Isnin, 9 November 2009

Kata Hubung Penguat Ayat Beremosi

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan-perkataan atau ayat-ayat. Di dalam apa sahaja jenis penulisan kata hubung memainkan peranan besar dalam menghasilkan penulisan beremosi.

Begitu juga dalam penulian surat jualan. Penulisan surat jualan memerlukan penulisan yang mampu menjual terus kepada emosi manusia jika tidak surat jualan tersebut hanya akan tinggal sebagai surat jualan yang tidak akan di baca oleh pembaca sasaran.

Baik, dalam PEMIKAT JUALAN penggunaan kata hubung merupakan sesuatu yang wajib untuk digunakan bagi menghasilkan surat jualan yang mampu menjual. Mari kita lihat beberapa contoh penggunaan kata hubung di dalam penulisan surat jualan.


1) … kerana…

Penggunaan ‘kerana’ mampu memberi alasan ke atas sesuatu fakta yang diberi. Fakta tanpa alasan tidak mampu memberi satu kepuasan ke atas emosi sasaran pembaca kerana ianya seumpama satu panduan yang tergantung tanpa ada hujung yang tidak pasti.

Bila sesuatu fakta diberi kepada sasaran pembaca minda sedar akan mempersoalkan KENAPA. Oleh itu penggunaan ‘kerana’ mampu menjawab dahulu persoalan KENAPA ini sebelum sempat minda sedar pembaca sasaran mempersoalkannya.

Contoh,

“ Tentu anda mempersoalkan kenapa saya memberikan begitu banyak bonus percuma pada anda padahal saya boleh jadikannya sebagai produk yang boleh dijual namun saya tetap berikannya juga KERANA apa yang penting adalah supaya anda mendapat sesuatu yang berbaloi setelah mengeluarkan wang yang banyak untuk memiliki sistem rahsia saya ini…”


2) Oleh itu


Penggunaan ‘oleh itu’ mampu menunjukkan apa yang bakal pembaca sasaran perolehi atau perlu lakukan selepas sesuatu fakta diberi. Secara emosinya ia mampu menguatkan fakta yang diberi dihadapan.

Contoh,

“Anda telah faham sekarang akan kepentingan penulisan dalam membina kredibiliti anda dalam pasaran informasi OLEH ITU apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah…”


3) … namun…

Penggunaan ‘namun’ mampu memberikan emosi berbeza pada fakta yang diletakkan di hadapan.


“ Anda telah melakukan kesemua teknik seperti yang diterangkan di dalam ebook ini NAMUN setelah 3 bulan tiada satu pun perubahan yang anda terima MAKA sila hubungi saya DAN diwaktu itu jika anda mahukan wang anda dikembalikan maka saya akan kembalikan tanpa banyak soal. Inilah jaminan saya pada anda.”

(Sila beri perahtian pada perkataan-perkataan kata hubung berhuruf besar)

Faktanya adalah telah menggunakan kesemua teknik . Kesan dari itu tiada perubahan yang berlaku. Cara ini juga mampu menjawab dahulu persoalan yang bakal pembaca sasaran berikan sebelum sempat minda sedar mempersoalkannya.


4) …maka…

Dari contoh ayat di atas anda dapat lihat bagaimana penggunaanya mampu menghubungkan kesan yang dihadapi pembaca dengan apa yang perlu mereka lakukan. Mereka hanya perlu hubungi penjual dan minta kembalikan wang.

Penggunaan ‘maka’ mampu menjawab persoalan yang tidak sempat dilontarkan oleh minda sedar pembaca.


5) … dan…

Penggunaan ‘dan’ di ayat di atas menguatkan lagi jawapan kepada pembaca. Apabila arahan diberikan untuk menghubungi penjual, minda sedar pembaca akan mempersoalkan ‘untuk apa saya hubungi?’ maka penggunaan ‘dan’ menjawab persoalan ini.


Baiklah, ini hanya lima contoh penggunaan kata hubung di dalam penulisan surat jualan. Terdapat berpuluh jenis kata hubung yang boleh anda gunakan bagi menguatkan mesej jualan anda.

Ingat dalam jualan setiap fakta yang dikeutarakan harus mempunyai alasan. Ia mampu menjawab persoalan yang bakal ditimbul oleh minda sedar pembaca.

Dari itu, mulalah lihat semula penggunaan kata hubung ini yang mana telah kita pelajari di sekolah.

2 ulasan:

ZakiYusof.com berkata...

Artikel yang menarik tuan.

Sememangnya gaya penulisan terutamanya di surat jualan sangat penting.... ia akan menentukan hidup mati jualan anda...

Syabas ada orang seperti tuan... susah nak cari orang pandai copy writing dan biasanya mereka ni bekerja balik tabir jer...

Thanks for valuable info...

Saya juga meminati copy-writing... Saya bercadang nak beli buku tuan... hehehe... mesti banyak maklumat berguna di sana.

zahrulazua berkata...

Tuan Zaki, terima kasih atas sokongan tuan. Betul kata tuan sebenarnya ramai jugak copywriter di Malaysia ni tapi biasalah bekerja di balik tabir.

Saya juga berterima kasih atas minat Zaki dengan buku-buku saya. Harap ia boleh beri manfaat pada tuan.