Memaparkan catatan dengan label info produk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info produk. Papar semua catatan

Rabu, 18 November 2009

Team PEMIKAT Mengumumkan Pra Pelancaran Produk Kami Yang Pertama

Rakan-rakan sekelian,

Kami, Team PEMIKAT yang didokongi oleh 2 Pemasar Informasi. Saya, Zahrul Azua Kamaluddin merupakan penulis buku “Rahsia Membina Senjata Jualan” dan “Rahsia Jurus Pemikat Jualan” berpengalaman memasarkan produk informasi secara offline manakala Safuan aka Sipenglipurlara merupakan usahawan internet sepenuh masa.

Kami telah menghasilkan satu pakej ebook yang kami namakan,

“Rahsia Sistem Pemikat Jualan” (SRPJ)





Ianya adalah pakej ebook yang mempunyai 5 Volum ( 6 buah ebook) yang membincangkan bagaimana menggunakan Kuasa Emosi, Kuasa Penulisan dan Kuasa Informasi bagi memasarkan apa pun jenis perniagaan, produk mahupun perkhidmatan.

Mampu membina nama, meningkatkan kredibiliti serta membina perniagaan walaupun anda masih baru dalam bidang pemasaran informasi.

Oleh itu kami ingin mengumumkan ‘PRA PEALANCARAN’ pakej ebook SRPJ. Kami menjemput anda untuk mendaftar dan menjadi antara terawal bagi pengumuman pelancaran SRPJ kelak.

Atas tanda terima kasih kami, selepas anda mendaftar kami berikan anda sebuah ebook yang bertajuk “Gagal Jual Ebook”. Sebuah laporan yang membincangkan atas pengalaman kami kenapa kami gagal berjaya dalam penjualan ebook.



Diharap dengan pengumuman Pra Pelancaran ini, SRPJ bakal mendapat sambutan hangat dari rakan-rakan sekelian.

Jangan lepaskan peluang sila klik ke www.pemikatjualan.com daftar awal kerana pada pelancaran nanti kami menawarkan tawaran istimewa.

Ucapan terima kasih kami dahulukan.


Team PEMIKAT.

Selasa, 25 Ogos 2009

Bagaimana Saya Menulis Produk Informasi

Hukum dan teknik penulisan bagi produk maklumat amatlah mudah. Di bawah disenaraikan perkara-perkara tersebut. Jika anda memahaminya anda akan menyedari bahawa untuk mencipta satu-satu produk maklumat itu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk anda lakukan.


Menulis secara bersahaja

Tulislah seperti anda sedang bercakap dalam percakapan seharian anda. Bayangkan bahawa anda sedang bercerita dengan kawan rapat anda untuk memberitahu beliau bagimana untuk pergi ke tempat peranginan yang pernah anda pergi. Anda akan memberi panduan yang mudah, jelas dan arahan yang lurus tanpa mengelirukannya. Anda pasti tidak akan menggunakan ayat-ayat atau perkataan-perkataan yang terlau bombastik untuk menunjukkan anda hebat. Anda hanya akan memberitahu bagaimana beliau boleh sampai ke destinasi yang hendak dituju dengan bahasa yang boleh dan mudah difahami oleh semua orang juga. Tulisan yang baik adalah tulisan yang bercakap.

Kunci kepada elemen penulisan anda adalah kejelasan. Anda harus menjelaskan maklumat yang anda beri dengan penjelasan yang jelas. Ianya bukanlah semudah seperti apa yang anda fikirkan. Ianya memerlukan penjelasan tepat tentang apa, kenapa dan bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara.


Fikirkan tentang bagaimana ia boleh dilakukan bukan bagaimana ia bakal dibaca.

Apabila menulis sesuatu produk maklumat, misi anda adalah untuk menyampaikan maklumat. Anda tidak perlu untuk menulis seperti seorang penulis novel atau penulisan sastera bagi memenangi anugerah penulisan buku. Anda hanya perlu menyampaikan tulisan anda dengan jelas, tepat dan mempunyai format yang mudah dibaca dan difahami.


