Selasa, 25 Ogos 2009

Bagaimana Saya Menulis Produk Informasi

Hukum dan teknik penulisan bagi produk maklumat amatlah mudah. Di bawah disenaraikan perkara-perkara tersebut. Jika anda memahaminya anda akan menyedari bahawa untuk mencipta satu-satu produk maklumat itu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk anda lakukan.


Menulis secara bersahaja

Tulislah seperti anda sedang bercakap dalam percakapan seharian anda. Bayangkan bahawa anda sedang bercerita dengan kawan rapat anda untuk memberitahu beliau bagimana untuk pergi ke tempat peranginan yang pernah anda pergi. Anda akan memberi panduan yang mudah, jelas dan arahan yang lurus tanpa mengelirukannya. Anda pasti tidak akan menggunakan ayat-ayat atau perkataan-perkataan yang terlau bombastik untuk menunjukkan anda hebat. Anda hanya akan memberitahu bagaimana beliau boleh sampai ke destinasi yang hendak dituju dengan bahasa yang boleh dan mudah difahami oleh semua orang juga. Tulisan yang baik adalah tulisan yang bercakap.

Kunci kepada elemen penulisan anda adalah kejelasan. Anda harus menjelaskan maklumat yang anda beri dengan penjelasan yang jelas. Ianya bukanlah semudah seperti apa yang anda fikirkan. Ianya memerlukan penjelasan tepat tentang apa, kenapa dan bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara.


Fikirkan tentang bagaimana ia boleh dilakukan bukan bagaimana ia bakal dibaca.

Apabila menulis sesuatu produk maklumat, misi anda adalah untuk menyampaikan maklumat. Anda tidak perlu untuk menulis seperti seorang penulis novel atau penulisan sastera bagi memenangi anugerah penulisan buku. Anda hanya perlu menyampaikan tulisan anda dengan jelas, tepat dan mempunyai format yang mudah dibaca dan difahami.


Ayat dan perenggan.

Kekalkan ayat penulisan yang pendek dan padat. Ayat yang panjang membuatkan pembaca terasa bosan untuk membaca. Sebaris ayat yang baik mengandungi lapan ke empat belas patah perkataan. Perenggan yang mempunyai barisan ayat yang terlalu banyak juga menyebabkan pembaca terasa bosan untuk membaca. Ia kelihatan seperti satu blok ayat yang sangat besar dan pembaca terasa tertekan kerana secara psikologinya ia nampak seperti terlalu banyak tulisan yang harus di baca. Misi anda supaya jadikan tulisan anda mudah serta seronok untuk di baca.


Sunting dan tulis semula

Seperti yang telah diperkatakan sebelum ini proses penulisan haruslah mudah apabila anda mencipta satu produk maklumat. Majoriti kerja penulisan anda datangnya dari kajian yang dilakukan dan penyusunan maklumat-maklumat atas kajian tersebut. Objektif anda hanyalah untuk mengeluarkan apa yang ada di pemikiran anda ke atas kertas mahupun ke atas skrin komputer anda. Segeralah membina deraf pertama anda.

Selepas anda selesai membina deraf pertama misi anda seterusnya adalah untuk melakukan suntingan dengan sekali sunting sahaja. Katakan anda menghasilkan satu-satu laporan secara sambilan dalam masa seminggu tetapi masa yang diambil bagi suntingan dan tulis semula hanya memakan masa antara 20 minit ke 40 minit.

Ingat! tujuan suntingan dan penulisan semula adalah bagi menjelaskan lagi penyampaian tulisan anda bukan bagi mengubah keseluruhan tulisan anda. Ini akan meminimumkan masa penghasilan produk maklumat anda.

Hukum 50 minit Sejam.

Ianya adalah satu alat penulisan yang sangat berkuasa bagi menyiapkan satu-satu produk maklumat yang hebat. Teknik ini sangatlah mudah. Dalam setiap jam kerja-kerja penulisan anda, anda akan mengambil masa selama 50 minit waktu menulis sebelum anda berenti rehat selama 10 minit. Dalam waktu rehat 10 mint tersebut anda boleh melakukan apa saja yang anda ingin lakukan selain dari penulisan. Lupakan seketika penulisan anda.

Waktu rehat seketika 10 minit ini mampu meningkat kemampuan otak anda bekerja secara efektif. Jika anda mempraktikkannya dan selepas 10 minit waktu rehat anda tersebut dan anda kembali semula menulis pasti anda mampu mencurahkan lagi idea-idea bernas serta anda mampu meningkatkan kemampuan penulisan serta memendekkan masa penulisan anda. Jangan terkejut selepas anda mempraktikkannya.

Bagaimana Membina Senjata Jualan Yang Ampuh

(Sumber : Buku “Rahsia Membina Senjata Jualan, Tulisan Zahrul Azua & Syed Akil, Terbitan – True Wealth Sdn Bhd”)

Untuk menjual anda harus ada usaha jualan. Samada anda sendiri yang menjadi jurujual atau atau anda mengupah atau menggajikan seorang jurujual bagi melakukan usaha jualan ini.

Namun bagaimana caranya anda boleh menjual dengan tanpa seorang jurujual atau berjumpa dengan prospek anda? Inilah yang menarik perhatian saya. Anda boleh melakukannya dengan menghasilkan satu surat jualan yang mampu menghasilkan jualan.

Penulisan surat telah menjadi satu senjata ampuh sejak beribu tahun dahulu samada bagi peperangan, pemerintahan, perdagangan mahupun hubungan cinta.

Penulisan surat jualan telah mengalami evolusinya sendiri. Untuk menghasilkan penulisan surat jualan yang berpesuasif harus mempunyai elemen-elemen pembaca surat jualan anda terhadap tawaran, produk atau pun servis anda:

1. Menarik perhatian,
2. Menarik minat,
3. Menjana keinginan,
4. Pembaca bertindak untuk memiliki.

Atau kata singkatannya “PEMIKAT”. Ini adalah singkatan ciptaan saya sendiri.
Selain dari 4 unsur tersebut di dalam surat jualan juga harus mempunyai elemen-elemen seperti berikut:

i. Tawaran hebat – samada dari segi harga, bonus, pemberian percuma dan jaminan tanpa risiko kepada bakal pembeli anda.

ii. Menyakinkan pembaca – Menunjukkan bukti-bukti keberkesanan dan kebagusan produk atau servis anda melalui testimoni atau bukti-bukti lain.

iii. Gambaran secara umum produk atau servis anda – memberitahu akan ciri-ciri serta faedah-faedah serta jalan penyelesaian kepada pemasalahan pembaca sasaran.

iv. Motivasi – Harus mempunyai motivasi supaya pembaca sasaran secara emosinya inginkan dan bertindak untuk memesan.

v. Arahan untuk bertindak – Jangan harapkan pembaca akan bertindak sendiri tanpa memberi arahan pada mereka. Gesa mereka namun jangan memaksa untuk memesan dan memiliki produk atau pun servis anda.

vi. Mudahkan pembaca – Mudahkan pembaca dengan memberi petunjuk bagaimana boleh memiliki produk atau pun servis anda. Jangan biarkan mereka keseorangan dalam membuat tindakan seterusnya.