Selasa, 8 Mac 2011

Evolusi IM Tempatan (Bahagian 1)

Perkembangan industri perniagaan internet terutamanya pemasaran informasi di internet di Malaysia telah melalui evolusinya sendiri.

Kita lihat sekarang semakin ramai yang berminat untuk mencuba menjadi seorang 'internet marketer' atau pemasar internet selepas dari satu nama ke satu nama muncul sebagai 'hero' yang berjaya buat duit lumayan di internet.

Jika kita balik semula ke beberapa tahun kebelakang perkembangan IM tidaklah semeriah sekarang. Kebanyakkan dari pelopor IM tempatan bermula dengan pasaran antarabangsa dan apabila mereka ini berjaya kejayaan mereka dikongsikan dengan melalui seminar-seminar perniagaan internet yang dijalankan.

Penghasilan buku-buku mengenai perniagaan internet dan potensinya untuk menjana wang lumayan juga tumbuh satu demi persatu dan sehingga kini penghasilan buku-buku tentangnya tumbuh bagai cendawan. Maka dikala itu timbullah nama-nama seperti irfan Khairi, Patric Chan, Ewen Chia dan sebagainya dan mereka dijadikan sebagai Idola.

Generasi selepas itu yang mana merupakan pelajar-pelajar, pengikut-pengikut serta peminat-peminat memulakan langkah dengan cuba untuk mencipta pasaran tempatan.

Pelbagai cara telah digunakan dan pelbagai teknik serta strategi telah di cuba dan mereka menempuh kegagalan dan kejayaan.

Ini kerana ada juga ilmu yang dipelajari yang mana ilmu-ilmu tersebut telah digunapakai di pasaran antarabangsa namun ada sesetengahnya tidak sesuai untuk diaplikasikan di pasaran tempatan. Bukan ilmu itu tidak sempurna tetapi pasaran ketika itu masih tidak bersedia untuk menerimanya.

Nama-nama seperti Zamri Nanyan, Shuth, Gobala Krishnan, Zulfadli, Zolkifli dan beberapa nama lagi yang tidak disebut di sini mula mewarnai pasaran tempatan mengikut kepakaran masing-masing. Dan sehingga kini nama-nama ini masih bersinar dan menjadi idola kepada mereka yang ingin berjinak-jinak dengan bidang ini.

Generasi selepas itu mungkin bernasib baik. Nama-nama seperti Ammar Zahar, Jamal, Razif Yusof dan lain-lainnya mula mengorak langkah mendapatkan ilmu-ilmu serta teknik-teknik yang betul untuk berjaya di pasaran temapatan.

Kini nama-nama ini gah di pasaran tempatan dan tiba giliaran mereka pula menyebarkan ilmu-ilmu kejayaan mereka kepada generasi terbaru dan ada diantara pemain-pemain baru ini mampu melonjakkan nama dengan begitu cepat.

Jika dilihat generasi pertama mungkin agak sukar untuk mencipta pasaran tempatan kerana waktu itu pasaran tempatan belum lagi sedia untuk menerimanya.

Generasi kedua mula mencipta pasaran dengan rujukan dari generasi pertama. Generasi kedua telah melalui pelbagai liku bagi mencipta pasaran. Setelah pasaran telah mula dibina generasi seterusnya dieksperimentasikan untuk mengembangkan pasaran tersebut dan ianya berkembang dan berkembang sehingga kini.

Generasi kini mungkin tidak perlu lagi untuk melakukan pelbagai eksperimen untuk menjana wang di internet kerana perjalanan ilmu perniagaan interenet tempatan itu sendiri telah melalui laluan evolusinya. Ilmu yang hampir-hampir lengkap... dan apa yang harus pelajar-pelajar IM ini lakukan adalah mengikutinya satu persatu langkah demi langkah.

Ini terbukti setelah beberapa nama yang muncul yang mampu melonjakkan diri mereka di pasaran tempatan dengan begitu cepat sekali. Bukan sahaja nama malah mereka ini mampu menjana bukan sahaja puluhan malah ratusan ribu ringgit hanya melalui pasaran temapatan sahaja.

Ammar Zahar, Jamal, Mawardee dan beberapa nama lagi merupakan contoh terbaik bagaimana mereka mampu melonjakkan nama mereka dan menjana ratusan ribu ringgit hanya melalui pasaran tempatan.

Dan ada diantara mereka yang telah mengukir nama di pasaran tempatan kini mula menembusi pasaran antarabangsa dan berjaya memiliki gandaan pulangan yang sangat lumayan.

Kini nama-nama seperti Muaz Hadi dan Gero Azrul yang mana merupakan protege saudara Jamal mula mencipta nama dan nama mereka sering diperkatakan di pasaran tempatan dan masing-masing dengan kepakaran masing-masing namun mempunyai tujuan yang sama iaitu menjadi seorang pemasar informasi di internet yang berjaya.

Apa yang ingin saya sampaikan di dalam artikel ini adalah ilmu pemasaran informasi di internet di dalam pasaran tempatan kini telah melalui evolusinya. Kini pada sesiapa yang serius untuk berjaya di dalam bidang ini tidak perlu tunggu lama untk capai kejayaan. Kini telah tumbuh ramai nama-nama yang layak untuk dijadikan mentor yang bukan sahaja mampu menyampaikan ilmu yang berkesan malah mampu menjamin kejayaan anda. Hanya perlukan ilmu yang betul dari mentor yang betul dan bertindak dengan tindakan yang betul.

Untuk bahagian 2 nanti saya akan kongsikan pula apakah suasana trend terkini bagi pemasaran internet tempatan.

p/s – kepada mereka yang saya tidak sebutkan nama saya harap tidak berkecil hati kerana saya hanya mengambil contoh segera yang terlintas di minda saya ketika menulis artikel ini.

Isnin, 28 Jun 2010

Rahsia Di Sebalik Kejayaan Otai-Otai IM

Tahukah anda hampir kesemua Otai-Otai IM memiliki pengetahuan dalam penulisan surat jualan walaupun mereka tidak menjadi seorang penulis surat jualan.

Ammar Zahar, Jamal, Zamri Nanyan, Shuth, Suthan M, SmartZul, Lebanon serta ramai lagi usahawan Otai IM yang tidak disebut di sini berpengetahuan dalam penulisan surat jualan dan pernah menulis surat jualan mereka sendiri. Walaupun mereka juga mengupah penulis surat jualan namun pengetahuan mereka dalam penulisan surat jualan sangatlah tinggi.

Penting sangat ke memiliki pengetahuan dalam penulisan surat jualan sehingga Otai-Otai IM tempatan ini menjadikan ilmu pennulisan surat jualan sebagai tunjang dalam usaha jualan produk mahupun perkhidmatan mereka ?

Untuk pengetahuan anda perkara paling utama dalam mempelajari ilmu penulisan surat jualan adalah bagaimana untuk menyampaikan mesej jualan terus kepada emosi bakal pembeli. Ini kerana manusia membeli kerana emosi tidak kira samada ia sedar atau tidak.

Oleh itu Otai-Otai IM ini tahu bagaimana untuk menyentuh emosi bakal pembeli mereka untuk terus membeli.

Ini bermaksud mereka kenal siapa bakal pembeli mereka. Dari sini mereka tahu apa sebenarnya yang bakal pembeli mereka mahukan. Jika mereka mampu menghasilkan produk yang sudah sedia ada permintaan sudah tentu produk atau perkhidmatan mereka mendapat sambutan.

Untuk menjual terus kepada emosi bakal pembeli ianya seumpama gear kereta. Untuk bergerak ke hadapan sesebuah kereta harus menggunakan gear 1 dahulu, kemudian gear dua dan gear seterusnya sehinggalah gear lima dan ianya harus mengikut turutan jika tidak pergerakan enjin tidak akan menjadi lancar.

Begitu juga dengan emosi manusia dimana ianya juga mempunyai gear emosinya. Disinilah dengan pengetahuan teknik menyampaikan mesej jualan melalui penulisan surat jualan otai-otai IM ini bukan sahaja mampu menghasilkan sebuah surat jualan yang mempunyai turutan yang mampu menjana gear emosi manusia malah tindakan pemasaran juga menggunakan teknik yang sama. Di sinilah letaknya rahsia kuasa turutan bagi menjana gear emosi manusia.

Dengan kuasa turutan ini juga Otai-Otai IM bukan setakat mampu menghasilkan jualan yang meletup malah tidak kira samada prospek mahpun pelanggan mereka sangat dekat dengan mereka dan tidak sabar-sabar menunggu peroduk-produk terbaik yang bakal dikeluarkan oleh Otai-Otai IM ini.

Dengan kuasa turutan ini juga Otai-Otai IM mampu menjadikan ribuan suspek menjadi prospek, prospek menjadi pelanggan dan pelanggan menjadi pelanggan setia manakala pelanggan setia menjadi pengikut setianya.

Sebagai seorang usahawan adalah perlu untuk mempelajari bagaimana untuk menjual terus kepada emosi pelanggan dan melalui penulisan surat jualan merupakan jalan mudah untuk mempelajarinya.

Bukanlah bermaksud anda harus menjadsi seorang ahli psikologi untuk bermain secara psiko bagi menyentuh emosi manusia namun cukuplah sekadar mengetahui bagaimana untuk menggunakan kuasa turutan ini.

Jika Otai-Otai IM ini menjadikan ilmu menjual terus kepada emosi manusia melalui penulisan surat jualan sebagi tunjang utama kejayaan mereka mengapa tidak anda. Tidakkah anda juga berimpian untuk menjadi hebat serta berjaya seperti mereka dan tidakkah anda mahu juga digelar sebagai Otai IM atau GURU dalam bidang anda?

Apa pun pilihan di tangan anda. Hanya keputusan dan tindakan anda sahaja yang mampu mengubah diri anda.


Hadiri Mastermind session bersama saya dan Safuan dari Team Pemikat tentang penulisan surat jualan dan menulis untuk menjual pada 24 Julai ini. Untuk perincian sila klik link di bawah:

http://www.pemikatjualan.com/mininiaga
Hai,

Kami bakal berkongsi ilmu dengan anda mengenai penulisan surat jualan melalui satu mastermind yang akan diadakan dan mastermind tersebut bertajuk :

SESI MASTERMIND

SURAT JUALAN & MENULIS UNTUK MENJUAL

Di dalam mastermind ini kita akan sama-sama berkongsi ilmu dan idea secara teori dan praktikal. Antara perkara utama yang bakal dikongsikan dengan anda adalah:

-Bagaimana anda juga boleh menyampaikan mesej jualan terus kepada emosi pembeli menggunakan konsep PEMIKAT. Tanpa ilmu ini agak sukar menghasilkan mesej jualan yang betul-betul mampu mencipta jualan.

-Langkah demi langkah bagaimana anda boleh menulis dan menghasilkan surat jualan anda sendiri. Jika anda belum pernah menulis surat jualan anda sendiri inilah masanya untuk anda praktikkan. Kami sendiri melakukan servis menulis surat jualan antara RM250 keatas bagi satu surat jualan.

-Bagaimana anda boleh menulis email 'follow up' yang baik yang mampu menaikkan peratus jualan anda. Tahukah anda ramai usahawan sanggup membayar puluhan ringgit hanya untuk menghasilkan satu email follow up dan untuk menempah email 5 email follow up seorang usahawan terpaksa membayar sehingga RM100. Inilah masanya anda mengetahui apakah rahsia disebalik penulisan email follow up dan mulakan penjimatan anda.

-Satu lagi teknik yang belum pernah saya kongsikan dengan sesiapa pun. Teknik ini seumpama menjual ikut jalan belakang dimana tempahan bakal anda terima belum sempat anda menghabiskan mesej jualan anda. Jika anda tahu teknik ini jualan anda meningkat 80%. Saya masih belum mempunyai nama untuk teknik ini namun saya panggilnya surat jualan jalan belakang. Teknik lama yang diperbaharui dengan lebih cekap.

-Tips dan Teknik Pengiklanan serta lubuk-lubuk iklan yang mampu meningkatkan jualan anda!


Lokasi: Kuala Lumpur

Tarikh: 24 Julai 2010

Masa: Akan Dimaklumkan (Mungkin sesi pagi)

* Sebarang perubahan kami akan maklumkan kepada anda

Ya! Mastermind bersama kami.. Dan ianya ibarat Personal Coaching bersama 2 Speaker pada satu hari

Bayangkan harga Personal Coaching untuk seorang daripada kami sahaja dah mencecah berapa RM?


Untuk melihat tawaran kami secara terperinci sila klik ke :

http://www.pemikatjualan.com/mininiaga/

Khamis, 21 Januari 2010

Apa Yang Penulis Surat Jualan Harapkan?

Apabila anda mengupah seorang penulis surat jualan untuk menulis surat jualan anda apa yang anda harapkan darinya. Sudah tentu anda harapkan supaya hasil tulisan penulis surat jualan tersebut mampu menghasilkan jualan yang meletup buat anda.

Namun tahukah anda penulis surat jualan hanyalah seorang penulis surat jualan. Mereka mengharapkan sesuatu dari pelanggan mereka bagi menghasilkan tulisan yang baik.

Apakah yang diharapkan oleh seorang penulis surat jualan terhadap pelanggan mereka sebelum beliau menulis surat jualan.

1) Produk. Penulis surat jualan sememang terpaksa melihat keseluruhan produk dan jika produk tersebut ebook beliau terpaksa membaca secara bagi mengetahui apa kandungannya. Ini penting kerana seorang jurujual harus kenal dan mahir dengan produk yang dijual dan ianya serupa juga bagi seorang penulis surat jualan.

2) Kepada siapa produk tersebut ditujukan. Ini penting kerana takut-takut surat jualan tersebut ditujukan pada niche yang salah. Contohnya katakan penulis surat jualan tersebut mahu menulis bagi sebuah ebook tentang diet yang khusus bagi para wanita. Katakan penulis surat tersebut telah menulis dengan baik sekali dimana beliau tujukan mesej tentang risiko bahaya penyakit jika tidak berdiet kepada para wanita. Namun pasaran yang luas bagi topik diet adalah para wanita yang ingin keli8hatan cantik dan lansing. Oleh itu apabila salah memilih niche surat jualn tersebut tidak mampu menghasilkan jualan yang meletup walaupun ianya ditulis dengan baik.

3) Apakah tawaran bonus diberikan. Baik mungkin pada awalnya pelanggan tidak pasti samada untuk memberikan tawaran bonus kepada pembeli. Namun jika ini dapat diputuskan lebih awal penulis surat jualan tersebut mampu menghasilkan ayat-ayat yang power bagi menambah tarikan surat jualan tersebut

4) Begitu juga dengan jaminan. Adakah pelanggan memberi jaminan kepada bakal pembeli. Namun jika pada awalnya tidak dapat ditentukan tidak mengapa kerana ianya boleh ditambah jika ada kemudian.

5) Harga produk. Ini juga penting kerana penulis surat jualan akan menekankan nilai harga yang diberikan dan membandingkannya dengannya dengan perkara lain. Jika ini tidak diputuskan lebih awal mungkin ayat bagi menunjukkan niali berbaloi tertinggal dan terlupa untuk dimasukkan.

6) Dan apa yang diharapkan oleh seorang penulis surat jualan adalah komen dari pelanggannya. Ini kerana yang sangat memahami akan produk adalah tuan punya produk dan jika tuan punya produk mampu memberikan sebanyak muingkin info / maklimat kepada penbulis surat jualan ianya sangat-sangatlah diharapkan.

Ini adalah sebahagian (perkara utama) yang diperlukan oleh seorang penulis surat jualan. Lagi banyak info yang beliau perolehi lagi hidup dan lagi bercakaplah hasil tulisan surat jualan tersebut.

Oleh jika anda mengharapkan penulis surat jualan menghasilkan surat jualan yang mampu menjual anda harus memberikan info2 yang tertentu kepada penulis tersebut. Ianya berbalik kepada soalan : Apa, Siapa, Mana, Bila, Bagaimana anda bolejh berikan jawapan kepada soalan-soalan tersebut yang mana ianya mempunyai kaitan dengan produk yang ingin dijual.

Wallahu'alam

Rabu, 18 November 2009

Kesannya bila senjata ampuh disalah gunakan…. (Bahagian 2)

Surat jualan umpama pisau tajam yang mampu memudahkan tuannya melakukan apa sahaja kerja-kerja memotong. Pisau yang tajam jika disalah gunakan mampu membawa padah bukan sahaja kepada tuannya malah juga yang terkena dengan bisa ketajaman pisau tersebut.

Secara asasnya konsep surat jualan ini mudah iaitu menyampaikan mesej jualan melalui penulisan surat. Namun dengan penulisan yang betul ia juga mampu mengaruh emosi manusia untuk mengarah fizikal badan untuk bertindak membeli.

Baik, kita telah sedar bahawa penulisan surat jualan merupakan satu senjata yang ampuh dalam melakukan jualan namun sedar tak kita bahawa senjata ampuh ini juga boleh disalahgunakan.

Jadi apakah yang dikatakan sebagai surat jualan yang telah disalah gunakan?

1) Emosi dimanipulasi tanpa memberi kesempatan atau hak kepada pembaca surat jualan untuk mengetahui atau melihat apakah produk @ perkhidmatan yang dimaksudkan. Dari mula surat jualan hingga ke akhirnya hanya menyampaikan mesej berbentuk harapan yang tinggi, keuntungan yang bakal diterima serta kemewahan yang bakal diterima. Informasi reality ke atas produk mahupun perkhidmatan tersebut disorok.

2) Penggunaan urgency hanya sebagai perangkap. Penggunaan tawaran stok terhad atau tawaran masa terhad bagi mempercepatkan tindakan pembaca surat adalah tidak salah. Ini kerana sebagai peniaga kita kena ujudkan suasana pembelian yang lebih menarik. Namun yang menjadi salah adalah tuan punya surat jualan tidak mengikut apa yang telah dinyatakan. Kata stok terhad untuk 500 dan jualan akan dihentikan. Adakah penjual tersebut betul-betul melakukannya atau walaupun masa dihadkan ke satu masa contoh jualan akan ditutup sehingga 31 Mac… selepas 31 Mac diumumkan melanjutkan masa jualan atau eruskan jualan tanpa pengumuman pun. Oleh itu pembaca awal surat jualan tersebut terasa tertipu dengan kempen yang dilakukan.

3) Jaminan pengembalian wang mampu menyakinkan pembaca. Kini jaminan diletakkan sesuka hati. Tidak salah untuk meletakkan jaminan tetapi yang salah adalah bila berlaku permintaan pemulangan wang dari pelangan yang tidak berpuashati (tidak kira betul2 tidak puas hati atau saja untuk mempermainkan penjual) penjual akan melambat-lambatkan proses pengembalian wang dan ada juga yang buat tidak tahu dan terus berdiam diri.

Ini adalah 3 yang utama diantara banyak lagi perkara yang menyebabkan penyalah gunaan senjata jualan.

Team PEMIKAT Mengumumkan Pra Pelancaran Produk Kami Yang Pertama

Rakan-rakan sekelian,

Kami, Team PEMIKAT yang didokongi oleh 2 Pemasar Informasi. Saya, Zahrul Azua Kamaluddin merupakan penulis buku “Rahsia Membina Senjata Jualan” dan “Rahsia Jurus Pemikat Jualan” berpengalaman memasarkan produk informasi secara offline manakala Safuan aka Sipenglipurlara merupakan usahawan internet sepenuh masa.

Kami telah menghasilkan satu pakej ebook yang kami namakan,

“Rahsia Sistem Pemikat Jualan” (SRPJ)





Ianya adalah pakej ebook yang mempunyai 5 Volum ( 6 buah ebook) yang membincangkan bagaimana menggunakan Kuasa Emosi, Kuasa Penulisan dan Kuasa Informasi bagi memasarkan apa pun jenis perniagaan, produk mahupun perkhidmatan.

Mampu membina nama, meningkatkan kredibiliti serta membina perniagaan walaupun anda masih baru dalam bidang pemasaran informasi.

Oleh itu kami ingin mengumumkan ‘PRA PEALANCARAN’ pakej ebook SRPJ. Kami menjemput anda untuk mendaftar dan menjadi antara terawal bagi pengumuman pelancaran SRPJ kelak.

Atas tanda terima kasih kami, selepas anda mendaftar kami berikan anda sebuah ebook yang bertajuk “Gagal Jual Ebook”. Sebuah laporan yang membincangkan atas pengalaman kami kenapa kami gagal berjaya dalam penjualan ebook.



Diharap dengan pengumuman Pra Pelancaran ini, SRPJ bakal mendapat sambutan hangat dari rakan-rakan sekelian.

Jangan lepaskan peluang sila klik ke www.pemikatjualan.com daftar awal kerana pada pelancaran nanti kami menawarkan tawaran istimewa.

Ucapan terima kasih kami dahulukan.


Team PEMIKAT.

Isnin, 16 November 2009

Kesannya bila senjata ampuh disalah gunakan…. (Bahagian 1)

Pada awal pembabitan saya dalam bidang penulisan surat jualan dan pemasaran informasi saya amat teruja dengan kuasa penulisan surat jualan yang mampu dijadikan sebagai senjata yang paling ampuh untuk menjual. Apa tidaknya saya mampu menjual tanpa jumpa orang, saya mampu menjual walaupun orang tak tengok produk lagi, saya mampu menjual tanpa banyak bergerak dan banyak lagi faedah.

Dan satu perkara yang membuat saya teruja dengan penulisan surat jualan adalah bagaimana menggunakan kuasa penulisan surat jualan mampu menyentuh emosi pembaca untuk terus membeli.

Saya juga pernah menjual produk-produk informasi orang lain ( produk yang diberi hak jual semula) dan menulis sendiri surat-surat jualan secara offline. Dengan menulis tulisan surat jualan yang menjual harapan tinggi kepada pembaca saya berjaya menghasilkan jualan. Saya lakukan ini kerana inilah yang saya pelajari dari produk-produk informasi yang telah saya perolehi dari surat-surat jualan yang saya terima. KUNCI nya adalah jual TAJUK yang mampu memberi harapan tinggi kepada pembaca sasaran dan ajar pembeli untuk lakukan perkara yang sama.

Oleh kerana itulah dalam masa tidak sampai setahun saya menjalankannya secara sambilan saya ambil keputusan untuk berhenti dan mendiamkan diri dari pasaran offline. Dari situ saya mula berjinak-jinak mempelajari bagaimana untuk menulis buku bagi menghasilkan sesuatu yang berguna untuk orang ramai.

Kenapa ini berlaku pada saya? Walaupun saya tidak pernah menerima satu pun ‘complain’ tentang produk yang saya jual namun saya mula rasa bersalah kerana ilmu yang saya amalkan bukan sesuatu yang beretika pada saya. Saya sendiri pernah kecewa apabila memperolehi produk-produk informasi yang yang tak serupa bikin seperti apa yang telah diwar-war dan dijanjikan dalam surat jualan dan saya mula berfikir jika saya tak puas hati dengan senario tersebut kenapa saya harus melakukan perkara yang sama?

Dari situ saya mula membuat kajian bagaimana saya boleh menulis surat jualan yang mampu menyentuh emosi pembaca tanpa berlaku apa pun jenis penipuan serta mampu mengelak penulisan yang hanya menjual harapan tinggi kepada pembaca. Dengan kata lain saya mampu menyampaikan mesej jualan saya dengan cara yang lebih beretika.

Pisau. Mempunyai pelbagai tugas memotong. Potong sayur, ikan, daging, buah dan sebagainya. Namun dengan pisau juga mampu meragut nyawa manusia. Apakah pisau yang bersalah kerana memiliki mata yang tajam atau adakah sipemegang pisau yang menyalah gunakan ketajaman pisau tersebut?

Tidak salah untuk memberi pengharapan yang tinggi kepada pembaca namun adakah produk kita mampu menanggung janji yang telah kita letakkan. Seekor itik tidak mampu untuk mengaum seperti seekor singa. Dan jangan kita mengaum dalam surat jualan kita jika kita sendiri tidak mampu untuk menghasilkan bunyi ngauman tersebut.