Ayat dan perenggan.

Kekalkan ayat penulisan yang pendek dan padat. Ayat yang panjang membuatkan pembaca terasa bosan untuk membaca. Sebaris ayat yang baik mengandungi lapan ke empat belas patah perkataan. Perenggan yang mempunyai barisan ayat yang terlalu banyak juga menyebabkan pembaca terasa bosan untuk membaca. Ia kelihatan seperti satu blok ayat yang sangat besar dan pembaca terasa tertekan kerana secara psikologinya ia nampak seperti terlalu banyak tulisan yang harus di baca. Misi anda supaya jadikan tulisan anda mudah serta seronok untuk di baca.


Sunting dan tulis semula

Seperti yang telah diperkatakan sebelum ini proses penulisan haruslah mudah apabila anda mencipta satu produk maklumat. Majoriti kerja penulisan anda datangnya dari kajian yang dilakukan dan penyusunan maklumat-maklumat atas kajian tersebut. Objektif anda hanyalah untuk mengeluarkan apa yang ada di pemikiran anda ke atas kertas mahupun ke atas skrin komputer anda. Segeralah membina deraf pertama anda.

Selepas anda selesai membina deraf pertama misi anda seterusnya adalah untuk melakukan suntingan dengan sekali sunting sahaja. Katakan anda menghasilkan satu-satu laporan secara sambilan dalam masa seminggu tetapi masa yang diambil bagi suntingan dan tulis semula hanya memakan masa antara 20 minit ke 40 minit.

Ingat! tujuan suntingan dan penulisan semula adalah bagi menjelaskan lagi penyampaian tulisan anda bukan bagi mengubah keseluruhan tulisan anda. Ini akan meminimumkan masa penghasilan produk maklumat anda.

Hukum 50 minit Sejam.

Ianya adalah satu alat penulisan yang sangat berkuasa bagi menyiapkan satu-satu produk maklumat yang hebat. Teknik ini sangatlah mudah. Dalam setiap jam kerja-kerja penulisan anda, anda akan mengambil masa selama 50 minit waktu menulis sebelum anda berenti rehat selama 10 minit. Dalam waktu rehat 10 mint tersebut anda boleh melakukan apa saja yang anda ingin lakukan selain dari penulisan. Lupakan seketika penulisan anda.

Waktu rehat seketika 10 minit ini mampu meningkat kemampuan otak anda bekerja secara efektif. Jika anda mempraktikkannya dan selepas 10 minit waktu rehat anda tersebut dan anda kembali semula menulis pasti anda mampu mencurahkan lagi idea-idea bernas serta anda mampu meningkatkan kemampuan penulisan serta memendekkan masa penulisan anda. Jangan terkejut selepas anda mempraktikkannya.

Selasa, 16 Jun 2009

Kenapa Ramai Diantara Kita Takut @ Tidak Mahu Menulis ?

Penulisan merupakan perkara yang ditakuti oleh ramai orang. Secara majoritinya rakyat Malaysia tidak menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka. Akibat dari itu adakah anda rasa ianya akan membantu untuk mengembangkan minat menulis dikalangan kita? Jauh panggang dari api.

Dahulu saya merupakan seorang yang malas membaca apatah lagi menulis jauh sekali. Namun itu dahulu tetapi setelah saya membaca sebuah buku bagaimana saya mampu menjana wang dengan menghasilkan produk-produk informasi dan seterusnya memasar dan menjual sendiri produk informasi tersebut maka kini penulisan menjadi satu kemestian dalam hidup saya. Jika saya tidak menulis saya rasa hidup saya tidak lengkap.

Tentu anda tertanya-tanya bagaimana yang pada mulanya saya seorang yang tiada bakat menulis mampu menghasilkan tulisan yang bermutu. Penulisan saya dilihat sebagai penulisan yang baik. Sehingga saya sendiri tidak menyangka bahawa saya mampu menulis dan mendapat hasil dari penulisan saya tersebut.

Kenapa Ramai Diantara Kita Takut @ Tidak Mahu Menulis ?

Untuk mengupas persoalan ini saya akan memberi pandangan dari sudut diri saya sendiri dan pandang orang lain. Ada banyak perkara yang menahan dari seseorang itu menulis.

1. Persepsi Diri Sendiri
Menganggap diri memang tiada bakat menulis. Ini satu anggapan yang hanya merugikan diri sendiri. Cuba bayangkan dari darjah satu persekolahan anda mula belajar A,B,C, sehingga ke tingkatan lima ini bermakna anda telah bergiat dalam penulisan selama sepuluh tahun. Jadi penulisan sebenarnya adalah sebahagian dari hidup anda. Jadi persepsi ini harus dibuang kerana belum cuba belum tahu.


2. Tiada Masa
Ya… zaman sekarang manusia terkejar-kejar dalam mencapai cita-cita. Masa 24 jam sehari dirasakan tidak mencukupi. Ramai diantara kita yang bekerja selama 8 ke 10 jam sehari bagi mencari rezeki. Pergi kerja diawal pagi dan pulang bersama senja. Atas alasan kesibukan inilah yang menyebabkan ramai orang tidak menulis walaupun mereka berkemampuan untuk melakukannya.

3. Tidak tahu teknik mudah menulis
Penulisan bukanlah satu perkara yang terlalu susah untuk dilakukan jika kita tahu tentang tekniknya. Ramai diantara kita yang mempunyai keinginan untuk menulis namun terbantut atas beberapa sebab:

a) Tidak tahu bagaimana untuk bermula. Ramai yang tersangkut diawal penulisan. Apakah yang patut dituls dahulu.

b) Tidak tahu bagaimana menyusun segala idea dan isi penulisan dan tukarkannya dalam bentuk tulisan.

c) Tidak tahu bagaimana teknik cepat untuk menulis. Bagi mereka penulisan merupakan satu proses yang mengambil masa yang panjang.

4. Tidak tahu jenis-jenis penulisan
Ramai diantara kita tidak tahu membezakan jenis-jenis penulisan dan atas dasar itu apabila mereka mereka membaca hasil-hasil tulisan dari penulis-penulis hebat terutamanya penulis-penulis novel maka mereka akan berkata di dalam hati “Mustahil aku boleh menulis seperti ini…”. Terus terang saya katakan saya tidak bagus dalam menulis penulisan seperti novel dan yang seangkatan dengannya. Ini adalah penulisan fiksyen.

Baik secara kasarnya terdapat dua jenis penulisan iaitu penulisan fiksyen dan bukan fiksyen. Penulisan fiksyen adalah penulisan kreatif seperti novel, cerpen, skrip drama dan sebagainya.

Manakala penulisan bukan fiksyen pula adalah penulisan yang lebih berbentuk panduan yang berinfomatif. Jadi anda jangan campur adukkan dua jenis penulisan ini. Penulisan bukan fiksyen merupakan penulisan yang jauh lebih mudah dari penulisan fiksyen kerana ianya lebih ‘straight forward’. Siapa sahaja mampu menghasilkan penulisan bukan fiksyen termasuk anda sendiri… yakinlah.

5. Tidak tahu potensi penulisan mampu memberi wang lumayan
Apabila anda tidak tahu potensi yang ada dalam penulisan yang mampu memberi satu satu keberuntungan yang besar buat anda maka ia tidak mampu memotivasikan diri anda untuk menulis. Penulisan mampu memberikan satu penjanaan wang secara pasif buat anda. Bayangkanlah dengan sekali bekerja (sekali melakukan penulisan) sahaja anda mampu mendapat hasil berkali-kali.

Mentor Jutawan saudara Azizi Ali telah menulis lebih 30 buah buku dan kini setiap dari buku-bukunya memberi wang kepada beliau. Dan beliau hanya menulis sekali sahaja untuk setiap buku yang dijual. Apa yang dilakukan hanya menulis buku-buku terbaru untuk menambah punca pengaliran masuk bagi wang kepada dirinya.