Rabu, 9 Mac 2011

Evolusi IM Tempatan (Bahagian 2)

Kita dapat lihat bagaimana percambahan ilmu serta pertumbuhan usahawan-usahawan internet yang kini mula tumbuh bagaikan cendawan.

Saya tidak pasti (kerana tiada kajian khusus yang saya lakukan) samada direct mail order marketing di Malaysia merupakan pencetus kepada perkembangan IM tempatan sebelum generasi pertama IM tempatan memainkan peranan dalam mengembangkan kegiatan IM tempatan itu sendiri.

Sebenarnya dalam tahun 2000 lagi saya telah mula diperkenalkan dengan perniagaan internet. Ketika itu saya diperkenalkan dengan program Skybiz 2000... tak pasti samada anda pernah dengar program ini yang akhirnya berkubur begitu sahaja.

Dalam tahun 2005/2006 barulah saya mengetahui tentang direct marketing dan information marketing. Yelah masa tu gaya pos... hari-hari terima dan hantar surat.

Saya pasti ramai dari IM tempatan pernah melakukan urusniaga pos ini. Saya rasa tuan Zulfadli, Tuan Mohd Muaz dan ramai lagi pernah melakukannya malah saya sendiri mengenali perniagaan gaya pos sebelum saya mengenali internet marketing.

Bila sebut direct mail order marketing nama-nama berikut pasti menjadi buah mulut ketika itu. Masihkah anda ingat nama-nama seperti Hamidan Salihin, Halim Hazlin dan Mohd Nizam (FLB). Inilah nama-nama yang memberi impak besar dalam direct mail order marketing tempatan. Walaupun ada sesetengah pihak yang tidak puas hati dengan mereka namun itulah hakikatnya kerana mereka direct mail order marketing tempatan itu sendiri berkembang dan dari perkembangannya internet marketing juga turut berkembang dan melalui jalan evolusinya sendiri.

Dari pengalaman bergelumang dengan direct marketing saya telah jatuh cinta dengan penulisan surat jualan dan amalan direct marketing itu sendiri. Dari sinilah saya bermula sebagai seorang penulis surat jualan.

Baiklah, artikel lepas saya bawa anda menyusuri perjalanan IM tempatan dan seperti yang dijanjikan artikel kedua ini saya akan cuba tekankan tentang trend terkini pemasaran IM tempatan.

Saya melihat trend IM tempatan akan terus berevolusi. Dua perkara yang utama dari banyak perkara saya lihat mula tumbuh dan akan menjadi trend yang bakal menyuntik satu fenomena dalam pemasaran IM tempatan dalam tahun-tahun mendatang.

1)Speed @ Kepantasan. “Speed is the new currency of bussiness”. Kepantasan dijadikan ukuran kejayaan sesuatu perniagaan internet. Mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan kepantasan itu sendiri.

i.Kepantasan dari segi TINDAKAN. Siapa yang bertindak awal maka dialah yang akan sampai ke garisan kejayaan dahulu. Ini kerana ilmu internet marketing itu sendiri bukan lagi satu rahsia yang dipegang oleh orang-orang tertentu sahaja. Ilmu yang lengkap boleh didapati dengan mudah dan bukan setakat ilmu malah pemantauan dari mentor yang menjanjikan hasil sehingga berjaya. Ilmu yang hampir lengkap tersebut pasti menjanjikan kejayaan jika diikuti satu per satu dan dijadikan sebagai satu 'template' kepada setiap projek yang dijalankan.

ii.Kepantasan dari segi HASIL @ KEPUTUSAN. Jika dahulu trend yang digelar “Hope Marketing” dimana setelah ada produk dan setelah meletakkan laman web jualan di internet usahawan tersebut menunggu dan berharap jualan akan terhasil darinya. Kini tidak lagi. Perancangan awal dilakukan supaya satu hasil jualan yang banyak dapat diperolehi dalam masa yang singkat. Jika satu ketika dahulu dengan memperolehi RM200 ke RM300 ringgit sudah cukup membanggakan para IM kerana bukan senang untuk hasilkan jualan. Selepas beberapa tahun untuk sasaran RM10 k berjaya dicapai. Namun kini sasarannya lebih tinggi dan lebih pendek tempohnya. Sebagai contoh saudara Muaz Hadi berjaya memperolehi RM120k dalam masa 19 hari dan yang menariknya ini adalah produk kormesial pertama beliau. Oleh itu kejayaan diukur berapa banyak yang dapat diperolehi dalam satu jangka masa yang singkat. Jadi sekarang mungkin gelaran OTAI bukan lagi berapa lama dalam industri tetapi sejauh mana kejayaan yang telah dicapai... lagi cepat dicapai lagi tinggi kredibiliti IM tersebut.

2)Kandungan. “Content is new currency of marketing”. Kita telah diperkenalkan dengan pelbagai konsep pemasaran seperti “Direct Marketing”, “Email Marketing”, “Guerilla Marketing” dan sebagainya. Kini dan bakal menjadi trend pada tahun-tahun mendatang satu jenis pemasaran akan mencetuskan fenomena iaitu “CONTENT MARKETING”.

Jika dahulu contohnya penulisan surat jualan terutamanya pada zaman-zaman mail order penulisannya sememangnya terlalu banyak hype terutamanya bagi jualan produk-produk buat duit dan jana pendapatan. Mesej utamanya hanya menjual harapan kepada pembaca. Prospek tidak memperolehi sepenuh info apa produk tersebut sebenarnya dan jika ingin tahu prospek terpaksa membelinya.

Penulisan surat jualan juga telah melalui evolusinya. Kebanyakkan surat jualan kini lebih telus kerana pasaran sudah bijak oleh kerana penyebaran ilmu internet marketing tersebut. Kandungan surat jualan lebih menekan produk yang dijual.

Tahun-tahun mendatang di dalam proses menyampaikan mesej jualan kandungan (content) produk akan diberi lebih kepada sasaran prospek. Dijangkakan hampir separuh dari kandungan produk akan diberikan secara percuma semasa proses menyampaikan mesej jualan dilakukan. Prospek diberi gambaran jelas tentang produk dan apa yang produk tersebut boleh lakukan bagi membantu prospek.

Kualiti kandungan produk juga dalam masa yang sama ditingkatkan. Lebih terus kepada matlamat. Straight to the point. Prospek mahukan sesuatu yang segera, mudah dan mampu memberi keputusan yang segera.

Sampai satu masa nanti ebook contohnya bukan sahaja dijual malah ebook hanya diberikan secara percuma dan ebook percuma tersebut mengandungi kualiti kandungan setanding dengan ebook jualan.

Untuk artikel seterusnya kita akan lihat dengan lebih dekat lagi tentang kedua-dua perkara ini. Mungkin anda belum nampak sepenuhnya akan apa yang ingin saya sampaikan. Kita akan lihat bagaimana trend ini berjalan dan bagaimana ianya dilakukan.


Zahrul Azua Kamaluddin

http://www.suratjualan.com
http://www.pemikatjualan.com

Tiada ulasan: