Panduan bagi pembinaan produk maklumat, surat jualan serta usaha pemasaran bagi usahawan-usahawan produk maklumat
Selasa, 25 Ogos 2009
Bagaimana Saya Menulis Produk Informasi
Menulis secara bersahaja
Tulislah seperti anda sedang bercakap dalam percakapan seharian anda. Bayangkan bahawa anda sedang bercerita dengan kawan rapat anda untuk memberitahu beliau bagimana untuk pergi ke tempat peranginan yang pernah anda pergi. Anda akan memberi panduan yang mudah, jelas dan arahan yang lurus tanpa mengelirukannya. Anda pasti tidak akan menggunakan ayat-ayat atau perkataan-perkataan yang terlau bombastik untuk menunjukkan anda hebat. Anda hanya akan memberitahu bagaimana beliau boleh sampai ke destinasi yang hendak dituju dengan bahasa yang boleh dan mudah difahami oleh semua orang juga. Tulisan yang baik adalah tulisan yang bercakap.
Kunci kepada elemen penulisan anda adalah kejelasan. Anda harus menjelaskan maklumat yang anda beri dengan penjelasan yang jelas. Ianya bukanlah semudah seperti apa yang anda fikirkan. Ianya memerlukan penjelasan tepat tentang apa, kenapa dan bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara.
Fikirkan tentang bagaimana ia boleh dilakukan bukan bagaimana ia bakal dibaca.
Apabila menulis sesuatu produk maklumat, misi anda adalah untuk menyampaikan maklumat. Anda tidak perlu untuk menulis seperti seorang penulis novel atau penulisan sastera bagi memenangi anugerah penulisan buku. Anda hanya perlu menyampaikan tulisan anda dengan jelas, tepat dan mempunyai format yang mudah dibaca dan difahami.
Ayat dan perenggan.
Kekalkan ayat penulisan yang pendek dan padat. Ayat yang panjang membuatkan pembaca terasa bosan untuk membaca. Sebaris ayat yang baik mengandungi lapan ke empat belas patah perkataan. Perenggan yang mempunyai barisan ayat yang terlalu banyak juga menyebabkan pembaca terasa bosan untuk membaca. Ia kelihatan seperti satu blok ayat yang sangat besar dan pembaca terasa tertekan kerana secara psikologinya ia nampak seperti terlalu banyak tulisan yang harus di baca. Misi anda supaya jadikan tulisan anda mudah serta seronok untuk di baca.
Sunting dan tulis semula
Seperti yang telah diperkatakan sebelum ini proses penulisan haruslah mudah apabila anda mencipta satu produk maklumat. Majoriti kerja penulisan anda datangnya dari kajian yang dilakukan dan penyusunan maklumat-maklumat atas kajian tersebut. Objektif anda hanyalah untuk mengeluarkan apa yang ada di pemikiran anda ke atas kertas mahupun ke atas skrin komputer anda. Segeralah membina deraf pertama anda.
Selepas anda selesai membina deraf pertama misi anda seterusnya adalah untuk melakukan suntingan dengan sekali sunting sahaja. Katakan anda menghasilkan satu-satu laporan secara sambilan dalam masa seminggu tetapi masa yang diambil bagi suntingan dan tulis semula hanya memakan masa antara 20 minit ke 40 minit.
Ingat! tujuan suntingan dan penulisan semula adalah bagi menjelaskan lagi penyampaian tulisan anda bukan bagi mengubah keseluruhan tulisan anda. Ini akan meminimumkan masa penghasilan produk maklumat anda.
Hukum 50 minit Sejam.
Ianya adalah satu alat penulisan yang sangat berkuasa bagi menyiapkan satu-satu produk maklumat yang hebat. Teknik ini sangatlah mudah. Dalam setiap jam kerja-kerja penulisan anda, anda akan mengambil masa selama 50 minit waktu menulis sebelum anda berenti rehat selama 10 minit. Dalam waktu rehat 10 mint tersebut anda boleh melakukan apa saja yang anda ingin lakukan selain dari penulisan. Lupakan seketika penulisan anda.
Waktu rehat seketika 10 minit ini mampu meningkat kemampuan otak anda bekerja secara efektif. Jika anda mempraktikkannya dan selepas 10 minit waktu rehat anda tersebut dan anda kembali semula menulis pasti anda mampu mencurahkan lagi idea-idea bernas serta anda mampu meningkatkan kemampuan penulisan serta memendekkan masa penulisan anda. Jangan terkejut selepas anda mempraktikkannya.
Bagaimana Membina Senjata Jualan Yang Ampuh
Untuk menjual anda harus ada usaha jualan. Samada anda sendiri yang menjadi jurujual atau atau anda mengupah atau menggajikan seorang jurujual bagi melakukan usaha jualan ini.
Namun bagaimana caranya anda boleh menjual dengan tanpa seorang jurujual atau berjumpa dengan prospek anda? Inilah yang menarik perhatian saya. Anda boleh melakukannya dengan menghasilkan satu surat jualan yang mampu menghasilkan jualan.
Penulisan surat telah menjadi satu senjata ampuh sejak beribu tahun dahulu samada bagi peperangan, pemerintahan, perdagangan mahupun hubungan cinta.
Penulisan surat jualan telah mengalami evolusinya sendiri. Untuk menghasilkan penulisan surat jualan yang berpesuasif harus mempunyai elemen-elemen pembaca surat jualan anda terhadap tawaran, produk atau pun servis anda:
1. Menarik perhatian,
2. Menarik minat,
3. Menjana keinginan,
4. Pembaca bertindak untuk memiliki.
Atau kata singkatannya “PEMIKAT”. Ini adalah singkatan ciptaan saya sendiri.
Selain dari 4 unsur tersebut di dalam surat jualan juga harus mempunyai elemen-elemen seperti berikut:
i. Tawaran hebat – samada dari segi harga, bonus, pemberian percuma dan jaminan tanpa risiko kepada bakal pembeli anda.
ii. Menyakinkan pembaca – Menunjukkan bukti-bukti keberkesanan dan kebagusan produk atau servis anda melalui testimoni atau bukti-bukti lain.
iii. Gambaran secara umum produk atau servis anda – memberitahu akan ciri-ciri serta faedah-faedah serta jalan penyelesaian kepada pemasalahan pembaca sasaran.
iv. Motivasi – Harus mempunyai motivasi supaya pembaca sasaran secara emosinya inginkan dan bertindak untuk memesan.
v. Arahan untuk bertindak – Jangan harapkan pembaca akan bertindak sendiri tanpa memberi arahan pada mereka. Gesa mereka namun jangan memaksa untuk memesan dan memiliki produk atau pun servis anda.
vi. Mudahkan pembaca – Mudahkan pembaca dengan memberi petunjuk bagaimana boleh memiliki produk atau pun servis anda. Jangan biarkan mereka keseorangan dalam membuat tindakan seterusnya.
Selasa, 16 Jun 2009
Kenapa Ramai Diantara Kita Takut @ Tidak Mahu Menulis ?
Dahulu saya merupakan seorang yang malas membaca apatah lagi menulis jauh sekali. Namun itu dahulu tetapi setelah saya membaca sebuah buku bagaimana saya mampu menjana wang dengan menghasilkan produk-produk informasi dan seterusnya memasar dan menjual sendiri produk informasi tersebut maka kini penulisan menjadi satu kemestian dalam hidup saya. Jika saya tidak menulis saya rasa hidup saya tidak lengkap.
Tentu anda tertanya-tanya bagaimana yang pada mulanya saya seorang yang tiada bakat menulis mampu menghasilkan tulisan yang bermutu. Penulisan saya dilihat sebagai penulisan yang baik. Sehingga saya sendiri tidak menyangka bahawa saya mampu menulis dan mendapat hasil dari penulisan saya tersebut.
Kenapa Ramai Diantara Kita Takut @ Tidak Mahu Menulis ?
Untuk mengupas persoalan ini saya akan memberi pandangan dari sudut diri saya sendiri dan pandang orang lain. Ada banyak perkara yang menahan dari seseorang itu menulis.
1. Persepsi Diri Sendiri
Menganggap diri memang tiada bakat menulis. Ini satu anggapan yang hanya merugikan diri sendiri. Cuba bayangkan dari darjah satu persekolahan anda mula belajar A,B,C, sehingga ke tingkatan lima ini bermakna anda telah bergiat dalam penulisan selama sepuluh tahun. Jadi penulisan sebenarnya adalah sebahagian dari hidup anda. Jadi persepsi ini harus dibuang kerana belum cuba belum tahu.
2. Tiada Masa
Ya… zaman sekarang manusia terkejar-kejar dalam mencapai cita-cita. Masa 24 jam sehari dirasakan tidak mencukupi. Ramai diantara kita yang bekerja selama 8 ke 10 jam sehari bagi mencari rezeki. Pergi kerja diawal pagi dan pulang bersama senja. Atas alasan kesibukan inilah yang menyebabkan ramai orang tidak menulis walaupun mereka berkemampuan untuk melakukannya.
3. Tidak tahu teknik mudah menulis
Penulisan bukanlah satu perkara yang terlalu susah untuk dilakukan jika kita tahu tentang tekniknya. Ramai diantara kita yang mempunyai keinginan untuk menulis namun terbantut atas beberapa sebab:
a) Tidak tahu bagaimana untuk bermula. Ramai yang tersangkut diawal penulisan. Apakah yang patut dituls dahulu.
b) Tidak tahu bagaimana menyusun segala idea dan isi penulisan dan tukarkannya dalam bentuk tulisan.
c) Tidak tahu bagaimana teknik cepat untuk menulis. Bagi mereka penulisan merupakan satu proses yang mengambil masa yang panjang.
4. Tidak tahu jenis-jenis penulisan
Ramai diantara kita tidak tahu membezakan jenis-jenis penulisan dan atas dasar itu apabila mereka mereka membaca hasil-hasil tulisan dari penulis-penulis hebat terutamanya penulis-penulis novel maka mereka akan berkata di dalam hati “Mustahil aku boleh menulis seperti ini…”. Terus terang saya katakan saya tidak bagus dalam menulis penulisan seperti novel dan yang seangkatan dengannya. Ini adalah penulisan fiksyen.
Baik secara kasarnya terdapat dua jenis penulisan iaitu penulisan fiksyen dan bukan fiksyen. Penulisan fiksyen adalah penulisan kreatif seperti novel, cerpen, skrip drama dan sebagainya.
Manakala penulisan bukan fiksyen pula adalah penulisan yang lebih berbentuk panduan yang berinfomatif. Jadi anda jangan campur adukkan dua jenis penulisan ini. Penulisan bukan fiksyen merupakan penulisan yang jauh lebih mudah dari penulisan fiksyen kerana ianya lebih ‘straight forward’. Siapa sahaja mampu menghasilkan penulisan bukan fiksyen termasuk anda sendiri… yakinlah.
5. Tidak tahu potensi penulisan mampu memberi wang lumayan
Apabila anda tidak tahu potensi yang ada dalam penulisan yang mampu memberi satu satu keberuntungan yang besar buat anda maka ia tidak mampu memotivasikan diri anda untuk menulis. Penulisan mampu memberikan satu penjanaan wang secara pasif buat anda. Bayangkanlah dengan sekali bekerja (sekali melakukan penulisan) sahaja anda mampu mendapat hasil berkali-kali.
Mentor Jutawan saudara Azizi Ali telah menulis lebih 30 buah buku dan kini setiap dari buku-bukunya memberi wang kepada beliau. Dan beliau hanya menulis sekali sahaja untuk setiap buku yang dijual. Apa yang dilakukan hanya menulis buku-buku terbaru untuk menambah punca pengaliran masuk bagi wang kepada dirinya.
Khamis, 2 April 2009
Perkara Yang Sering Dipandang sebelah Mata Oleh Seorang Info-Marketer
“Apa… surat jualan ?? Ahhh… tak kisahlah boleh upah orang ... janji teknik pemasaran tu yang penting….” Inilah yang sering diperkatakan oleh info-marketer2 terutamanya yang baru…. Anda kena ingat ingat bahawa info-marketer2 otai yang telah berjaya sememangnya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penulisan surat jualan.
Apabila saya memikirkan apakah yang mampu dilakukan oleh penulisan surat jualan jualan itu sendiri terhadap perniagaan maklumamt saya maka terkeluarlah gambarajah seperti di atas. Ini hanyalah sebahagian dari apa yang boleh dilakukan oleh penulisan surat jualan.
Baik… tujuan utama penulisan surat adalah untuk menjual sesuatu tak kisahlah apa pun yang anda ingin jual janji ianya mendatangkan keuntungan dalam bentuk wang. Tapi kalau nak menjual mesti ada barang yang nak dijualkan… oleh itu dari gambarajah diatas dengan anda menentukan niche utama anda dan ‘Position’ anda berserta dengan ‘USP’ anda … walla… anda sedang menuju untuk menghasilkan satu format / pakej produk mahupun tawaran2 lain yang terdapat di dalamnya untuk anda jualkan.
Tak habis disitu untuk mengukuhkannya dengan penulisan surat jualan ini ia akan memberi anda idea2 apakah perkara2 yang patut anda lakukan keatas kajian selidik. Bukan setakat anda boleh menghasilkan produk untuk dijual malah ia mampu membantu anda merancang hal2 kos serta untung rugi dari aktiviti jualan anda tersebut.
Jika dilihat dari gambarajah tersebut dan jika diikuti sepenuhnya saya yakin antara 70% ke 80% dari usaha perancangan anda terhadap perniagaan anda tersebut telah dilakukan selebihnya adalah masa untuk bertindak sahaja.
Bagaimana ini boleh terjadi? Apabila anda mula menulis surat jualan… persoalan akan timbul… dari persoalan kaji selidik dilakukan dan dari kaji selidik setiap maklumat tersebut disusun serta dipakejkan (diformat). Anda perlu ingat penulisan surat jualan bukan boleh main terjah tulis je… saya pecahkannya kepada 3 langkah utama :
1) Kaji selidik (research)
2) Pakejkan setiap maklumat (susun / format)
3) Tulis
Oleh itu untuk menjadikan anda seorang info-marketer yang bukan setakat berjaya tetapi cara pemikiran serta tindakan seperti seorang info-marketer yang sejati maka pengetahuan serta kemahiran anda terhadap penulisan surat jualan amatlah penting.
Rabu, 25 Mac 2009
TIGA KEBIMBANGAN YANG MENYEBABKAN BANTAHAN PELANGGAN
Kebimbangan Pelanggan #1
Takut melakukan kesilapan
Emosi takut merupakan salah satu punca terkuat kenapa manusia membeli. Takut terlepas peluang, takut tua, takut sakit dan bermacam lagi namun ketakutan jugalah yang mampu menahan manusia dari mengambil tindakan membeli.
Ketakutan akan menimbulkan rasa kebimbangan dan rasa kebimbangan inilah sebenarnya yang akan mewujudkan bantahan-bantahan serta persoalan-persolan pelanggan anda. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah sasarkan kepada kebimbangan pelanggan anda tersebut dan jawab segala persoalannya. Jadi apakah kebimbangan yang boleh menghalang pelanggan untuk bertindak membeli produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan?
Ø Adakah saya beli yang terbaik?
Ø Adakah saya beli barangan yang betul?
Ø Adakah harga yang ditawarkan setimpal?
Ø Adakah saya betul-betul memerlukannya?
Ø Betulkah saya akan dapat apa yang telah dijanjikan?
Ø Bolehkah saya dapat semula wang saya jika saya melakukan kesilapan membeli?
Ø Adakah saya membeli barangan yang saya tidak perlukan sebenarnya?
Jadi apa yang perlu anda lakukan tunjukkan atau nyatakan pulangan terhadap pelaburan pembaca setelah memiliki produk ataupun servis anda. Anda harus ingat bahawa pembaca mengeluarkan wang dan setiap wang yang dikeluarkan perlulah memberi keuntungan terhadap mereka sama ada dari segi nilai mahupun faedah-faedah yang bakal pembaca peroleh. Contohnya:
Berapakah yang perlu anda laburkan?
Jika saya menawarkan perkhdimatan ini dengan nilai yang terlalu tinggi baik anda lupakan sahaja kerana ia tidak berbaloi buat anda untuk menjimatkan bil elektrik. Dengan perkhidmatan yang sama anda akan dikenakan sebanyak RM200 sekurang-kurangnya tetapi jika anda memilih perkhidmatan kami termasuk tawaran percuma yang kami tawarkan anda hanya perlu melaburkan dari RM120 setahun bersamaan 33 sen sehari. Ianya satu nilai yang tidak boleh anda lepaskan.
Selain dari itu anda harus memberi satu jaminan. Bukan jaminan biasa tetapi satu jaminan yang kuat. Tujuan jaminan ini adalah supaya pembaca berasa selamat untuk memiliki tawaran anda dan tidak terasa mereka bakal tertipu dengan tawaran hebat anda tersebut. Ia juga mampu menunjukkan bahawa anda yakin dan sentiasa berada di belakang produk anda. Keyakinan anda tersebut mampu menjana keyakinan pembaca untuk memiliki produk anda.
Jaminan yang berkuasa tinggi adalah jaminan tanpa risiko dengan pengembalian wang semula jika tidak berpuas hati atau tidak berhasil seperti apa yang dijanjikan. Ada juga perniagaan yang menjanjikan memberi potongan harga jika terdapat produk yang sama dengan harga yang lebih rendah dijual di tempat lain.
"Jika anda rasa pakej yang kami tawarkan tidak memberi apa-apa faedah selepas anda memilikinya sedarlah bahawa anda dijamin dengan jaminan tanpa risiko. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan menghubungi kami dan memulangkan semula pakej kami ini dan tanpa banyak soal kami akan memulangkan kesemua wang pelaburan anda. Inilah jaminan kami kerana kami yakin akan keberkesanan produk kami."
Kebimbangan Pelanggan #2
Takut bahawa ANDA bukan orang yang layak untuk menjual
Kenalkan siapa anda kepada pelanggan anda
Sebelum anda meneruskan penerangan di dalam mesej jualan anda tersebut, anda harus memperkenalkan diri anda atau syarikat anda. Beritahu mereka siapa anda, nama anda dan sedikit latar belakang anda. Ini perlu bagi pembaca anda. Mereka akan tahu dengan siapa mereka berurusan.
Secara psikologinya anda akan nampak yakin dengan kemampuan anda. Jika anda yakin dengan diri sendiri, secara automatiknya pembaca akan yakin pada anda. Untuk menguatkan lagi pengenalan diri atau syarikat anda, tunjukkan pentauliahan anda atau syarikat anda. Namun anda kena ingat bahawa tujuan anda bukanlah bagi menunjukkan kehebatan anda semata-mata tetapi hanya memberitahu siapakah anda untuk melakukan urusan. Berikut adalah beberapa senarai pentauliahan yang boleh anda tunjukkan di dalam surat jualan anda:
i. Kajian kes yang berjaya (daripada contoh diri sendiri atau orang lain)
ii. Individu atau syarikat yang memberi penghormatan kepada produk atau servis anda setelah mereka menggunakannya
iii. Jangka masa penglibatan dalam perniagaan atau pengalaman dalam bidang berkaitan
iv. Seminar-seminar yang telah anda hadiri sebagai penceramah
v. Anugerah-anugerah atau pengiktirafan-pengiktirafan penting
Gunakan kekuatan testimoni
Emosi pembaca boleh dikocakkan lagi dengan adanya testimoni daripada pengguna-pengguna yang telah menggunakan produk anda dan berpuas hati dengannya. Testimoni ini juga boleh saya katakan sebagai bukti awam (social proof). Bukti awam mampu membina kredibiliti dan kepercayaan. Ia membuktikan tawaran anda sah dan seperti yang dijanjikan.
Jadi apakah perkara-perkara yang perlu ada di dalam testimony-testimoni anda? Antaranya adalah:
Testimoni tentang keberkesanan produk dan bukan kehebatan anda
Pembaca tidak mahu membaca perkara-perkara yang memuji dan menaikkan diri anda sendiri, sebaliknya lebih berminat membaca bagaimana produk anda mampu memberi faedah bagi menyelesaikan masalah-masalah mereka. Rata-rata emosi pembaca tidak berminat melihat dan mendengar kisah-kisah “masuk bakul angkat sendiri.”
Kualiti/kuantiti
Jika anda mampu mendapatkan pengiktirafan produk daripada personaliti-personaliti terkenal, ia akan membantu meningkatkan jualan. Ini kerana secara psikologinya personaliti-personaliti terkenal tidak akan memilih produk yang boleh menjatuhkan imej mereka dan dengan pengiktirafan tersebut menunjukkan produk anda berkualiti tinggi. Namun jika anda tidak mampu memperolehinya, anda harus mendapatkan seberapa banyak testimoni daripada pelangganpelanggan anda. Lebih banyak testimoni, maka lebih meyakinkanlah surat jualan anda.
Testimoni yang mempunyai keputusan yang baik
Pembaca berminat jika keberkesanan atau keputusan yang baik berlaku ke atas orang lain. Dengan cara ini barulah pembaca akan percaya bukan sahaja akan keberkesanannya malah percaya anda adalah penjual yang betul bagi mendapatkan produk atau perkhidmatan yang dinginkannya.
Maklumat terperinci pemberi testimoni
Dalam setiap testimoni-testimoni pelanggan anda, masukkan maklumat terperinci seperti nama penuh, lokasi, laman web, alamat e-mel dan lain (dengan keizinan). Testimoni tersebut akan lebih kuat jika disertakan juga dengan gambar pelanggan tersebut.
Berikut adalah contoh-contoh testimoni:
“Ternyata teknik yang En. Syed berikan memberikan keuntungan tiga kali ganda seperti yang En. Syed janjikan
– Zahrul, N.Sembilan.”
“Saya mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, dan gout.Kini setelah menggunakan produk anda selama dua bulan saya tidak lagi bergantung kepada ubat-ubat hospital . Terima kasih saya ucapkan
– En Razak, Nilai.”
“Dalam masa dua minggu saya mendapat RM1 000. Selepas sebulan pendapatan saya meningkat RM2 000, dan sekarang selepas tiga bulan saya tidak perlu bekerja lagi. Terima kasih kerana memperkenalkan perniagaan ini kepada saya.
– Pn Rahimah, Perak.”
Perlu diingatkan, testimoni anda boleh direka. Walaupun anda tidak berniat menipu pembaca, setiap pengakuan ikhlas akan mempunyai suaranya tersendiri. Pembaca boleh merasakan suara pengakuan tersebut sekiranya ia betul-betul datang dari hati yang ikhlas. Jadi anda perlu ikhlas, dan begitu juga dengan testimoni anda. Ingat! Penipuan tidak akan meletakkan anda ke satu tahap yang membanggakan.
Kebimbangan Pelanggan #3
Adakah tawaran anda tersebut berpijak di bumi nyata
Rata-rata pelanggan dewasa kini merupakan pembeli yang bijak. Bagi mereka tiada yang percuma di dunia kini… “Nothing Is Free In This World”. Oleh itu anda harus berhati-hati dalam memberikan tawaran hebat anda. Seringkali terjadi dimana tawaran percuma atau bonus-bonus anda mempunyai nilai harga yang lebih tinggi dari harga sebenar produk yang anda tawarkan atau jual. Memang dalam hati pelanggan akan rasa tertarik dengan tawaran namun disebabkan tawaran-tawaran tersebut seperti tidak berpijak dibumi nyata maka ia bakal menggagalkan usaha jualan anda.
Hanya ada satu cara untuk mengatasi maslah ini iaitu dengan memberitahu pelanggan kenapa anda memberi tawaran hebat tersebut kepada mereka. Alasan anda tersebut haruslah lojik dan munasabah.
Kenapa kami memberikan tawaran sebegini hebat?
Terus terang kami nyatakan di sini bahawa walaupun stok yang kami ada adalah terhad namun kami mahu menghabiskannya dengan kadar yang segera dan sebagai tanda terima kasih kami pada anda kami mahu memberikan yang terbaik dan anda mampu memiliki nilai pelaburan yang sangat berbaloi. Yang penting keuntungan berada di pihak anda.
"Kenapa saya memberikan tawaran sebegini kepada anda?
Ya, saya mengaku saya ingin menambah keterujaan anda untuk memiliki produk ini namun saya lebih teruja jika anda merasai nikmat kesihatan seperti yang telah saya rasa"
Rabu, 27 Ogos 2008
Resepi Asas Mencari Idea Bagi Menghasilkan Produk Maklumat Yang Laku Macam Goreng Pisang Panas
Resepi #1 – Keluarkan Produk Maklumat Atas Apa Yang Anda Tahu Mengenainya.
Jika anda ingin mengeluarkan produk maklumat anda sendiri, ia bukanlah satu idea yang bernas jika memilih tema produk hanya kerana anda berfikir bahawa tema tersebut akan menyebabkan produk maklumat anda laris. Selalunya ia akan menjadi idea yang menarik untuk memilih tema atau subjek dimana anda mempunyai minat yang mendalam, pengetahuan, pemahaman, kemahiran atau kepakaran tentang tema atau subjek yang akan anda keluarkan. Barulah anda akan mengeluarkan satu produk yang mempunyai nilai nyata yang tinggi.
Dalam setiap produk maklumat yang anda ada harus mampu memberi faedah-faedah nyata kepada pembaca. Berikan sesuatu apa yang pembaca perlukan dan inginkan. Jadikan diri anda sebagai sebahagian dari pengguna, berfikiran seperti pengguna, bertindak seperti pengguna dan barulah anda akan faham apa yang pengguna mahukan.
Resepi #2 – Produk Maklumat Anda Sebagai Penyelesaian Kepada Masalah
Ramai orang ingin lari dari masalah. Mungkin anda pernah mendengar kata-kata ini “Masalah tak kan selesai jika kita lari darinya…” Ini memang kenyataan yang betul. Bermula dari hari ini anda harus bukan sahaja tidak lari dari maslah tetapi anda mengejar masalah (menjadi pemburu masalah he he he). Pelik bunyi nya kan.
Seperti sistem yang saya perkenalkan ini… ianya bermula dengan masalah yang saya hadapi dengan kewangan saya dan bagaimana dengan cara mudah saya mampu menjana wang saya, maka terhasillah Sistem Rahsia Wang Mudah. Malah sistem ini terhasil atau terilham bukan setakat atas masalah saya sendiri tetapi masalah yang saya fikirkan dimana ianya turut dihadapi oleh ramai orang lain termasuk diri anda.
Contohnya katakan anda mempunyai hobi memasak. Jika ada waktu lapang anda akan memasak dan jika anda dapat memasak untuk keluarga atau orang tersayang ia menjadi satu kebanggan pada anda. Namun anda seorang yang sentiasa sibuk dengan kerja atau pun aktiviti harian anda. Masa memasak menjadi satu halangan pada anda. Jadi masalah anda untuk melakukan apa yang anda minat adalah masa yang terhad akibat kesibukan.
Di sini anda perlu mencari penyelesaian dengan mencari satu kaedah mudah bagaimana anda boleh memasak dalam satu jangka waktu yang singkat. Oleh itu anda harus melakukan kajian. Mungkin atas dari kajian anda tersebut maka akan terhasillah satu produk maklumat “Cara Mudah Memasak Makanan Malam Bagi Orang Sibuk – 10 Minit Siap”. Sediakan satu proses penyelesaian atas setiap maslah langkah demi langkah.
Resepi #3 – Mempunyai Skop Sasaran Pembaca Yang Spesifik
“Cara Paling Mudah Memasak”
“Cara Paling Mudah Memasak Makanan Malam”
“Cara Paling Mudah Memasak Makanan Malam Bagi Orang Sibuk”
“Cara Mudah Memasak Makanan Malam Bagi Eksekutif Wanita Yang Sibuk”

Jika anda lihat keempat-empat tajuk di atas pada dasarnya menyampaikan mesej dasar yang sama iaitu cara mudah memasak. Apa yang anda lihat pada turutan 1 hingga 4? Nombor dua skopnya lebih spesifik dari nombor 1, nombor 3 lebih spesifik dari nombor 2 dan nombor 4 lebih spesifik dari nombor 3.
Anda harus menghasilkan satu produk yang betul-betul spesifik dari segi tema serta segmen kelompok sasaran pembaca anda. Dengan cara ini penulisan anda juga akan lebih spesifik dan jika anda mengeluarkan tema yang umum ianya seperti cuba mengejar sekumpulan ayam tanpa mensasarkan ayam yang mana satu untuk ditangkap.
Resepi #4 - Mempunyai Skop Sasaran Pembaca Yang Ideal
Sebelum anda mula untuk mengeluarkan produk maklumat anda, anda harus tahu siapakah pembaca ideal anda. Ini kerana ianya juga mempunyai kaitan dengan perbincangan yang telah kita bincangkan dalam Resepi #3. Jadi siapakah pembaca ideal anda ini? Di bawah adalah tiga ciri pembaca ideal anda.
-Mereka mahu membaca dan memiliki produk anda
-Mereka berkemampuan untuk memiliki produk anda
-Mereka mempunyai kuasa membeli produk anda.
Lebih baik menumpukan jualan pada mana memberikan keuntungan yang lebih pada anda dengan ini anda tidak membazirkan masa, tenaga serta kos bagi memasarkan pada segmen pelanggan yang tidak memberi keuntungan pada anda.
Sebagai contoh anda mungkin akan dapati 80% pembeli komputer peribadi yang ingin menggunakannya di rumah adalah ibubapa yang mahu anak mereka belajar menggunakan komputer tersebut. Dan jika anda dapati segmen atau kelompok tersebut menjana dua kali lebih dari segmen atau kelompok pembeli yang lain maka anda harus fokuskan pada segmen atau kelompok ibubapa ini. Seperti produk ini juga saya mensasarkan pada mereka yang ingin menjana wang tambahan secara sambilan.
Resepi #5 - Gunakan ilmu, kemahiran atau kepandaian anda sendiri.
Katakan anda mempunyai rahsia bagaimana untuk memasak nasi beriani yang anda pernah belajar dari nenek atau ibubapa anda sewaktu dahulu. Apa yang perlu anda lakukan adalah senaraikan langkah demi langkah secara terperinci bagaimana untuk memasak nasi beriani tersebut. Kembangkan setiap langkah dengan menjadikannya samada satu perenggan untuk setiap langkah atau mungkin satu muka surat. Dari penyediaan bahan hinggalah ke proses memasak.
Apabila anda telah siap melakukannya kini - anda telah memperolehi satu produk panduan bagaimana memasak nasi beriani mengikut cara anda. Anda juga boleh meletakkan gambar-gambar untuk setiap proses atau langkah demi langkah penyediaan. Jika anda mampu anda boleh keluarkan produk maklumat anda tersebut dalam bentuk VCD @ DVD langkah demi langkah penyediaan resepi rahsia anda tersebut. Apabila telah siap produk maklumat anda tersebut anda boleh memberikan tajuk pada produk anda contohnya “Resepi Rahsia Keluarga Turun-Temurun Nasi Beriani Nenek Siti DiBongkar”.
Jika anda seorang guru anda boleh mengeluarkan produk-produk maklumat tentang teknik pembelajaran, latihan tubi dan sebagainya. Jika anda seorang ahli sukan anda boleh menghasilkan teknik-teknik betul untuk bersukan, jika anda ahli perniagaan anda boleh hasilkan panduan-panduan perniagaan.
Tidak kisahlah apa sahaja sistem yang anda ada dan mempraktikkannya dan hasil dari kejayaan sistem tersebut anda olahkan dalam bentuk maklumat. Jenamakan sistem anda tersebut dan anda boleh menjual sistem tersebut kepada masyarakat. Jadi gunakanlah kelebihan yang ada pada anda untuk ditukarkan menjadi produk maklumat yang mampu menjana wang anda.
Resepi #6 - Gunakan idea, pengalaman, ilmu, kepandaian dan kemahiran orang lain.
Anda harus gunakan kelebihan yang terdapat pada orang lain untuk dijadikan kelebihan diri anda. Jika anda lihat sistem yang digunakan oleh Kentucky Fried Chicken telah digunakan oleh Mc Donald, A&W, Burger King dan lain-lain. Cuma sedikit perubahan dilakukan ke atas sistem perniagaan tersebut untuk membezakannya dari Kentucky Fried Chicken dan pesaing2 lain.
Begitu juga dengan Pepsi yang sering mengekori Coca-Cola dalam sistem perniagaan produknya dan pepsi telah mengolah sedikit pendekatan pemasaran bagi membezakannya dengan Coca-Cola walaupun pada asasnya produk yang dikeluarkan adalah hampir serupa.
Inilah antara perkara yang saya gunakan bagi mengeluarkan produk maklumat saya. Apa yang saya lakukan saya akan membuat sedikit kajian dahulu : Siapa sasaran pelanggan saya? Apa masalah-masalah mereka? Apa yang mereka perlukan? Apa yang mampu membuat mereka gembira dan bersemangat? Apa yang boleh dilakukan bagi memudahkan mereka.
Jadi saya senaraikan jawapan bagi persoalan-persolan tersebut dan diantara senarai-senarai tersebut penjanaan wang merupakan antara yang diperlukan oleh masyarakat terutamanya bagi mereka yang ingin menjana wang sampingan.
Langkah seterusnya saya akan mencari bahan tulisan. Saya akan membaca buku2 yang berkaitan dengan sistem penjanaan wang yang boleh saya baca samada dari buku yang saya beli atau saya mendapatkannya dari perpustakaan. Saya juga menyimpan artikel2 yang saya perolehi dari majalah2, surat khabar serta internet dan saya jadikan sebagai rujukan.
Dari situ saya akan melihat sistem-sistem yang ada dan cuba memberi kombinasi diantara system-sistem yang terdapat dari bahan bacaan tersebut – saya olahkan dengan menyuntik idea-idea baru samada saya perolehi dari orang lain atau dari idea saya sendiri. Olahan sistem penjanaan wang tersebut saya praktikkan dan keberhasilannya saya jenamakan menjadi jenama saya sendiri. Jadi Sistem Rahsia Wang Mudah ciptaan saya ini bukanlah satu idea yang betul-betul asli. Ia adalah kombinasi idea2 perniagaan yang saya perolehi dari jutawan2 yang telah berjaya dengan diberi pendekatan yang berlainan supaya tidak kelihatan menciplak 100% apa yang mereka keluarkan.
Dengan cara ini anda tidak perlu memerah otak bagi mendapatkan bahan untuk produk maklumat anda kerana maklumatnya telah tersedia ada cuma memrlukan sedikit olahan atau penambahbaikkan bagi sistem tersebut. Ana juga boleh menggunakan Sistem Rahsia Wang Mudah ini dan olahkan sedikit untuk menjadikannnya sebagai system anda sendiri.
Resepi #7 - Gunakan ilmu, kemahiran atau kepandaian anda sendiri dan diberi penambah baikan dari kelebihan orang lain.
Anda mungkin mempunyai sedikit ilmu atau kepandaian serta minat dalam satu-satu perkara namun mungkin maklumat yang ada pada anda tidak memadai untuk menghasilkan satu produk maklumat yang bernilai tinggi.
Katakan anda meminati seni mempertahankan diri dan anda baru sahaja belajar atau baru sahaja mendapat talipinggang putih. Sebenarnya anda mampu mengeluarkan satu produk maklumat seni mempertahankan diri walaupun anda belum menjadi seorang yang pakar dalam seni tersebut.
Dalam hal begini anda perlu menjana fikiran yang terbuka. Dapatkan segala maklumat tentang seni mempertahankan diri dari pelbagai aliran. Anda boleh memperolehinya dari majalah-majalah, CD (cakera padat) atau anda boleh menemuramah pelajar-pelajar senior atau mungkin tok guru anda sendiri tentang seni mempertahankan diri mereka.
Disini anda jangan menjadi keliru dengan teknik-teknik yang berbagai jenis, fahaman dan falsafah yang terdapat padanya. Anda perlu memilih teknik-teknik yang anda fikir mudah untuk anda gunakan dan fahami. Cuba praktikkan dan olahkan mengikut pendekatan anda sendiri.
Anda boleh keluarkan produk seperti “20 Cara Mudah Memperthankan Diri Untuk Wanita” , “Cara Mudah Wanita Boleh Mempertahankan Diri Dari Peragut Durjana” , “Belajar Cara Mudah Mempertahankan Diri Dalam Masa 2 Minggu” dan banyak lagi. Cuba beri satu pendekatan yang mudah supaya siapa saja termasuk mereka yang tidak pernah belajar seni mempertahankan diri boleh melakukannya.
Sediakan satu produk maklumat langkah demi langkah bagaimana melakukannya dan gunakan gambar-gambar bagi menunjukkan lagkah-langkah tersebut. Teknik ini adalah kesinambungan teknik pertama yang saya telah bincangkan tadi bahawa melakukan penambaikkan terhadap kelebihan yang sedikit yang terdapat pada diri sendiri.
Teknik yang sama boleh digunakan bagi berbagai bidang2 yang lain … dengan cara ini bukan sahaja anda mampu mengeluarkan produk yang bermutu tinggi tetapi anda juga boleh menambah ilmu yang anda ada. Teknik ini jugalah yang saya gunakan bagi saya mengeluarkan produk-produk maklumat tentang ilmu-ilmu pemasaran dan jualan. Sebagai seorang pegawai pemasaran saya menggunakan sedikit ilmu dan pengalaman yang ada dan tambahkannya dengan maklumat-maklumat dari jutawan-jutawan maklumat yang lain.
Jadi kesimpulannya pilihlah topik mengikut apa yang anda ada, apa yang anda ketahui dan rajinlah membuat kajian dari sumber-sumber yang betul dan ingatlah membaca adalah jalan permulaan menjana wang anda.
Jadi inilah antara teknik-teknik yang saya gunakan bagi menghasilkan produk2 maklumat saya. Saya akan menyimpan segala maklumat2 yang saya perolehi dan simpankan di dalam fail supaya senang untuk saya membuat rujukan apabila diperlukan.
Apa Komen Anda?
Isnin, 25 Ogos 2008
Lawatan Ke MAHA 2008
Bersama Pengurus Besar Koperasi Mardi (Komardi), En Khairul Iskandar
Saya juga rasa agak ralat pada diri saya kerana banyak pertanyaan adalah bagaimana mereka boleh memasarkan dengan cara terbaik melalui internet. ( Saya ni masih belajar pasal pemasaran internet) Namun jawapan saya banyak berkisar kepada direct marketing sahaja ... ya... walaupun pemasaran internet dan pemasaran terus adalah sama cuma dari segi teknikal yang berkenaan dengan internet tidak dapat saya jawab dengan tepat. Nampaknya saya kena gandakan usaha dan kurangkan buang masa untuk menjadi pakar dalam pemasaran internet ni.
Ten2Ten satu franchise dari Komardi. Menjual pelbagai makanan seperti pizza, burger, keropok lekor dan bermacam lagi serta minuman dari buah-buahan segar. Siapa yang berminat boleh hubungi Pengurus Besar Komardi En Khairul Iskandar.
Jadi sebagai seorang ahli pemasaran satu perkara yang dapat saya pelajari dari lawatan ke MAHA ini. Jika ada diluar sana mereka yang pakar dalam pemasaran internet... percayalah banyak individu2 atau syarikat2 yang memerlukan anda yang pakar bagi membantu mereka memamasarkan perniagaan mereka melalui internet.
Oleh itu janganlah terlalu hanya berada dalam dunia maya sahaja... keluarlah dan cuba cari mereka-mereka yang memerlukan bantuan anda.... bawah adalah beberapa gambar yang telah saya ambil semasa di MAHA 2008.
Anak perempuan saya berposing atas tram