Rabu, 18 November 2009

Kesannya bila senjata ampuh disalah gunakan…. (Bahagian 2)

Surat jualan umpama pisau tajam yang mampu memudahkan tuannya melakukan apa sahaja kerja-kerja memotong. Pisau yang tajam jika disalah gunakan mampu membawa padah bukan sahaja kepada tuannya malah juga yang terkena dengan bisa ketajaman pisau tersebut.

Secara asasnya konsep surat jualan ini mudah iaitu menyampaikan mesej jualan melalui penulisan surat. Namun dengan penulisan yang betul ia juga mampu mengaruh emosi manusia untuk mengarah fizikal badan untuk bertindak membeli.

Baik, kita telah sedar bahawa penulisan surat jualan merupakan satu senjata yang ampuh dalam melakukan jualan namun sedar tak kita bahawa senjata ampuh ini juga boleh disalahgunakan.

Jadi apakah yang dikatakan sebagai surat jualan yang telah disalah gunakan?

1) Emosi dimanipulasi tanpa memberi kesempatan atau hak kepada pembaca surat jualan untuk mengetahui atau melihat apakah produk @ perkhidmatan yang dimaksudkan. Dari mula surat jualan hingga ke akhirnya hanya menyampaikan mesej berbentuk harapan yang tinggi, keuntungan yang bakal diterima serta kemewahan yang bakal diterima. Informasi reality ke atas produk mahupun perkhidmatan tersebut disorok.

2) Penggunaan urgency hanya sebagai perangkap. Penggunaan tawaran stok terhad atau tawaran masa terhad bagi mempercepatkan tindakan pembaca surat adalah tidak salah. Ini kerana sebagai peniaga kita kena ujudkan suasana pembelian yang lebih menarik. Namun yang menjadi salah adalah tuan punya surat jualan tidak mengikut apa yang telah dinyatakan. Kata stok terhad untuk 500 dan jualan akan dihentikan. Adakah penjual tersebut betul-betul melakukannya atau walaupun masa dihadkan ke satu masa contoh jualan akan ditutup sehingga 31 Mac… selepas 31 Mac diumumkan melanjutkan masa jualan atau eruskan jualan tanpa pengumuman pun. Oleh itu pembaca awal surat jualan tersebut terasa tertipu dengan kempen yang dilakukan.

3) Jaminan pengembalian wang mampu menyakinkan pembaca. Kini jaminan diletakkan sesuka hati. Tidak salah untuk meletakkan jaminan tetapi yang salah adalah bila berlaku permintaan pemulangan wang dari pelangan yang tidak berpuashati (tidak kira betul2 tidak puas hati atau saja untuk mempermainkan penjual) penjual akan melambat-lambatkan proses pengembalian wang dan ada juga yang buat tidak tahu dan terus berdiam diri.

Ini adalah 3 yang utama diantara banyak lagi perkara yang menyebabkan penyalah gunaan senjata jualan.

Team PEMIKAT Mengumumkan Pra Pelancaran Produk Kami Yang Pertama

Rakan-rakan sekelian,

Kami, Team PEMIKAT yang didokongi oleh 2 Pemasar Informasi. Saya, Zahrul Azua Kamaluddin merupakan penulis buku “Rahsia Membina Senjata Jualan” dan “Rahsia Jurus Pemikat Jualan” berpengalaman memasarkan produk informasi secara offline manakala Safuan aka Sipenglipurlara merupakan usahawan internet sepenuh masa.

Kami telah menghasilkan satu pakej ebook yang kami namakan,

“Rahsia Sistem Pemikat Jualan” (SRPJ)





Ianya adalah pakej ebook yang mempunyai 5 Volum ( 6 buah ebook) yang membincangkan bagaimana menggunakan Kuasa Emosi, Kuasa Penulisan dan Kuasa Informasi bagi memasarkan apa pun jenis perniagaan, produk mahupun perkhidmatan.

Mampu membina nama, meningkatkan kredibiliti serta membina perniagaan walaupun anda masih baru dalam bidang pemasaran informasi.

Oleh itu kami ingin mengumumkan ‘PRA PEALANCARAN’ pakej ebook SRPJ. Kami menjemput anda untuk mendaftar dan menjadi antara terawal bagi pengumuman pelancaran SRPJ kelak.

Atas tanda terima kasih kami, selepas anda mendaftar kami berikan anda sebuah ebook yang bertajuk “Gagal Jual Ebook”. Sebuah laporan yang membincangkan atas pengalaman kami kenapa kami gagal berjaya dalam penjualan ebook.



Diharap dengan pengumuman Pra Pelancaran ini, SRPJ bakal mendapat sambutan hangat dari rakan-rakan sekelian.

Jangan lepaskan peluang sila klik ke www.pemikatjualan.com daftar awal kerana pada pelancaran nanti kami menawarkan tawaran istimewa.

Ucapan terima kasih kami dahulukan.


Team PEMIKAT.

Isnin, 16 November 2009

Kesannya bila senjata ampuh disalah gunakan…. (Bahagian 1)

Pada awal pembabitan saya dalam bidang penulisan surat jualan dan pemasaran informasi saya amat teruja dengan kuasa penulisan surat jualan yang mampu dijadikan sebagai senjata yang paling ampuh untuk menjual. Apa tidaknya saya mampu menjual tanpa jumpa orang, saya mampu menjual walaupun orang tak tengok produk lagi, saya mampu menjual tanpa banyak bergerak dan banyak lagi faedah.

Dan satu perkara yang membuat saya teruja dengan penulisan surat jualan adalah bagaimana menggunakan kuasa penulisan surat jualan mampu menyentuh emosi pembaca untuk terus membeli.

Saya juga pernah menjual produk-produk informasi orang lain ( produk yang diberi hak jual semula) dan menulis sendiri surat-surat jualan secara offline. Dengan menulis tulisan surat jualan yang menjual harapan tinggi kepada pembaca saya berjaya menghasilkan jualan. Saya lakukan ini kerana inilah yang saya pelajari dari produk-produk informasi yang telah saya perolehi dari surat-surat jualan yang saya terima. KUNCI nya adalah jual TAJUK yang mampu memberi harapan tinggi kepada pembaca sasaran dan ajar pembeli untuk lakukan perkara yang sama.

Oleh kerana itulah dalam masa tidak sampai setahun saya menjalankannya secara sambilan saya ambil keputusan untuk berhenti dan mendiamkan diri dari pasaran offline. Dari situ saya mula berjinak-jinak mempelajari bagaimana untuk menulis buku bagi menghasilkan sesuatu yang berguna untuk orang ramai.

Kenapa ini berlaku pada saya? Walaupun saya tidak pernah menerima satu pun ‘complain’ tentang produk yang saya jual namun saya mula rasa bersalah kerana ilmu yang saya amalkan bukan sesuatu yang beretika pada saya. Saya sendiri pernah kecewa apabila memperolehi produk-produk informasi yang yang tak serupa bikin seperti apa yang telah diwar-war dan dijanjikan dalam surat jualan dan saya mula berfikir jika saya tak puas hati dengan senario tersebut kenapa saya harus melakukan perkara yang sama?

Dari situ saya mula membuat kajian bagaimana saya boleh menulis surat jualan yang mampu menyentuh emosi pembaca tanpa berlaku apa pun jenis penipuan serta mampu mengelak penulisan yang hanya menjual harapan tinggi kepada pembaca. Dengan kata lain saya mampu menyampaikan mesej jualan saya dengan cara yang lebih beretika.

Pisau. Mempunyai pelbagai tugas memotong. Potong sayur, ikan, daging, buah dan sebagainya. Namun dengan pisau juga mampu meragut nyawa manusia. Apakah pisau yang bersalah kerana memiliki mata yang tajam atau adakah sipemegang pisau yang menyalah gunakan ketajaman pisau tersebut?

Tidak salah untuk memberi pengharapan yang tinggi kepada pembaca namun adakah produk kita mampu menanggung janji yang telah kita letakkan. Seekor itik tidak mampu untuk mengaum seperti seekor singa. Dan jangan kita mengaum dalam surat jualan kita jika kita sendiri tidak mampu untuk menghasilkan bunyi ngauman tersebut.

Khamis, 12 November 2009

Cara Mudah Untuk Menulis Surat Jualan Pertama Anda

Dari pengalaman pertama saya, menulis surat jualan yang pertama adalah sesuatu yang menyusahkan. Ada sahaja yang tidak kena dengan penulisan tersebut. Namun setelah beberapa tahun berkecimpung dalam penulisan ini saya mampu menulis dengan mudah.

Caranya adalah dengan menjawab beberapa soalan.

Soalan 1 : Apakah masalah yang dihadapi oleh sasaran pasaran ?

Mungkin ditangan anda telah ada produk. Oleh anda harus fikirkan siapa yang bakal menggunakan produk tersebut. Baik bila sudah tahu siapa sudah tentu akan tahu apa masalah metreka yang mana ianya mempunyai kaitan dengan produk yang anda ada. Ataupun jika tiada cipta pasaran dengan mencipta masalah yang mungkin prospek tidak menyedari akan masalah tersebut. Senaraikan dan pilih mana yang betul-betul memberi kesan kepada pembaca sasaran.


Soalan #2 : Siapa aku dan kenapa pembaca harus baca tulisan aku ?

Baik, saya sebagai penulis surat jualan dan jika saya menulis untuk orang lain apa yang akan saya lakukan adalah bertanya siapa sebenarnya tuan punya surat jualan. Saya akan dapatkan data peribadi dan kalau boleh yang berkaitan dengan produk yang hendak dijual dan saya mula menulis sebagai orang tersebut dan bukan diri saya lagi. Dengan kata lain kalau seorang pelakon tu terpaksa membawa setiap watak dengan baik begitu jugalah seorang penulis surat jualan.

Jadi dari situ dengan mengetahui siapa aku, apa yang aku ada dan apa yang boleh aku beri kepada pembaca harus dijawab.


Soalan #3 : Apakah produk yang nak dijual, dan bagaimana produk tersebut mampu menyelesaikan masalah dalam pasaran yang dipilih ?

Menjual sesuatu produk tidak akan berjaya jika produk itu sendiri tidak anda kenali. Apa yang produk tersebut boleh lakukan. Aadakah ia seperti sebiji Panadol yang mampu menghilangkan pening kepala, atau adakah ia merupakan setin air Coca Cola sejuk di panas yang terik?

Cari apakah cirri-cirinya? Dan dari cirri-ciri tersebut apa faedah yang boleh diberikan kepada pembaca surat jualan anda.



Soalan #4 : Apa yang pembaca surat jualan perlu lakukan untuk memiliki produk ini?

Dari persoalan ini sudah tentu anda akan menyediakan cara-cara untuk melakukan pesanan. Sebelum itu anda juga harus memberitahu berapa harganya dan terangkan bagaimana untuk melakukan pesanan. Mudahkan pembaca dengan memberi pelbagai kemudahan bayaran bagi melakukan pesanan



Soalan #5 : Kenapa sasaran pembaca surat jualan tersebut harus bertindak sekarang dan tidak kemudian ?


Anda harus fikirkan bagaimana supaya pembaca sasaran anda terus melakukan tindakan. Adakah kerana stok yang terhad? Masa yang terhad? Atau mungkin anda boleh beri motivasi atas apa yang yang bakal berlaku jika pembaca tidak bertindak segera. Fikirkan satu alasan yang baik.


Akhirnya……
Kumpulkan balik jawapan-jawapan dari persoalan tersebut baca dan anda akan faham apa yang anda tuliskan.

Langkah seterusnya…

1)Tulis Headline yang mampu menarik perhatian

2)Susun balik jawapan-jawapan kepada persoalan di atas dengan susuna yang beraliran. Hubungkan mereka dengan beberapa ayat.

