Rabu, 18 November 2009

Kesannya bila senjata ampuh disalah gunakan…. (Bahagian 2)

Surat jualan umpama pisau tajam yang mampu memudahkan tuannya melakukan apa sahaja kerja-kerja memotong. Pisau yang tajam jika disalah gunakan mampu membawa padah bukan sahaja kepada tuannya malah juga yang terkena dengan bisa ketajaman pisau tersebut.

Secara asasnya konsep surat jualan ini mudah iaitu menyampaikan mesej jualan melalui penulisan surat. Namun dengan penulisan yang betul ia juga mampu mengaruh emosi manusia untuk mengarah fizikal badan untuk bertindak membeli.

Baik, kita telah sedar bahawa penulisan surat jualan merupakan satu senjata yang ampuh dalam melakukan jualan namun sedar tak kita bahawa senjata ampuh ini juga boleh disalahgunakan.

Jadi apakah yang dikatakan sebagai surat jualan yang telah disalah gunakan?

1) Emosi dimanipulasi tanpa memberi kesempatan atau hak kepada pembaca surat jualan untuk mengetahui atau melihat apakah produk @ perkhidmatan yang dimaksudkan. Dari mula surat jualan hingga ke akhirnya hanya menyampaikan mesej berbentuk harapan yang tinggi, keuntungan yang bakal diterima serta kemewahan yang bakal diterima. Informasi reality ke atas produk mahupun perkhidmatan tersebut disorok.

2) Penggunaan urgency hanya sebagai perangkap. Penggunaan tawaran stok terhad atau tawaran masa terhad bagi mempercepatkan tindakan pembaca surat adalah tidak salah. Ini kerana sebagai peniaga kita kena ujudkan suasana pembelian yang lebih menarik. Namun yang menjadi salah adalah tuan punya surat jualan tidak mengikut apa yang telah dinyatakan. Kata stok terhad untuk 500 dan jualan akan dihentikan. Adakah penjual tersebut betul-betul melakukannya atau walaupun masa dihadkan ke satu masa contoh jualan akan ditutup sehingga 31 Mac… selepas 31 Mac diumumkan melanjutkan masa jualan atau eruskan jualan tanpa pengumuman pun. Oleh itu pembaca awal surat jualan tersebut terasa tertipu dengan kempen yang dilakukan.

3) Jaminan pengembalian wang mampu menyakinkan pembaca. Kini jaminan diletakkan sesuka hati. Tidak salah untuk meletakkan jaminan tetapi yang salah adalah bila berlaku permintaan pemulangan wang dari pelangan yang tidak berpuashati (tidak kira betul2 tidak puas hati atau saja untuk mempermainkan penjual) penjual akan melambat-lambatkan proses pengembalian wang dan ada juga yang buat tidak tahu dan terus berdiam diri.

Ini adalah 3 yang utama diantara banyak lagi perkara yang menyebabkan penyalah gunaan senjata jualan.

Tiada ulasan: