mengawal perbelanjaan.Banyak juga perniagaan-perniagaan gulung tikar akibat kos perniagaan yang melambung naik serta jumlah jualan yang berkurang akibat pengguna mula berkira-kira untuk berbelanja lebih.

Sebagai pengguna dalam kegawatan ini perkara utama yang sering dirisaukan adalah bagaimana mereka harus mengharungi keadaan yang menghimpit ini. Dua perkara sahaja yang difikirkan pertama bagaimana untuk mengurangkan perbelanjaan seharian dan kedua bagaimana mereka mampu menjana pendapatan sampingan.

Jadi mereka mula mencari maklumat bagi kedua-dua pemasalahan ini. Jadi disinilah anda patut memainkan peranan bagi memenuhi keperluan pengguna sekarang ini. Anda harus berikan mereka maklumat bagaimana melakukan penjimatan dan bagaimana mereka mampu menjana wang tambahan.

Sebagai contoh semua orang termasuk anda dan saya resah dan risau apabila diumumkan kenaikan harga minyak. Anda lakukan beberapa kajian dari pelbagai sumber dan keluarkan satu produk panduan yang bertajuk ,

Bagaimana Menjimatkan Sehingga 40% Penggunaan Minyak Kereta Anda

Maklumat-maklumat tentang penjimatan penggunaan minyak kenderaan anda boleh dapat secara percuma mahupun berbayar dari buku-buku, majalah-majalah atau internet.
Anda juga boleh berbincang dan membuat usaha sama dengan mekanik-mekanik yang anda kenal bagi mendapatkan maklumat-maklumat dan keluarkan tajuk seperti ini :

“Harga Minyak Naik Lagi... Tiada Masalah – Seorang Mekanik Profesional Akan Bongkar Rahsia Bagaimana Menjimatkan Penggunaan Minyak Kereta Anda Sehingga 40% Tanpa Perlu Membeli Alat Penjimat Petrol Yang Mahal”.

Ini baru satu produk maklumat yang bercerita tentang penjimatan penggunaan minyak. Di dalam hambatan kenaikan berbagai harga barangan ini berbagai bahagian atau isu boleh anda sentuh. Saya pernah terlihat sebuah buku bahasa Inggeris yang menarik perhatian saya bertajuk:

How To Present Your Kid With Toys Without Buying One

Jika dialih bahasa ianya berbunyi ,
Bagaimana Menghadiahkan Anak Anda Dengan Permainan-Permainan Tanpa Perlu Membeli Satu Pun

Apabila saya baca buku tersebut barulah saya tahu kandungannya memberi panduan bagaimana pembaca mampu menghasilkan sendiri permainan-permainan yang menarik dengan mudah hanya menggunakan bahan-bahan terbuang. Salah satunya bagaimana membuat permainan bowling dengan menggunakan bola tenis dan botol air mineral kecil. Ini adalah satu penjimatan bagi ibu bapa. Anda juga boleh menghasilkan produk sebegini dengan mudah.

Namun anda perlu ingat jangan memperdaya pengguna mengambil kesempatan dengan keadaan terdesak mereka. Anda harus sediakan produk yang berkualiti dan bersesuaian dengan nilai yang anda tawarkan. Jangan memberi harapan palsu kepada pengguna kerana saya telah mengalaminya dan saya memahami apa itu perasaan kecewa apabila mendapat sesuatu indah khabar dari rupa.

Terdapat tiga perkara utama yang perlu anda faham dan mahir bagi menjalankan perniagaan menjual produk maklumat:

1) Mempunyai produk maklumat yang menjadi rebutan
2) Mempunyai senjata jualan yang ampuh, mudah dan murah
3) Mempunyai plan pemasaran yang ampuh, termudah dan termurah

Oleh itu mulalah membuat kajian akan produk maklumat apa yang boleh anda keluarkan. Jika anda belum pernah menulis apa2 produk maklumat apa yang perlu anda lakukan anda beli satu buku nota kecil yang boleh anda bawa kemana-mana sahaja dan catitkan setiap apa yang anda nampak, fikirkan dan ilhamkan.... kumpulkan maklumat dahulu... semoga berjaya.

Kenapa Anda Harus Menjalankan Perniagaan Menjual Produk Maklumat ?

Dari contoh kisah Joe Krabo sebelum ini, beliau menjadi jutawan selepas menjual produk maklumat ketika beliau di dalam keadaan terdesak mengharungi kehidupan susah dan akibat dari penyakit yang beliau hadapi.

Dengan pemikiran yang kreatif beliau berjaya menyelesaikan masalah beliau. Oleh itu samada anda , Joe Krabo dan saya boleh dikatakan kita semua adalah mereka-mereka yang terdesak dalam mengharungi kehidupan ini.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda dan saya patut memilih produk maklumat untuk dijadikan produk jualan perniagaan anda.

