Selasa, 25 Ogos 2009

Bagaimana Membina Senjata Jualan Yang Ampuh

(Sumber : Buku “Rahsia Membina Senjata Jualan, Tulisan Zahrul Azua & Syed Akil, Terbitan – True Wealth Sdn Bhd”)

Untuk menjual anda harus ada usaha jualan. Samada anda sendiri yang menjadi jurujual atau atau anda mengupah atau menggajikan seorang jurujual bagi melakukan usaha jualan ini.

Namun bagaimana caranya anda boleh menjual dengan tanpa seorang jurujual atau berjumpa dengan prospek anda? Inilah yang menarik perhatian saya. Anda boleh melakukannya dengan menghasilkan satu surat jualan yang mampu menghasilkan jualan.

Penulisan surat telah menjadi satu senjata ampuh sejak beribu tahun dahulu samada bagi peperangan, pemerintahan, perdagangan mahupun hubungan cinta.

Penulisan surat jualan telah mengalami evolusinya sendiri. Untuk menghasilkan penulisan surat jualan yang berpesuasif harus mempunyai elemen-elemen pembaca surat jualan anda terhadap tawaran, produk atau pun servis anda:

1. Menarik perhatian,
2. Menarik minat,
3. Menjana keinginan,
4. Pembaca bertindak untuk memiliki.

Atau kata singkatannya “PEMIKAT”. Ini adalah singkatan ciptaan saya sendiri.
Selain dari 4 unsur tersebut di dalam surat jualan juga harus mempunyai elemen-elemen seperti berikut:

i. Tawaran hebat – samada dari segi harga, bonus, pemberian percuma dan jaminan tanpa risiko kepada bakal pembeli anda.

ii. Menyakinkan pembaca – Menunjukkan bukti-bukti keberkesanan dan kebagusan produk atau servis anda melalui testimoni atau bukti-bukti lain.

iii. Gambaran secara umum produk atau servis anda – memberitahu akan ciri-ciri serta faedah-faedah serta jalan penyelesaian kepada pemasalahan pembaca sasaran.

iv. Motivasi – Harus mempunyai motivasi supaya pembaca sasaran secara emosinya inginkan dan bertindak untuk memesan.

v. Arahan untuk bertindak – Jangan harapkan pembaca akan bertindak sendiri tanpa memberi arahan pada mereka. Gesa mereka namun jangan memaksa untuk memesan dan memiliki produk atau pun servis anda.

vi. Mudahkan pembaca – Mudahkan pembaca dengan memberi petunjuk bagaimana boleh memiliki produk atau pun servis anda. Jangan biarkan mereka keseorangan dalam membuat tindakan seterusnya.

Tiada ulasan: