Rabu, 18 November 2009

Kesannya bila senjata ampuh disalah gunakan…. (Bahagian 2)

Surat jualan umpama pisau tajam yang mampu memudahkan tuannya melakukan apa sahaja kerja-kerja memotong. Pisau yang tajam jika disalah gunakan mampu membawa padah bukan sahaja kepada tuannya malah juga yang terkena dengan bisa ketajaman pisau tersebut.

Secara asasnya konsep surat jualan ini mudah iaitu menyampaikan mesej jualan melalui penulisan surat. Namun dengan penulisan yang betul ia juga mampu mengaruh emosi manusia untuk mengarah fizikal badan untuk bertindak membeli.

Baik, kita telah sedar bahawa penulisan surat jualan merupakan satu senjata yang ampuh dalam melakukan jualan namun sedar tak kita bahawa senjata ampuh ini juga boleh disalahgunakan.

Jadi apakah yang dikatakan sebagai surat jualan yang telah disalah gunakan?

1) Emosi dimanipulasi tanpa memberi kesempatan atau hak kepada pembaca surat jualan untuk mengetahui atau melihat apakah produk @ perkhidmatan yang dimaksudkan. Dari mula surat jualan hingga ke akhirnya hanya menyampaikan mesej berbentuk harapan yang tinggi, keuntungan yang bakal diterima serta kemewahan yang bakal diterima. Informasi reality ke atas produk mahupun perkhidmatan tersebut disorok.

2) Penggunaan urgency hanya sebagai perangkap. Penggunaan tawaran stok terhad atau tawaran masa terhad bagi mempercepatkan tindakan pembaca surat adalah tidak salah. Ini kerana sebagai peniaga kita kena ujudkan suasana pembelian yang lebih menarik. Namun yang menjadi salah adalah tuan punya surat jualan tidak mengikut apa yang telah dinyatakan. Kata stok terhad untuk 500 dan jualan akan dihentikan. Adakah penjual tersebut betul-betul melakukannya atau walaupun masa dihadkan ke satu masa contoh jualan akan ditutup sehingga 31 Mac… selepas 31 Mac diumumkan melanjutkan masa jualan atau eruskan jualan tanpa pengumuman pun. Oleh itu pembaca awal surat jualan tersebut terasa tertipu dengan kempen yang dilakukan.

3) Jaminan pengembalian wang mampu menyakinkan pembaca. Kini jaminan diletakkan sesuka hati. Tidak salah untuk meletakkan jaminan tetapi yang salah adalah bila berlaku permintaan pemulangan wang dari pelangan yang tidak berpuashati (tidak kira betul2 tidak puas hati atau saja untuk mempermainkan penjual) penjual akan melambat-lambatkan proses pengembalian wang dan ada juga yang buat tidak tahu dan terus berdiam diri.

Ini adalah 3 yang utama diantara banyak lagi perkara yang menyebabkan penyalah gunaan senjata jualan.

Team PEMIKAT Mengumumkan Pra Pelancaran Produk Kami Yang Pertama

Rakan-rakan sekelian,

Kami, Team PEMIKAT yang didokongi oleh 2 Pemasar Informasi. Saya, Zahrul Azua Kamaluddin merupakan penulis buku “Rahsia Membina Senjata Jualan” dan “Rahsia Jurus Pemikat Jualan” berpengalaman memasarkan produk informasi secara offline manakala Safuan aka Sipenglipurlara merupakan usahawan internet sepenuh masa.

Kami telah menghasilkan satu pakej ebook yang kami namakan,

“Rahsia Sistem Pemikat Jualan” (SRPJ)





Ianya adalah pakej ebook yang mempunyai 5 Volum ( 6 buah ebook) yang membincangkan bagaimana menggunakan Kuasa Emosi, Kuasa Penulisan dan Kuasa Informasi bagi memasarkan apa pun jenis perniagaan, produk mahupun perkhidmatan.

Mampu membina nama, meningkatkan kredibiliti serta membina perniagaan walaupun anda masih baru dalam bidang pemasaran informasi.

Oleh itu kami ingin mengumumkan ‘PRA PEALANCARAN’ pakej ebook SRPJ. Kami menjemput anda untuk mendaftar dan menjadi antara terawal bagi pengumuman pelancaran SRPJ kelak.

Atas tanda terima kasih kami, selepas anda mendaftar kami berikan anda sebuah ebook yang bertajuk “Gagal Jual Ebook”. Sebuah laporan yang membincangkan atas pengalaman kami kenapa kami gagal berjaya dalam penjualan ebook.



Diharap dengan pengumuman Pra Pelancaran ini, SRPJ bakal mendapat sambutan hangat dari rakan-rakan sekelian.

Jangan lepaskan peluang sila klik ke www.pemikatjualan.com daftar awal kerana pada pelancaran nanti kami menawarkan tawaran istimewa.

Ucapan terima kasih kami dahulukan.


Team PEMIKAT.

Isnin, 16 November 2009

Kesannya bila senjata ampuh disalah gunakan…. (Bahagian 1)

Pada awal pembabitan saya dalam bidang penulisan surat jualan dan pemasaran informasi saya amat teruja dengan kuasa penulisan surat jualan yang mampu dijadikan sebagai senjata yang paling ampuh untuk menjual. Apa tidaknya saya mampu menjual tanpa jumpa orang, saya mampu menjual walaupun orang tak tengok produk lagi, saya mampu menjual tanpa banyak bergerak dan banyak lagi faedah.

Dan satu perkara yang membuat saya teruja dengan penulisan surat jualan adalah bagaimana menggunakan kuasa penulisan surat jualan mampu menyentuh emosi pembaca untuk terus membeli.

Saya juga pernah menjual produk-produk informasi orang lain ( produk yang diberi hak jual semula) dan menulis sendiri surat-surat jualan secara offline. Dengan menulis tulisan surat jualan yang menjual harapan tinggi kepada pembaca saya berjaya menghasilkan jualan. Saya lakukan ini kerana inilah yang saya pelajari dari produk-produk informasi yang telah saya perolehi dari surat-surat jualan yang saya terima. KUNCI nya adalah jual TAJUK yang mampu memberi harapan tinggi kepada pembaca sasaran dan ajar pembeli untuk lakukan perkara yang sama.

Oleh kerana itulah dalam masa tidak sampai setahun saya menjalankannya secara sambilan saya ambil keputusan untuk berhenti dan mendiamkan diri dari pasaran offline. Dari situ saya mula berjinak-jinak mempelajari bagaimana untuk menulis buku bagi menghasilkan sesuatu yang berguna untuk orang ramai.

Kenapa ini berlaku pada saya? Walaupun saya tidak pernah menerima satu pun ‘complain’ tentang produk yang saya jual namun saya mula rasa bersalah kerana ilmu yang saya amalkan bukan sesuatu yang beretika pada saya. Saya sendiri pernah kecewa apabila memperolehi produk-produk informasi yang yang tak serupa bikin seperti apa yang telah diwar-war dan dijanjikan dalam surat jualan dan saya mula berfikir jika saya tak puas hati dengan senario tersebut kenapa saya harus melakukan perkara yang sama?

Dari situ saya mula membuat kajian bagaimana saya boleh menulis surat jualan yang mampu menyentuh emosi pembaca tanpa berlaku apa pun jenis penipuan serta mampu mengelak penulisan yang hanya menjual harapan tinggi kepada pembaca. Dengan kata lain saya mampu menyampaikan mesej jualan saya dengan cara yang lebih beretika.

Pisau. Mempunyai pelbagai tugas memotong. Potong sayur, ikan, daging, buah dan sebagainya. Namun dengan pisau juga mampu meragut nyawa manusia. Apakah pisau yang bersalah kerana memiliki mata yang tajam atau adakah sipemegang pisau yang menyalah gunakan ketajaman pisau tersebut?

Tidak salah untuk memberi pengharapan yang tinggi kepada pembaca namun adakah produk kita mampu menanggung janji yang telah kita letakkan. Seekor itik tidak mampu untuk mengaum seperti seekor singa. Dan jangan kita mengaum dalam surat jualan kita jika kita sendiri tidak mampu untuk menghasilkan bunyi ngauman tersebut.

Khamis, 12 November 2009

Cara Mudah Untuk Menulis Surat Jualan Pertama Anda

Dari pengalaman pertama saya, menulis surat jualan yang pertama adalah sesuatu yang menyusahkan. Ada sahaja yang tidak kena dengan penulisan tersebut. Namun setelah beberapa tahun berkecimpung dalam penulisan ini saya mampu menulis dengan mudah.

Caranya adalah dengan menjawab beberapa soalan.

Soalan 1 : Apakah masalah yang dihadapi oleh sasaran pasaran ?

Mungkin ditangan anda telah ada produk. Oleh anda harus fikirkan siapa yang bakal menggunakan produk tersebut. Baik bila sudah tahu siapa sudah tentu akan tahu apa masalah metreka yang mana ianya mempunyai kaitan dengan produk yang anda ada. Ataupun jika tiada cipta pasaran dengan mencipta masalah yang mungkin prospek tidak menyedari akan masalah tersebut. Senaraikan dan pilih mana yang betul-betul memberi kesan kepada pembaca sasaran.


Soalan #2 : Siapa aku dan kenapa pembaca harus baca tulisan aku ?

Baik, saya sebagai penulis surat jualan dan jika saya menulis untuk orang lain apa yang akan saya lakukan adalah bertanya siapa sebenarnya tuan punya surat jualan. Saya akan dapatkan data peribadi dan kalau boleh yang berkaitan dengan produk yang hendak dijual dan saya mula menulis sebagai orang tersebut dan bukan diri saya lagi. Dengan kata lain kalau seorang pelakon tu terpaksa membawa setiap watak dengan baik begitu jugalah seorang penulis surat jualan.

Jadi dari situ dengan mengetahui siapa aku, apa yang aku ada dan apa yang boleh aku beri kepada pembaca harus dijawab.


Soalan #3 : Apakah produk yang nak dijual, dan bagaimana produk tersebut mampu menyelesaikan masalah dalam pasaran yang dipilih ?

Menjual sesuatu produk tidak akan berjaya jika produk itu sendiri tidak anda kenali. Apa yang produk tersebut boleh lakukan. Aadakah ia seperti sebiji Panadol yang mampu menghilangkan pening kepala, atau adakah ia merupakan setin air Coca Cola sejuk di panas yang terik?

Cari apakah cirri-cirinya? Dan dari cirri-ciri tersebut apa faedah yang boleh diberikan kepada pembaca surat jualan anda.



Soalan #4 : Apa yang pembaca surat jualan perlu lakukan untuk memiliki produk ini?

Dari persoalan ini sudah tentu anda akan menyediakan cara-cara untuk melakukan pesanan. Sebelum itu anda juga harus memberitahu berapa harganya dan terangkan bagaimana untuk melakukan pesanan. Mudahkan pembaca dengan memberi pelbagai kemudahan bayaran bagi melakukan pesanan



Soalan #5 : Kenapa sasaran pembaca surat jualan tersebut harus bertindak sekarang dan tidak kemudian ?


Anda harus fikirkan bagaimana supaya pembaca sasaran anda terus melakukan tindakan. Adakah kerana stok yang terhad? Masa yang terhad? Atau mungkin anda boleh beri motivasi atas apa yang yang bakal berlaku jika pembaca tidak bertindak segera. Fikirkan satu alasan yang baik.


Akhirnya……
Kumpulkan balik jawapan-jawapan dari persoalan tersebut baca dan anda akan faham apa yang anda tuliskan.

Langkah seterusnya…

1)Tulis Headline yang mampu menarik perhatian

2)Susun balik jawapan-jawapan kepada persoalan di atas dengan susuna yang beraliran. Hubungkan mereka dengan beberapa ayat.

Jangan bimbang penulisan anda tersebut betul atau salah. Habiskan dan setelah itu baru lihat semula dan baca dari awal hingga ke hujung. Cari titik-titik kelemahan jika ada dan walah…. Anda telah siapkan surat jualan pertama anda.

Pada mereka yang memiliki buku saya Rahsia Membina Senjata Jualan maka jadikannya sebagai panduan .

Isnin, 9 November 2009

Kata Hubung Penguat Ayat Beremosi

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan-perkataan atau ayat-ayat. Di dalam apa sahaja jenis penulisan kata hubung memainkan peranan besar dalam menghasilkan penulisan beremosi.

Begitu juga dalam penulian surat jualan. Penulisan surat jualan memerlukan penulisan yang mampu menjual terus kepada emosi manusia jika tidak surat jualan tersebut hanya akan tinggal sebagai surat jualan yang tidak akan di baca oleh pembaca sasaran.

Baik, dalam PEMIKAT JUALAN penggunaan kata hubung merupakan sesuatu yang wajib untuk digunakan bagi menghasilkan surat jualan yang mampu menjual. Mari kita lihat beberapa contoh penggunaan kata hubung di dalam penulisan surat jualan.


1) … kerana…

Penggunaan ‘kerana’ mampu memberi alasan ke atas sesuatu fakta yang diberi. Fakta tanpa alasan tidak mampu memberi satu kepuasan ke atas emosi sasaran pembaca kerana ianya seumpama satu panduan yang tergantung tanpa ada hujung yang tidak pasti.

Bila sesuatu fakta diberi kepada sasaran pembaca minda sedar akan mempersoalkan KENAPA. Oleh itu penggunaan ‘kerana’ mampu menjawab dahulu persoalan KENAPA ini sebelum sempat minda sedar pembaca sasaran mempersoalkannya.

Contoh,

“ Tentu anda mempersoalkan kenapa saya memberikan begitu banyak bonus percuma pada anda padahal saya boleh jadikannya sebagai produk yang boleh dijual namun saya tetap berikannya juga KERANA apa yang penting adalah supaya anda mendapat sesuatu yang berbaloi setelah mengeluarkan wang yang banyak untuk memiliki sistem rahsia saya ini…”


2) Oleh itu


Penggunaan ‘oleh itu’ mampu menunjukkan apa yang bakal pembaca sasaran perolehi atau perlu lakukan selepas sesuatu fakta diberi. Secara emosinya ia mampu menguatkan fakta yang diberi dihadapan.

Contoh,

“Anda telah faham sekarang akan kepentingan penulisan dalam membina kredibiliti anda dalam pasaran informasi OLEH ITU apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah…”


3) … namun…

Penggunaan ‘namun’ mampu memberikan emosi berbeza pada fakta yang diletakkan di hadapan.


“ Anda telah melakukan kesemua teknik seperti yang diterangkan di dalam ebook ini NAMUN setelah 3 bulan tiada satu pun perubahan yang anda terima MAKA sila hubungi saya DAN diwaktu itu jika anda mahukan wang anda dikembalikan maka saya akan kembalikan tanpa banyak soal. Inilah jaminan saya pada anda.”

(Sila beri perahtian pada perkataan-perkataan kata hubung berhuruf besar)

Faktanya adalah telah menggunakan kesemua teknik . Kesan dari itu tiada perubahan yang berlaku. Cara ini juga mampu menjawab dahulu persoalan yang bakal pembaca sasaran berikan sebelum sempat minda sedar mempersoalkannya.


4) …maka…

Dari contoh ayat di atas anda dapat lihat bagaimana penggunaanya mampu menghubungkan kesan yang dihadapi pembaca dengan apa yang perlu mereka lakukan. Mereka hanya perlu hubungi penjual dan minta kembalikan wang.

Penggunaan ‘maka’ mampu menjawab persoalan yang tidak sempat dilontarkan oleh minda sedar pembaca.


5) … dan…

Penggunaan ‘dan’ di ayat di atas menguatkan lagi jawapan kepada pembaca. Apabila arahan diberikan untuk menghubungi penjual, minda sedar pembaca akan mempersoalkan ‘untuk apa saya hubungi?’ maka penggunaan ‘dan’ menjawab persoalan ini.


Baiklah, ini hanya lima contoh penggunaan kata hubung di dalam penulisan surat jualan. Terdapat berpuluh jenis kata hubung yang boleh anda gunakan bagi menguatkan mesej jualan anda.

Ingat dalam jualan setiap fakta yang dikeutarakan harus mempunyai alasan. Ia mampu menjawab persoalan yang bakal ditimbul oleh minda sedar pembaca.

Dari itu, mulalah lihat semula penggunaan kata hubung ini yang mana telah kita pelajari di sekolah.