1. Permintaan yang tinggi

Setiap hari maklumat diperdagangkan. Tanpa maklumat maka pincanglah kehidupan manusia. Maklumat boleh memudahkan perjalanan kehidupan manusia. Contohnya, katakan anda memandu kereta setiap hari untuk ke tempat kerja anda. Setiap hari juga anda terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas tidak kira samada sewaktu pergi kerja mahupun pulang dari kerja.

Bagi anda yang sering mengalami masalah lalu lintas ini menjadi tekanan kepada anda. Tiba-tiba rakan anda datang pada anda dan beliau pun bertanya “Mahu tak kalau saya tunjukkan satu jalan yang tiada kesesakan dan tiada bayaran tol. Tak ramai yang tahu jalan ini. Kalau nak mari ikut saya…”

Rasa-rasanya mahukah anda untuk mengetahui jalan tersebut pada waktu sama anda rasa tertekan mengikut jalan sesak yang biasa anda tempuh. Rugilah kalau tak tahu… sudahlah jalan tak sesak dan tidak kena tol pulak tu.

Begitulah juga dengan produk maklumat ini. Di zaman yang kompleks ini manusia menghadapi pelbagai masalah, rintangan dan keperluan yang harus dipenuhi. Jika anda ada produk-produk maklumat yang mampu memberi jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah serta keinginan terhadap keperluan-keperluan tersebut ia pasti mempunyai permintaan yang tinggi.
Sebagai contoh salah satu masalah yang dihadapi oleh hampir seluruh penduduk dunia adalah WANG. Jadi produk-produk maklumat yang berkaitan dengan wang menjadi rebutan kerana masing-masing inginkan wang yang lebih.

2. Dengan bekerja sekali sahaja mendapat pulangan berterusan

Setelah anda menyiapkan produk maklumat tersebut anda tidak perlu untuk menulis topik yang sama lagi tetapi hanya memasarkan produk tersebut mengikut sistem pemasaran yang mudah, murah dan berkesan.

Apakah anda perlu menulis produk yang sama setiap hari? TIDAK..! Sama sekali tidak… Hanya orang bodoh… hmmm… maksud saya kurang bijak sahaja yang berbuat begitu. Dan jika anda mempunyai sistem pemasaran yang berkesan anda hanya boleh menguruskannya hanya dari rumah anda.

3. Mudah untuk dikeluarkan / dihasilkan

Hampir semua orang boleh mengeluarkan produk maklumat. Namun apa yang membezakan dari satu produk ke satu produk adalah kualiti isi serta nilai nyata maklumat tersebut. Untuk menulis produk maklumat tidaklah serumit menulis penulisan novel atau penulisan-penulisan fiksyen yang lain. Kerana ia memerlukan teknik penulisan kreatif dan harus bermain dengan emosi pembaca.

Buku panduan pada asasnya sangat mudah untuk dibina. Katakan anda tahu proses untuk membaiki atau menyelenggara penyaman udara rumah anda. Apa yang perlu anda buat adalah menyenaraikan langkah demi langkah mengikut turutan apa yang perlu dibuat untuk menyelenggara penyaman udara di rumah anda.

Dari setiap langkah tersebut anda kembangkan mungkin menjadi satu atau dua perenggan atau satu bab jika boleh. Dari mula proses hinggalah ke akhir proses anda tukarkan dalam bentuk tulisan yang mampu memberi panduan pada orang lain. Nah… anda sudah ada satu produk maklumat. Begitu juga jika anda tahu bagaimana membuat cambahan pokok bunga. Ceritakan dalam bentuk langkah demi langkah. Inilah contoh mudah yang boleh saya berikan.

4. Risiko kerugian yang rendah

Dalam menjalankan perniagaan anda ini modal pertama anda dalam mengeluarkan produk maklumat ini adalah maklumat yang terkandung di pemikiran anda tersebut. Inilah satu nikmat kurniaan tuhan yang tidak ternilai jika ingin diukur dengan apa saja.

Anda boleh samada menggunakan pen dan kertas untuk menghasilkan tulisan anda atau jika ada komputer peribadi anda boleh taipkan maklumat-maklumat yang ingin anda tukarkan kepada produk.

Jika anda tiada komputer anda boleh mengupah orang untuk taipkan semula tulisan anda. Apa yang telah saya lakukan dahulu sebelum saya memiliki komputer saya akan pecahkan hasil tulisan saya itu kepada 3 ke 5 bahagian dan mengupah 3 ke 5 orang yang berbeza. Dengan cara ini buku yang ingin saya hasilkan mengambil masa yang pendek untuk disiapkan kerana masa adalah kos.

Jika anda sendiri yang terbitkan serta pasarkan produk anda dan katakan pasaran anda tidak menjadi, mungkin kerana produk yang anda hasilkan tiada pasarannya atau mungkin usaha pengiklanan dan pemasaran anda tidak berkesan, risiko kerugian anda amatlah kecil. Apa yang telah anda belanjakan hanyalah kos pengiklanan dan pemasaran. Anda belum lagi menanggung kos pengeluaran produk.

Bagaimana ini boleh berlaku? Anda boleh gunakan sistem ‘Publish On Demand’ bermaksud cetak atau hasilkan produk atas permintaan (bayaran). Di sini anda akan dapatkan pesanan dahulu bermaksud dapatkan wang dari pelanggan dahulu barulah anda hasilkan dan buat penghantaran produk.

5. ‘Publish On Demand’

Saya masih ingat beberapa tahun yang lepas laporan pertama yang saya pasarkan bertajuk “Bagaimana Menjana Pendapatan Dari Kemahiran Seni Mempertahankan Diri Anda Tanpa Membuka Gelanggang Dan Beradu Tenaga”. Satu laporan yang hanya mempunyai 12 mukasurat dan dijual dengan harga RM9.00 ketika itu.

Saya memilih tajuk ini kerana seni mempertahankan diri adalah minat utama saya walaupun saya bukan pakar dalam bidang ini. Saya telah membuat iklan di dalam sebuah majalah seni mempertahankan diri. Apabila saya mendapat pesanan saya akan ambil salinan asal laporan tersebut yang saya simpan baik di dalam sarung plastik dimana saya letakkan di dalam laci almari saya.

Saya pergi ke kedai fotostat dan saya fotostatkan laporan tersebut mengikut berapa pesanan yang saya dapat. Saya tidak perlu mengeluarkan duit sendiri untuk urusan fotostat kerana saya telah mendapat bayaran terlebih dahulu. Setelah itu saya poskan salinan laporan tersebut kepada pelanggan yang telah memesan dimana saya stapelkan di hujung atas laporan tersebut.

Jadi inilah kelebihan perniagaan ini dimana saya hanya membuat salinan dari produk yang telah siap dimana kos untuk fotostat dan pos telah saya terima dari wang yang dibayar pelanggan semasa membuat pasaran. Bayar dahulu dapat kemudian. Jadi mana anda boleh dapat perniagaan seuntung begini? Ambil perhatian bahawa dengan harga RM9.00 saya hanya mengeluarkan kos sebanyak RM2 sahaja. Keuntungan lebih 300%.

Jadi atas alasan-alasan inilah saya boleh katakan bahaw maklumat sangat sesuai untuk dijadikan satu produk untuk menjalankan perniagaan yang berkos rendah tapi memberi pulangan yang lumaya. Apa yang perlu lakukan sekarang adalah pelajari dahulu ilmu2 yang berkaitan dengan perniagaan produk maklumat ini.

DARI KEHIDUPAN MISKIN BERTUKAR MENJADI JUTAWAN

Mendiang Joe Karbo merupakan seorang lelaki biasa yang mempunyai masalah hutang dan bebanan kehidupan. Beliau mempunyai seorang isteri dan 8 orang anak. Ini memerlukan satu perbelanjaan yang banyak bagi menghadapi hari-hari beliau.

Kerja keras… itulah yang beliau lakukan bagi keluar dari belenggu kemiskinan yang beliau hadapi.
Sejenis penyakit yang beliau hadapi dipanggil “Multiple Sclerosis“. Penyakit ini menghalang beliau dari bekerja secara berterusan. Jadi beliau terpaksa menggunakan pendekatan bekerja dengan otak bukan tulang empat kerat. Apa yang beliau lakukan adalah menulis satu buku yang bertajuk “ The Lazy Man’s Way to Riches “. Mungkin atas penyakit beliau sehingga tidak mampu bekerja telah mengeluarkan tajuk buku tersebut.

Dengan menggunakan sistem pemasaran terus atau ‘direct response’ beliau telah berjaya memasarkan hasil tulisan beliau. Beliau menempah satu iklan penuh di akhbar dan menunggu tindak balas pembaca iklan yang membuat pesanan melalui pos.

Beliau juga akan membuat tindakan susulan terhadap pelanggan-pelanggan dan menjual pula kepada mereka produk yang lain pula. Hasil tulisan pertama beliau mengenai pengurusan kewangan yang telah membawa beliau ke kancah perniagaan ini adalah sebuah buku yang bertajuk “ Bagaimana Membayar Hutang Dalam Tempoh Seminggu Tanpa Meminjam “. Beliau membuat kajian di perpustakaan sambil mendapat ilmu-ilmu serta maklumat dari pakar-pakar kewangan. Dari sinilah beliau bukan setakat dapat menyelesaikan masalah kewangannya tetapi mampu mengumpul harta dan wang yang banyak serta terus menjadi jutawan.

“The Lazy Man’s Way To Riches” yang juga produk kedua beliau diterbitkan sendiri pada tahun 1973. Hasil tulisan beliau telah terjual sebanyak lebih 10 juta naskah dan dijual pada harga $10. Bayangkan berapakah jumlah yang berjaya beliau perolehi?

Beliau tahu bagaimana untuk mencari satu punca pendapatan tunai yang bekerja untuk beliau tanpa henti. Samada beliau bekerja atau tidak, wang tetap akan masuk ke dalam akaun banknya. Perkara paling mengejutkan ialah Joe mengakui modal bagi setiap buku hanyalah 50 sen!!!