Jangan bimbang penulisan anda tersebut betul atau salah. Habiskan dan setelah itu baru lihat semula dan baca dari awal hingga ke hujung. Cari titik-titik kelemahan jika ada dan walah…. Anda telah siapkan surat jualan pertama anda.

Pada mereka yang memiliki buku saya Rahsia Membina Senjata Jualan maka jadikannya sebagai panduan .

Isnin, 9 November 2009

Kata Hubung Penguat Ayat Beremosi

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan-perkataan atau ayat-ayat. Di dalam apa sahaja jenis penulisan kata hubung memainkan peranan besar dalam menghasilkan penulisan beremosi.

Begitu juga dalam penulian surat jualan. Penulisan surat jualan memerlukan penulisan yang mampu menjual terus kepada emosi manusia jika tidak surat jualan tersebut hanya akan tinggal sebagai surat jualan yang tidak akan di baca oleh pembaca sasaran.

Baik, dalam PEMIKAT JUALAN penggunaan kata hubung merupakan sesuatu yang wajib untuk digunakan bagi menghasilkan surat jualan yang mampu menjual. Mari kita lihat beberapa contoh penggunaan kata hubung di dalam penulisan surat jualan.


1) … kerana…

Penggunaan ‘kerana’ mampu memberi alasan ke atas sesuatu fakta yang diberi. Fakta tanpa alasan tidak mampu memberi satu kepuasan ke atas emosi sasaran pembaca kerana ianya seumpama satu panduan yang tergantung tanpa ada hujung yang tidak pasti.

Bila sesuatu fakta diberi kepada sasaran pembaca minda sedar akan mempersoalkan KENAPA. Oleh itu penggunaan ‘kerana’ mampu menjawab dahulu persoalan KENAPA ini sebelum sempat minda sedar pembaca sasaran mempersoalkannya.

Contoh,

“ Tentu anda mempersoalkan kenapa saya memberikan begitu banyak bonus percuma pada anda padahal saya boleh jadikannya sebagai produk yang boleh dijual namun saya tetap berikannya juga KERANA apa yang penting adalah supaya anda mendapat sesuatu yang berbaloi setelah mengeluarkan wang yang banyak untuk memiliki sistem rahsia saya ini…”


2) Oleh itu


Penggunaan ‘oleh itu’ mampu menunjukkan apa yang bakal pembaca sasaran perolehi atau perlu lakukan selepas sesuatu fakta diberi. Secara emosinya ia mampu menguatkan fakta yang diberi dihadapan.

Contoh,

“Anda telah faham sekarang akan kepentingan penulisan dalam membina kredibiliti anda dalam pasaran informasi OLEH ITU apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah…”


3) … namun…

Penggunaan ‘namun’ mampu memberikan emosi berbeza pada fakta yang diletakkan di hadapan.


“ Anda telah melakukan kesemua teknik seperti yang diterangkan di dalam ebook ini NAMUN setelah 3 bulan tiada satu pun perubahan yang anda terima MAKA sila hubungi saya DAN diwaktu itu jika anda mahukan wang anda dikembalikan maka saya akan kembalikan tanpa banyak soal. Inilah jaminan saya pada anda.”

(Sila beri perahtian pada perkataan-perkataan kata hubung berhuruf besar)

Faktanya adalah telah menggunakan kesemua teknik . Kesan dari itu tiada perubahan yang berlaku. Cara ini juga mampu menjawab dahulu persoalan yang bakal pembaca sasaran berikan sebelum sempat minda sedar mempersoalkannya.


4) …maka…

Dari contoh ayat di atas anda dapat lihat bagaimana penggunaanya mampu menghubungkan kesan yang dihadapi pembaca dengan apa yang perlu mereka lakukan. Mereka hanya perlu hubungi penjual dan minta kembalikan wang.

Penggunaan ‘maka’ mampu menjawab persoalan yang tidak sempat dilontarkan oleh minda sedar pembaca.


5) … dan…

Penggunaan ‘dan’ di ayat di atas menguatkan lagi jawapan kepada pembaca. Apabila arahan diberikan untuk menghubungi penjual, minda sedar pembaca akan mempersoalkan ‘untuk apa saya hubungi?’ maka penggunaan ‘dan’ menjawab persoalan ini.


Baiklah, ini hanya lima contoh penggunaan kata hubung di dalam penulisan surat jualan. Terdapat berpuluh jenis kata hubung yang boleh anda gunakan bagi menguatkan mesej jualan anda.

Ingat dalam jualan setiap fakta yang dikeutarakan harus mempunyai alasan. Ia mampu menjawab persoalan yang bakal ditimbul oleh minda sedar pembaca.

Dari itu, mulalah lihat semula penggunaan kata hubung ini yang mana telah kita pelajari di sekolah.

Sabtu, 17 Oktober 2009

Kuasa Imej Grafik Pada Headline




Image di atas adalah penulisan Headline yang baik bagi satu website milik Irwan Dahnil untuk Akademi SMS. Kenapa saya suka dengan header ini. Ya mungkin penulisan headlinenya namun bukan itu yang saya nak tekankan di sini walaupun saya boleh membincangkan.... saya cuma nak tekankan tentang penggunaan gambar terhadap sesuatu Headline

Saya sering melihat banyak surat-surat jualan di internet dimana penjual menggunakan gambar sendiri ( rata2 menggunakan gambar yang diambil untuk gambar IC atau passport). Sudah tentu gambar tersebut diambil dengan muka yang serius dan kaku.

Penggunaan gambar sendiri mampu meningkat aruhan terhadap emosi pembaca namun ia juga mampu memberi gambaran yang kurang berkredibiliti terhadap tuan punya gambar. Ok sekarang kenapa saya pilih Irwan Dahnil sebagai contoh. Adakah sebab saya nak mengmpu beliau dengan memuji beliau saya boleh dapat kredit dari beliau.

Bukan itu niat saya .... kerana saya ingin menyampaikan bagaimana gambar boleh memberi satu pandangan yang lain pembaca surat jualan anda terhadap anda. Imej, kredibiliti serta kepercayaan pembaca surat jualan mampu terjana dengan hanya menggunakan gambar2 yang sesuai.

Ok berbalik kepada Irwan Dahnil... gambar beliau sendiri yang beliau gunakan tersebut bukan sahaja ceria malah nampak keyakinan diri beliau terhadap produk-produk beliau. Macam mana nak beri keyakinan pada orang lain untuk membeli produk kita kalau kita sendiri kelihatan tidak yakin dengan produk kita?... Untuk itu untuk menyakin orang kita kena tunjukkan keyakinan. Malah Irwan juga pandai ambil peluang untuk menunjukkan beberapa produk penulisan beliau... ini mampu juga menjana keyakinan pembaca secara tanpa disedari oleh pembaca.

Ceria... muka yang ceria secara psikonya membuat orang lain jadi ceria. Ceria adalah permulaan kepada apa sahaja. Untuk membeli pembeli di jana dengan keceriaan... bermaksud tiada tekanan untuk berfikir dan bertindak membeli

Kemas dan bersih, siapa yang suka melihat orang yang comot dan kotor. Kemas dan bersih melambang kebagusan dan keselesaan... untuk membeli emosi manusia harus berada dalam keselesaan. Ini penting walaupun tanpa disedari oleh pembeli itu sendiri.

Kesederhanaan, baik penggunaan gambar pada headline tersebut adalah sederhana... maksudnya tidak melampau. Penggunaannya bukan sahaja untuk tarik perhatian, tetapi menyampaikan mesej secara tanpa ayat akan apa yang bakal diperolehi oleh pembaca surat jualan. Penggunaan yang melampau mampu mencacatkan penyampaian mesej jualan.

Baik ini hanyalah perbincangan ringkas tentang tentang penggunaan gambar pada headline dan bagaimana ia mampu mempengaruhi emosi pembaca surat jualan. mungkin akan datamng kita akan bincanga bagaimana mengaitkan gambar tersebut denagn penulisan headline tersebut. Perkara ini ada juga dibincangakan di dalam buku saya "Rahsia Membina Senjata Jualan"

Semoga perkongsian ini memberi manfaat... dan terima kasih buat Irwan Dahnil.. maaf saya tidak minta izin untuk menggunakan website Irwan untuk perbincangan saya kali ini.

Selasa, 25 Ogos 2009

Bagaimana Saya Menulis Produk Informasi

Hukum dan teknik penulisan bagi produk maklumat amatlah mudah. Di bawah disenaraikan perkara-perkara tersebut. Jika anda memahaminya anda akan menyedari bahawa untuk mencipta satu-satu produk maklumat itu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk anda lakukan.


Menulis secara bersahaja

Tulislah seperti anda sedang bercakap dalam percakapan seharian anda. Bayangkan bahawa anda sedang bercerita dengan kawan rapat anda untuk memberitahu beliau bagimana untuk pergi ke tempat peranginan yang pernah anda pergi. Anda akan memberi panduan yang mudah, jelas dan arahan yang lurus tanpa mengelirukannya. Anda pasti tidak akan menggunakan ayat-ayat atau perkataan-perkataan yang terlau bombastik untuk menunjukkan anda hebat. Anda hanya akan memberitahu bagaimana beliau boleh sampai ke destinasi yang hendak dituju dengan bahasa yang boleh dan mudah difahami oleh semua orang juga. Tulisan yang baik adalah tulisan yang bercakap.

Kunci kepada elemen penulisan anda adalah kejelasan. Anda harus menjelaskan maklumat yang anda beri dengan penjelasan yang jelas. Ianya bukanlah semudah seperti apa yang anda fikirkan. Ianya memerlukan penjelasan tepat tentang apa, kenapa dan bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara.


Fikirkan tentang bagaimana ia boleh dilakukan bukan bagaimana ia bakal dibaca.

Apabila menulis sesuatu produk maklumat, misi anda adalah untuk menyampaikan maklumat. Anda tidak perlu untuk menulis seperti seorang penulis novel atau penulisan sastera bagi memenangi anugerah penulisan buku. Anda hanya perlu menyampaikan tulisan anda dengan jelas, tepat dan mempunyai format yang mudah dibaca dan difahami.


Ayat dan perenggan.

Kekalkan ayat penulisan yang pendek dan padat. Ayat yang panjang membuatkan pembaca terasa bosan untuk membaca. Sebaris ayat yang baik mengandungi lapan ke empat belas patah perkataan. Perenggan yang mempunyai barisan ayat yang terlalu banyak juga menyebabkan pembaca terasa bosan untuk membaca. Ia kelihatan seperti satu blok ayat yang sangat besar dan pembaca terasa tertekan kerana secara psikologinya ia nampak seperti terlalu banyak tulisan yang harus di baca. Misi anda supaya jadikan tulisan anda mudah serta seronok untuk di baca.


Sunting dan tulis semula

Seperti yang telah diperkatakan sebelum ini proses penulisan haruslah mudah apabila anda mencipta satu produk maklumat. Majoriti kerja penulisan anda datangnya dari kajian yang dilakukan dan penyusunan maklumat-maklumat atas kajian tersebut. Objektif anda hanyalah untuk mengeluarkan apa yang ada di pemikiran anda ke atas kertas mahupun ke atas skrin komputer anda. Segeralah membina deraf pertama anda.

Selepas anda selesai membina deraf pertama misi anda seterusnya adalah untuk melakukan suntingan dengan sekali sunting sahaja. Katakan anda menghasilkan satu-satu laporan secara sambilan dalam masa seminggu tetapi masa yang diambil bagi suntingan dan tulis semula hanya memakan masa antara 20 minit ke 40 minit.

Ingat! tujuan suntingan dan penulisan semula adalah bagi menjelaskan lagi penyampaian tulisan anda bukan bagi mengubah keseluruhan tulisan anda. Ini akan meminimumkan masa penghasilan produk maklumat anda.

Hukum 50 minit Sejam.

Ianya adalah satu alat penulisan yang sangat berkuasa bagi menyiapkan satu-satu produk maklumat yang hebat. Teknik ini sangatlah mudah. Dalam setiap jam kerja-kerja penulisan anda, anda akan mengambil masa selama 50 minit waktu menulis sebelum anda berenti rehat selama 10 minit. Dalam waktu rehat 10 mint tersebut anda boleh melakukan apa saja yang anda ingin lakukan selain dari penulisan. Lupakan seketika penulisan anda.

Waktu rehat seketika 10 minit ini mampu meningkat kemampuan otak anda bekerja secara efektif. Jika anda mempraktikkannya dan selepas 10 minit waktu rehat anda tersebut dan anda kembali semula menulis pasti anda mampu mencurahkan lagi idea-idea bernas serta anda mampu meningkatkan kemampuan penulisan serta memendekkan masa penulisan anda. Jangan terkejut selepas anda mempraktikkannya.

Bagaimana Membina Senjata Jualan Yang Ampuh

(Sumber : Buku “Rahsia Membina Senjata Jualan, Tulisan Zahrul Azua & Syed Akil, Terbitan – True Wealth Sdn Bhd”)

Untuk menjual anda harus ada usaha jualan. Samada anda sendiri yang menjadi jurujual atau atau anda mengupah atau menggajikan seorang jurujual bagi melakukan usaha jualan ini.

Namun bagaimana caranya anda boleh menjual dengan tanpa seorang jurujual atau berjumpa dengan prospek anda? Inilah yang menarik perhatian saya. Anda boleh melakukannya dengan menghasilkan satu surat jualan yang mampu menghasilkan jualan.

Penulisan surat telah menjadi satu senjata ampuh sejak beribu tahun dahulu samada bagi peperangan, pemerintahan, perdagangan mahupun hubungan cinta.

Penulisan surat jualan telah mengalami evolusinya sendiri. Untuk menghasilkan penulisan surat jualan yang berpesuasif harus mempunyai elemen-elemen pembaca surat jualan anda terhadap tawaran, produk atau pun servis anda:

1. Menarik perhatian,
2. Menarik minat,
3. Menjana keinginan,
4. Pembaca bertindak untuk memiliki.

Atau kata singkatannya “PEMIKAT”. Ini adalah singkatan ciptaan saya sendiri.
Selain dari 4 unsur tersebut di dalam surat jualan juga harus mempunyai elemen-elemen seperti berikut:

i. Tawaran hebat – samada dari segi harga, bonus, pemberian percuma dan jaminan tanpa risiko kepada bakal pembeli anda.

ii. Menyakinkan pembaca – Menunjukkan bukti-bukti keberkesanan dan kebagusan produk atau servis anda melalui testimoni atau bukti-bukti lain.

iii. Gambaran secara umum produk atau servis anda – memberitahu akan ciri-ciri serta faedah-faedah serta jalan penyelesaian kepada pemasalahan pembaca sasaran.

iv. Motivasi – Harus mempunyai motivasi supaya pembaca sasaran secara emosinya inginkan dan bertindak untuk memesan.

v. Arahan untuk bertindak – Jangan harapkan pembaca akan bertindak sendiri tanpa memberi arahan pada mereka. Gesa mereka namun jangan memaksa untuk memesan dan memiliki produk atau pun servis anda.

vi. Mudahkan pembaca – Mudahkan pembaca dengan memberi petunjuk bagaimana boleh memiliki produk atau pun servis anda. Jangan biarkan mereka keseorangan dalam membuat tindakan seterusnya.

Selasa, 16 Jun 2009

Kenapa Ramai Diantara Kita Takut @ Tidak Mahu Menulis ?

Penulisan merupakan perkara yang ditakuti oleh ramai orang. Secara majoritinya rakyat Malaysia tidak menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka. Akibat dari itu adakah anda rasa ianya akan membantu untuk mengembangkan minat menulis dikalangan kita? Jauh panggang dari api.

Dahulu saya merupakan seorang yang malas membaca apatah lagi menulis jauh sekali. Namun itu dahulu tetapi setelah saya membaca sebuah buku bagaimana saya mampu menjana wang dengan menghasilkan produk-produk informasi dan seterusnya memasar dan menjual sendiri produk informasi tersebut maka kini penulisan menjadi satu kemestian dalam hidup saya. Jika saya tidak menulis saya rasa hidup saya tidak lengkap.

Tentu anda tertanya-tanya bagaimana yang pada mulanya saya seorang yang tiada bakat menulis mampu menghasilkan tulisan yang bermutu. Penulisan saya dilihat sebagai penulisan yang baik. Sehingga saya sendiri tidak menyangka bahawa saya mampu menulis dan mendapat hasil dari penulisan saya tersebut.

Kenapa Ramai Diantara Kita Takut @ Tidak Mahu Menulis ?

Untuk mengupas persoalan ini saya akan memberi pandangan dari sudut diri saya sendiri dan pandang orang lain. Ada banyak perkara yang menahan dari seseorang itu menulis.

1. Persepsi Diri Sendiri
Menganggap diri memang tiada bakat menulis. Ini satu anggapan yang hanya merugikan diri sendiri. Cuba bayangkan dari darjah satu persekolahan anda mula belajar A,B,C, sehingga ke tingkatan lima ini bermakna anda telah bergiat dalam penulisan selama sepuluh tahun. Jadi penulisan sebenarnya adalah sebahagian dari hidup anda. Jadi persepsi ini harus dibuang kerana belum cuba belum tahu.


2. Tiada Masa
Ya… zaman sekarang manusia terkejar-kejar dalam mencapai cita-cita. Masa 24 jam sehari dirasakan tidak mencukupi. Ramai diantara kita yang bekerja selama 8 ke 10 jam sehari bagi mencari rezeki. Pergi kerja diawal pagi dan pulang bersama senja. Atas alasan kesibukan inilah yang menyebabkan ramai orang tidak menulis walaupun mereka berkemampuan untuk melakukannya.

3. Tidak tahu teknik mudah menulis
Penulisan bukanlah satu perkara yang terlalu susah untuk dilakukan jika kita tahu tentang tekniknya. Ramai diantara kita yang mempunyai keinginan untuk menulis namun terbantut atas beberapa sebab:

a) Tidak tahu bagaimana untuk bermula. Ramai yang tersangkut diawal penulisan. Apakah yang patut dituls dahulu.

b) Tidak tahu bagaimana menyusun segala idea dan isi penulisan dan tukarkannya dalam bentuk tulisan.

c) Tidak tahu bagaimana teknik cepat untuk menulis. Bagi mereka penulisan merupakan satu proses yang mengambil masa yang panjang.

4. Tidak tahu jenis-jenis penulisan
Ramai diantara kita tidak tahu membezakan jenis-jenis penulisan dan atas dasar itu apabila mereka mereka membaca hasil-hasil tulisan dari penulis-penulis hebat terutamanya penulis-penulis novel maka mereka akan berkata di dalam hati “Mustahil aku boleh menulis seperti ini…”. Terus terang saya katakan saya tidak bagus dalam menulis penulisan seperti novel dan yang seangkatan dengannya. Ini adalah penulisan fiksyen.

Baik secara kasarnya terdapat dua jenis penulisan iaitu penulisan fiksyen dan bukan fiksyen. Penulisan fiksyen adalah penulisan kreatif seperti novel, cerpen, skrip drama dan sebagainya.

Manakala penulisan bukan fiksyen pula adalah penulisan yang lebih berbentuk panduan yang berinfomatif. Jadi anda jangan campur adukkan dua jenis penulisan ini. Penulisan bukan fiksyen merupakan penulisan yang jauh lebih mudah dari penulisan fiksyen kerana ianya lebih ‘straight forward’. Siapa sahaja mampu menghasilkan penulisan bukan fiksyen termasuk anda sendiri… yakinlah.

5. Tidak tahu potensi penulisan mampu memberi wang lumayan
Apabila anda tidak tahu potensi yang ada dalam penulisan yang mampu memberi satu satu keberuntungan yang besar buat anda maka ia tidak mampu memotivasikan diri anda untuk menulis. Penulisan mampu memberikan satu penjanaan wang secara pasif buat anda. Bayangkanlah dengan sekali bekerja (sekali melakukan penulisan) sahaja anda mampu mendapat hasil berkali-kali.

Mentor Jutawan saudara Azizi Ali telah menulis lebih 30 buah buku dan kini setiap dari buku-bukunya memberi wang kepada beliau. Dan beliau hanya menulis sekali sahaja untuk setiap buku yang dijual. Apa yang dilakukan hanya menulis buku-buku terbaru untuk menambah punca pengaliran masuk bagi wang kepada dirinya.

Khamis, 2 April 2009

Perkara Yang Sering Dipandang sebelah Mata Oleh Seorang Info-Marketer

Kita lihat sekarang satu perkembangan yang positif dimana sudah timbul ramai ‘info-marketer tidak kira secara online mahupun secara offline. Namun dalam keghairahan mereka memasarkan produk2 maklumat tidak kiralah samada produk sendiri mahupun secara sistem affiliate…, mereka mengambil ringan (pandang sebelah mata) satu kemahiran yang sangat2 penting sebagai seorang info-marketer iaitu PENULISAN SURAT JUALAN.

“Apa… surat jualan ?? Ahhh… tak kisahlah boleh upah orang ... janji teknik pemasaran tu yang penting….” Inilah yang sering diperkatakan oleh info-marketer2 terutamanya yang baru…. Anda kena ingat ingat bahawa info-marketer2 otai yang telah berjaya sememangnya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penulisan surat jualan.



Apabila saya memikirkan apakah yang mampu dilakukan oleh penulisan surat jualan jualan itu sendiri terhadap perniagaan maklumamt saya maka terkeluarlah gambarajah seperti di atas. Ini hanyalah sebahagian dari apa yang boleh dilakukan oleh penulisan surat jualan.

Baik… tujuan utama penulisan surat adalah untuk menjual sesuatu tak kisahlah apa pun yang anda ingin jual janji ianya mendatangkan keuntungan dalam bentuk wang. Tapi kalau nak menjual mesti ada barang yang nak dijualkan… oleh itu dari gambarajah diatas dengan anda menentukan niche utama anda dan ‘Position’ anda berserta dengan ‘USP’ anda … walla… anda sedang menuju untuk menghasilkan satu format / pakej produk mahupun tawaran2 lain yang terdapat di dalamnya untuk anda jualkan.

Tak habis disitu untuk mengukuhkannya dengan penulisan surat jualan ini ia akan memberi anda idea2 apakah perkara2 yang patut anda lakukan keatas kajian selidik. Bukan setakat anda boleh menghasilkan produk untuk dijual malah ia mampu membantu anda merancang hal2 kos serta untung rugi dari aktiviti jualan anda tersebut.

Jika dilihat dari gambarajah tersebut dan jika diikuti sepenuhnya saya yakin antara 70% ke 80% dari usaha perancangan anda terhadap perniagaan anda tersebut telah dilakukan selebihnya adalah masa untuk bertindak sahaja.

Bagaimana ini boleh terjadi? Apabila anda mula menulis surat jualan… persoalan akan timbul… dari persoalan kaji selidik dilakukan dan dari kaji selidik setiap maklumat tersebut disusun serta dipakejkan (diformat). Anda perlu ingat penulisan surat jualan bukan boleh main terjah tulis je… saya pecahkannya kepada 3 langkah utama :

1) Kaji selidik (research)
2) Pakejkan setiap maklumat (susun / format)
3) Tulis

Oleh itu untuk menjadikan anda seorang info-marketer yang bukan setakat berjaya tetapi cara pemikiran serta tindakan seperti seorang info-marketer yang sejati maka pengetahuan serta kemahiran anda terhadap penulisan surat jualan amatlah penting.

Rabu, 25 Mac 2009

TIGA KEBIMBANGAN YANG MENYEBABKAN BANTAHAN PELANGGAN

Bantahan pelanggan merupakan perkara yang ditakuti oleh seorang jurujual. Pelanggan mempersoalkan akan apa yang anda tawarkan. Namun satu berita baik buat anda secara emosinya jika pelanggan mempersoalkan atau membantah apa yang anda tawarkan ini bermaksud pelanggan anda berminat keatas apa yang anda tawarkan tersebut. Jika anda boleh beri penyelesaian atau anda mampu menjawab segala bantahan dan persoalan pelanggan pasti minat pelanggan anda tersebut mampu mencipta emosi berkehendakkan mereka. Apa yang pelu anda pastikan adalah supaya emosi kebimbangan pelanggan anda tersebut dapat dihapuskan. Secara asasnya terdapat tiga jenis kebimbangan pelanggan:

Kebimbangan Pelanggan #1
Takut melakukan kesilapan


Emosi takut merupakan salah satu punca terkuat kenapa manusia membeli. Takut terlepas peluang, takut tua, takut sakit dan bermacam lagi namun ketakutan jugalah yang mampu menahan manusia dari mengambil tindakan membeli.

Ketakutan akan menimbulkan rasa kebimbangan dan rasa kebimbangan inilah sebenarnya yang akan mewujudkan bantahan-bantahan serta persoalan-persolan pelanggan anda. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah sasarkan kepada kebimbangan pelanggan anda tersebut dan jawab segala persoalannya. Jadi apakah kebimbangan yang boleh menghalang pelanggan untuk bertindak membeli produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan?

Ø Adakah saya beli yang terbaik?
Ø Adakah saya beli barangan yang betul?
Ø Adakah harga yang ditawarkan setimpal?
Ø Adakah saya betul-betul memerlukannya?
Ø Betulkah saya akan dapat apa yang telah dijanjikan?
Ø Bolehkah saya dapat semula wang saya jika saya melakukan kesilapan membeli?
Ø Adakah saya membeli barangan yang saya tidak perlukan sebenarnya?

Jadi apa yang perlu anda lakukan tunjukkan atau nyatakan pulangan terhadap pelaburan pembaca setelah memiliki produk ataupun servis anda. Anda harus ingat bahawa pembaca mengeluarkan wang dan setiap wang yang dikeluarkan perlulah memberi keuntungan terhadap mereka sama ada dari segi nilai mahupun faedah-faedah yang bakal pembaca peroleh. Contohnya:

Berapakah yang perlu anda laburkan?

Jika saya menawarkan perkhdimatan ini dengan nilai yang terlalu tinggi baik anda lupakan sahaja kerana ia tidak berbaloi buat anda untuk menjimatkan bil elektrik. Dengan perkhidmatan yang sama anda akan dikenakan sebanyak RM200 sekurang-kurangnya tetapi jika anda memilih perkhidmatan kami termasuk tawaran percuma yang kami tawarkan anda hanya perlu melaburkan dari RM120 setahun bersamaan 33 sen sehari. Ianya satu nilai yang tidak boleh anda lepaskan.


Selain dari itu anda harus memberi satu jaminan. Bukan jaminan biasa tetapi satu jaminan yang kuat. Tujuan jaminan ini adalah supaya pembaca berasa selamat untuk memiliki tawaran anda dan tidak terasa mereka bakal tertipu dengan tawaran hebat anda tersebut. Ia juga mampu menunjukkan bahawa anda yakin dan sentiasa berada di belakang produk anda. Keyakinan anda tersebut mampu menjana keyakinan pembaca untuk memiliki produk anda.

Jaminan yang berkuasa tinggi adalah jaminan tanpa risiko dengan pengembalian wang semula jika tidak berpuas hati atau tidak berhasil seperti apa yang dijanjikan. Ada juga perniagaan yang menjanjikan memberi potongan harga jika terdapat produk yang sama dengan harga yang lebih rendah dijual di tempat lain.

"Jika anda rasa pakej yang kami tawarkan tidak memberi apa-apa faedah selepas anda memilikinya sedarlah bahawa anda dijamin dengan jaminan tanpa risiko. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan menghubungi kami dan memulangkan semula pakej kami ini dan tanpa banyak soal kami akan memulangkan kesemua wang pelaburan anda. Inilah jaminan kami kerana kami yakin akan keberkesanan produk kami."

Kebimbangan Pelanggan #2
Takut bahawa ANDA bukan orang yang layak untuk menjual


Kenalkan siapa anda kepada pelanggan anda
Sebelum anda meneruskan penerangan di dalam mesej jualan anda tersebut, anda harus memperkenalkan diri anda atau syarikat anda. Beritahu mereka siapa anda, nama anda dan sedikit latar belakang anda. Ini perlu bagi pembaca anda. Mereka akan tahu dengan siapa mereka berurusan.

Secara psikologinya anda akan nampak yakin dengan kemampuan anda. Jika anda yakin dengan diri sendiri, secara automatiknya pembaca akan yakin pada anda. Untuk menguatkan lagi pengenalan diri atau syarikat anda, tunjukkan pentauliahan anda atau syarikat anda. Namun anda kena ingat bahawa tujuan anda bukanlah bagi menunjukkan kehebatan anda semata-mata tetapi hanya memberitahu siapakah anda untuk melakukan urusan. Berikut adalah beberapa senarai pentauliahan yang boleh anda tunjukkan di dalam surat jualan anda:

i. Kajian kes yang berjaya (daripada contoh diri sendiri atau orang lain)
ii. Individu atau syarikat yang memberi penghormatan kepada produk atau servis anda setelah mereka menggunakannya
iii. Jangka masa penglibatan dalam perniagaan atau pengalaman dalam bidang berkaitan
iv. Seminar-seminar yang telah anda hadiri sebagai penceramah
v. Anugerah-anugerah atau pengiktirafan-pengiktirafan penting
Pembaca harus mengetahui sama ada anda atau syarikat anda betul-betul melakukan perniagaan tersebut dengan jayanya. Namun bagi usahawan-usahawan yang baru bermula, penggunaan kajian kes sudah memadai. Lagi banyak bukti anda lagi bagus.

Gunakan kekuatan testimoni
Emosi pembaca boleh dikocakkan lagi dengan adanya testimoni daripada pengguna-pengguna yang telah menggunakan produk anda dan berpuas hati dengannya. Testimoni ini juga boleh saya katakan sebagai bukti awam (social proof). Bukti awam mampu membina kredibiliti dan kepercayaan. Ia membuktikan tawaran anda sah dan seperti yang dijanjikan.

Jadi apakah perkara-perkara yang perlu ada di dalam testimony-testimoni anda? Antaranya adalah:

Testimoni tentang keberkesanan produk dan bukan kehebatan anda
Pembaca tidak mahu membaca perkara-perkara yang memuji dan menaikkan diri anda sendiri, sebaliknya lebih berminat membaca bagaimana produk anda mampu memberi faedah bagi menyelesaikan masalah-masalah mereka. Rata-rata emosi pembaca tidak berminat melihat dan mendengar kisah-kisah “masuk bakul angkat sendiri.”

Kualiti/kuantiti
Jika anda mampu mendapatkan pengiktirafan produk daripada personaliti-personaliti terkenal, ia akan membantu meningkatkan jualan. Ini kerana secara psikologinya personaliti-personaliti terkenal tidak akan memilih produk yang boleh menjatuhkan imej mereka dan dengan pengiktirafan tersebut menunjukkan produk anda berkualiti tinggi. Namun jika anda tidak mampu memperolehinya, anda harus mendapatkan seberapa banyak testimoni daripada pelangganpelanggan anda. Lebih banyak testimoni, maka lebih meyakinkanlah surat jualan anda.

Testimoni yang mempunyai keputusan yang baik
Pembaca berminat jika keberkesanan atau keputusan yang baik berlaku ke atas orang lain. Dengan cara ini barulah pembaca akan percaya bukan sahaja akan keberkesanannya malah percaya anda adalah penjual yang betul bagi mendapatkan produk atau perkhidmatan yang dinginkannya.

Maklumat terperinci pemberi testimoni
Dalam setiap testimoni-testimoni pelanggan anda, masukkan maklumat terperinci seperti nama penuh, lokasi, laman web, alamat e-mel dan lain (dengan keizinan). Testimoni tersebut akan lebih kuat jika disertakan juga dengan gambar pelanggan tersebut.
Berikut adalah contoh-contoh testimoni:

“Ternyata teknik yang En. Syed berikan memberikan keuntungan tiga kali ganda seperti yang En. Syed janjikan
– Zahrul, N.Sembilan.”


“Saya mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, dan gout.Kini setelah menggunakan produk anda selama dua bulan saya tidak lagi bergantung kepada ubat-ubat hospital . Terima kasih saya ucapkan
– En Razak, Nilai.”


“Dalam masa dua minggu saya mendapat RM1 000. Selepas sebulan pendapatan saya meningkat RM2 000, dan sekarang selepas tiga bulan saya tidak perlu bekerja lagi. Terima kasih kerana memperkenalkan perniagaan ini kepada saya.
– Pn Rahimah, Perak.”


Perlu diingatkan, testimoni anda boleh direka. Walaupun anda tidak berniat menipu pembaca, setiap pengakuan ikhlas akan mempunyai suaranya tersendiri. Pembaca boleh merasakan suara pengakuan tersebut sekiranya ia betul-betul datang dari hati yang ikhlas. Jadi anda perlu ikhlas, dan begitu juga dengan testimoni anda. Ingat! Penipuan tidak akan meletakkan anda ke satu tahap yang membanggakan.

Kebimbangan Pelanggan #3
Adakah tawaran anda tersebut berpijak di bumi nyata


Rata-rata pelanggan dewasa kini merupakan pembeli yang bijak. Bagi mereka tiada yang percuma di dunia kini… “Nothing Is Free In This World”. Oleh itu anda harus berhati-hati dalam memberikan tawaran hebat anda. Seringkali terjadi dimana tawaran percuma atau bonus-bonus anda mempunyai nilai harga yang lebih tinggi dari harga sebenar produk yang anda tawarkan atau jual. Memang dalam hati pelanggan akan rasa tertarik dengan tawaran namun disebabkan tawaran-tawaran tersebut seperti tidak berpijak dibumi nyata maka ia bakal menggagalkan usaha jualan anda.

Hanya ada satu cara untuk mengatasi maslah ini iaitu dengan memberitahu pelanggan kenapa anda memberi tawaran hebat tersebut kepada mereka. Alasan anda tersebut haruslah lojik dan munasabah.

Kenapa kami memberikan tawaran sebegini hebat?

Terus terang kami nyatakan di sini bahawa walaupun stok yang kami ada adalah terhad namun kami mahu menghabiskannya dengan kadar yang segera dan sebagai tanda terima kasih kami pada anda kami mahu memberikan yang terbaik dan anda mampu memiliki nilai pelaburan yang sangat berbaloi. Yang penting keuntungan berada di pihak anda.

"Kenapa saya memberikan tawaran sebegini kepada anda?
Ya, saya mengaku saya ingin menambah keterujaan anda untuk memiliki produk ini namun saya lebih teruja jika anda merasai nikmat kesihatan seperti yang telah saya rasa"