Selasa, 16 Jun 2009

Kenapa Ramai Diantara Kita Takut @ Tidak Mahu Menulis ?

Penulisan merupakan perkara yang ditakuti oleh ramai orang. Secara majoritinya rakyat Malaysia tidak menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka. Akibat dari itu adakah anda rasa ianya akan membantu untuk mengembangkan minat menulis dikalangan kita? Jauh panggang dari api.

Dahulu saya merupakan seorang yang malas membaca apatah lagi menulis jauh sekali. Namun itu dahulu tetapi setelah saya membaca sebuah buku bagaimana saya mampu menjana wang dengan menghasilkan produk-produk informasi dan seterusnya memasar dan menjual sendiri produk informasi tersebut maka kini penulisan menjadi satu kemestian dalam hidup saya. Jika saya tidak menulis saya rasa hidup saya tidak lengkap.

Tentu anda tertanya-tanya bagaimana yang pada mulanya saya seorang yang tiada bakat menulis mampu menghasilkan tulisan yang bermutu. Penulisan saya dilihat sebagai penulisan yang baik. Sehingga saya sendiri tidak menyangka bahawa saya mampu menulis dan mendapat hasil dari penulisan saya tersebut.

Kenapa Ramai Diantara Kita Takut @ Tidak Mahu Menulis ?

Untuk mengupas persoalan ini saya akan memberi pandangan dari sudut diri saya sendiri dan pandang orang lain. Ada banyak perkara yang menahan dari seseorang itu menulis.

1. Persepsi Diri Sendiri
Menganggap diri memang tiada bakat menulis. Ini satu anggapan yang hanya merugikan diri sendiri. Cuba bayangkan dari darjah satu persekolahan anda mula belajar A,B,C, sehingga ke tingkatan lima ini bermakna anda telah bergiat dalam penulisan selama sepuluh tahun. Jadi penulisan sebenarnya adalah sebahagian dari hidup anda. Jadi persepsi ini harus dibuang kerana belum cuba belum tahu.


2. Tiada Masa
Ya… zaman sekarang manusia terkejar-kejar dalam mencapai cita-cita. Masa 24 jam sehari dirasakan tidak mencukupi. Ramai diantara kita yang bekerja selama 8 ke 10 jam sehari bagi mencari rezeki. Pergi kerja diawal pagi dan pulang bersama senja. Atas alasan kesibukan inilah yang menyebabkan ramai orang tidak menulis walaupun mereka berkemampuan untuk melakukannya.

3. Tidak tahu teknik mudah menulis
Penulisan bukanlah satu perkara yang terlalu susah untuk dilakukan jika kita tahu tentang tekniknya. Ramai diantara kita yang mempunyai keinginan untuk menulis namun terbantut atas beberapa sebab:

a) Tidak tahu bagaimana untuk bermula. Ramai yang tersangkut diawal penulisan. Apakah yang patut dituls dahulu.

b) Tidak tahu bagaimana menyusun segala idea dan isi penulisan dan tukarkannya dalam bentuk tulisan.

c) Tidak tahu bagaimana teknik cepat untuk menulis. Bagi mereka penulisan merupakan satu proses yang mengambil masa yang panjang.

4. Tidak tahu jenis-jenis penulisan
Ramai diantara kita tidak tahu membezakan jenis-jenis penulisan dan atas dasar itu apabila mereka mereka membaca hasil-hasil tulisan dari penulis-penulis hebat terutamanya penulis-penulis novel maka mereka akan berkata di dalam hati “Mustahil aku boleh menulis seperti ini…”. Terus terang saya katakan saya tidak bagus dalam menulis penulisan seperti novel dan yang seangkatan dengannya. Ini adalah penulisan fiksyen.

Baik secara kasarnya terdapat dua jenis penulisan iaitu penulisan fiksyen dan bukan fiksyen. Penulisan fiksyen adalah penulisan kreatif seperti novel, cerpen, skrip drama dan sebagainya.

Manakala penulisan bukan fiksyen pula adalah penulisan yang lebih berbentuk panduan yang berinfomatif. Jadi anda jangan campur adukkan dua jenis penulisan ini. Penulisan bukan fiksyen merupakan penulisan yang jauh lebih mudah dari penulisan fiksyen kerana ianya lebih ‘straight forward’. Siapa sahaja mampu menghasilkan penulisan bukan fiksyen termasuk anda sendiri… yakinlah.

5. Tidak tahu potensi penulisan mampu memberi wang lumayan
Apabila anda tidak tahu potensi yang ada dalam penulisan yang mampu memberi satu satu keberuntungan yang besar buat anda maka ia tidak mampu memotivasikan diri anda untuk menulis. Penulisan mampu memberikan satu penjanaan wang secara pasif buat anda. Bayangkanlah dengan sekali bekerja (sekali melakukan penulisan) sahaja anda mampu mendapat hasil berkali-kali.

Mentor Jutawan saudara Azizi Ali telah menulis lebih 30 buah buku dan kini setiap dari buku-bukunya memberi wang kepada beliau. Dan beliau hanya menulis sekali sahaja untuk setiap buku yang dijual. Apa yang dilakukan hanya menulis buku-buku terbaru untuk menambah punca pengaliran masuk bagi wang kepada dirinya.

2 ulasan:

aman berkata...

tambahan lagi satu, pengguna tidak tahu nak tulis pasal ape. takde topik.

zahrulazua berkata...

sebab tu penulisan ni kena ada halatuju.. apa mak tulis, kenapa nak tulis, sebab apa nak tulis... dan penulisan yang baik adalah untuk membantu pembaca selesaikan masalah mereka.